Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

26 Nov 2012

APA ITU KENAN? | KENAN DIDALAM MASYARAKAT MELAYU.

Didalam masyarakat melayu kita sememang tidak terlepas dari cerita "kenan" iaitu kelahiran bayi yang cacat atau mungkin tidak berapa sempurna.

Kenan ini boleh disifatkan kelahiran bayi cacat atau 'kenan' mempunyai kesan sampingan terhadap anak tersebut di kemudian hari. Mungkin puncanya banyak tidak pada kenan semata-mata. Mungkin pengaruh lainya baka, keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Namun ramai orang kita percaya bahawa bayi yang 'terkenan' atau sedikit kecacatan ketika lahir ini seringkali dikaitkan dengan terkena atau mendapat 'kenan' ada pendapat mengatakan ketika isteri sedang mengandung si suami dilarang membunuh binatang dan lain-lain perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Dibawahan ini sebahagiannya adalah hasil carian berkairtan dengan kenan dan disertakan sekali pantang larang orang Melayu, semasa ibu mengandung dibimbangi anak akan jadi "terkenan" :

Dilarang mencaci atau mengumpat dan mengata orang hendak pulak mengata keburukan di bahagian tertentu orang tersebut, (hidung mulut dan sebagainya)  membuat fitnah, iri hati juga bergaduh. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. 

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan. 

Terutama jika si suami pergi memancaing ketika isteri masih didalam kandung bawah 7 bulan. Mitos orang melayu juga ada mengaitkan,  apabila kita memancing ikan yang kita dapat bila mana kita merentap ikan daripada mulut yang ada  terlekat mata kail, mulut ikan akan jadi rebet (sumbing) perkara ini sering kali dikaitkan dengan masalah kenan pada bayi yang sumbing.

Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri syaitan akan menggusiknya. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. 

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap. 

Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak. 

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa. 

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. 

Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. 

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya. 

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Moralnya perkara baik dijadi tualadan, perkara buruk dijadikan sempadan. Pengaruh dan pembawakan ibu bapa juga mungkin akan mempengaruhi kelak kelahiran anak tersebut. Sebaiknya semasa proses isteri mengandung ibu bapanya amat perlu menjaga sama adab sopan, tatsusila dan sebagianya, agar tidak mendapat kesan lansungnya pada bayinya kelak.

Dengan lain perkataan semasa anak didalam kandungan  ibu bapa dilarang sama sekali berbuat perkara yang tidak baik dan tidak senonoh dibimbangi anak yang bakal dilahir tidak sempurna malahan mungkin terkena 'kenan' dan terikut sama perbuatan yang tidak sepatutnya. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<