Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

18 Okt 2012

TANDA-TANDA ANDA SEDANG MENGALAMI MASALAH HUTANG DAN KEWANGAN

Lumrah kehidupan, hidup pasti kena berhutang bak kata orang "tak berhutang tak dapat" nak, tak nak kena berhutang juga. Namun sebaiknya beragak-agak juga kalau kita nak berhutang.

Jangan sampai membebani diri sendiri dan keluarga. Sekiranya anda memilik salah satu tanda-tanda berikut, anda berkemungkinan sedang dan telah mengalami masalah kewangan dan masalah bebanan hutang yang agak serius.

Perhatikan & renungkan fakta-fakta berikut:

● Kredit kad anda mempunyai baki yang tidak berbayar.
● Mula membayar kad kredit dengan kadar minima sehingga beberapa bulan.
● Mula tidak membayar bil-bil bulanan mengikut masa yang ditetapkan. ( Bil Air, Bil Elektrik  Bil Telepon dan sebagainya)
● Menggunakan kad kredit untuk melakukan Pendahuluan tunai (cash advances)
● Penggunaan Kad kredit yang maksimum.
● Memerlukan konsolidasi pinjaman.
● Menggunakan kad kredit untuk memenuhi perbelanjaan harian seperti makanan dan petrol.
● Meminjam wang dari kawan dan keluarga.
● Tidak menyimpan atau melabur walaupun sedikit secara berkala dalam instrumen-instrumen kewangan yang sah.
● Mempunyai masalah dalam menguruskan wang secara baik dan berkesan.
● Mempunyai masalah dengan pembayaran hutang-piutang.
● Membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk membayar hutang kad kredit lain atau menapung perbelanjaan harian anda.
● Tidak mempunyai simpanan atau insurans untuk menampung keperluan semasa sekiranya berlaku kecemasan.
● Jika anda sering mendapat panggilan daripada pemberi hutang ( biasanya dari bank ah long ke...)
● Jika anda telah diberi notis untuk tindakan undang-undang (kes bahaya)

Sekiranya anda melihat akan tanda-tanda ini berlaku, maka anda perlu duduk bersama kalkulator anda dan mula mengira semula semua perbelanjaan anda dan cuba untuk membetulkan keadaan serta muhasabah diri sendiri. Semoga kita tidak terus-terusan menjadi hamba pada kewangan kita sendiri.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”

AAP - Sebaiknya buatlah sifat memadai menerima apa yang ada diatas kemampuan kita. Paling penting juga hidup biarlah bersederhana. Fakta asal kredit : bijakuruswang.blogspot.com. Olahan artikel semula drp akuanakpahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<