Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

9 Nov 2012

KENAPA ISLAM MELARANG MEMBUNUH DIRI?

Euthanasia ialah kematian secara mudah atau tanpa kesakitan. Sengaja mengakhiri kehidupan seseorang yang menderita sakit yang sudah tidak dapat diubati atau yang sudah tidak dapat ditahan lagi sakitnya.Juga dikenali sebagai Mercy Killing atau Mati Rahmat. Euthanasia yang dibincangkan oleh dunia perubatan sekarang boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

Euthanasia aktif: Mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung seperti menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa maut dengan segera.

Euthanasia pasif: Mempercepatkan kematian seseorang secara tidak langsung seperti dengan cara menghentikan bekalan makanan, air, ubatan atau prosedur-prosedur yang perlu bagi meneruskan hidup pesakit. Pesakit dibiarkan tanpa sebarang rawatan sehingga mati disebabkan penyakit yang dialaminya.

Euthanasia secara sukarela(voluntary): Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis.

Non-voluntary euthanasia: Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami. Dalam kes ini, biasanya ahli keluarga si pesakit yang membuat permohonan supaya dipercepatkan kematian.

Involuntary euthanasia: Apabila seseorang yang dibunuh telah meminta supaya dia tidak dipercepatkan kematiannya.

Sebab dilaksanakan Euthanasia adalah kerana kebanyakan pihak yang menerima kaedah euthanasia berhujah bahawa proses tersebut dapat membantu pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Ini disebabkan ia dapat mengakhiri penderitaan yang dialami oleh pesakit tersebut serta dapat mengurangkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh si pesakit bagi meneruskan rawatannya. Selain itu, pihak pro-euthanasia mendakwa si pesakit tidak boleh 'dipaksa' untuk hidup dengan cara terus memasang peralatan tertentu sehingga menyiksa pesakit. Mereka juga berpendapat pesakit mempunyai hak untuk menentukan sama ada mereka perlu terus hidup atau mati.

Pendirian Islam
Agama Islam mempunyai pendirian yang jelas mengenai hukum menggunakan kaedah euthanasia atau mati rahmat. Kebanyakan ulama' berpendapat bahawa semua kategori euthanasia adalah haram.

Dr. Yusuf Al-Qardawi menerangkan bahawa euthanasia aktif adalah haram kerana dalam kaedah ini, doktor bertindak mengakhiri hayat pesakit dan menyebabkan kematiannya dengan cara suntikan bahan tertentu, kejutan elektrik, senjata tajam dan sebagainya. Ini adalah sama dengan membunuh dan membunuh adalah dosa besar di dalam Islam. Beliau berpendapat bahawa menghentikan rawatan kepada pesakit, adalah dibenarkan di dalam Islam dengan syarat setelah pakar-pakar perubatan sepakat bahawa si pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh.

Kenapa Islam melarang euthanasia dan juga membunuh diri? Islam tidak membenarkan membunuh diri kerana manusia bukan pencipta kepada diri mereka sendiri dan bukan pemilik mutlak. Manusia diamanahkan dengan tubuh badan supaya menjaganya dengan baik mengikut landasan yang telah ditetapkan. Kematian adalah waktu yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Allahlah yang memiliki semua hidupan. Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nahl ayat 61 yang bermaksud:

"Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan."

FirmanNya lagi dalam surah A-LI 'Imraan ayat 145, bermaksud:

"Dan setiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah."

Kesusahan dan penderitaan dalam kehidupan ini adalah sebagai ujian terhadap iman dan taqwa kepada Allah. Oleh itu seseorang muslim perlu mempunyai pandangan yang optimis untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup dan tidak lari dari kesusahan di dunia dengan cara membunuh diri. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 29 yang bermaksud:

" Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihanimu. "

Di dalam surah Luqman ayat 17, Allah berfirman yang bermaksud:

" Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Pada zaman Rasulullah S.A.W, ramai sahabat baginda yang cedera parah ketika dalam peperangan dan menderita kesakitan selama beberapa hari. Tetapi mereka tidak pernah cuba membunuh diri bagi melegakan penderitaan yang mereka alami.

Konsep mati otak mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kematian manusia. Konsep ini selaras dengan Islam dan meletakkan pesakit yang mati ketika bernafas dengan mesin berada dalam keadaan yang mulia. Pesakit disahkan mati jika kriteria mati otak dikenal pasti dan pesakit tidak berterusan disambung kepada mesin.

Penyelewengan yang melanggar etika juga dapat dielakkan.Artikel ini hanya memberikan gambaran secara umum mengenai kematian yang berkaitan dengan otak manusia dan konsep euthanasia. Tidak mustahil pada suatu hari nanti seiring dengan perkembangan teknologi, sel-sel otak yang telah berhenti berfungsi boleh dicaskan semula, sekaligus menuntut penilaian semua pihak bagi mendefinisikan kematian dan bagi mengesahkan kematian.  Sumber : Halaqah.net

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang amat besar dosanya. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. Salam Yassin..
    bukan setakat agama suci islam
    melarang manusia membunuh diri
    semua agama lain pun tidak membenarkan
    mencabut nyawa sendiri..hidup hanya sekali
    gunakanlah sebaiknya

    BalasPadam
  2. Wmslam, betul zul, cuma terkadang kita ralat juga andainya ada diantara org islam kita yang berbuat seumpama ini kan...

    BalasPadam
  3. sebab bukannya menyelesaikan masalah
    tapi lagi teruk kena balun bila mati nanti

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<