Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

16 Okt 2012

MENGENALI RAHSIA DISEBALIK BIBIR WANITA.

Bila berbicara soal bibir ini orang melayu kita begitu banyak sekali andianya, pasti ada berbagai andainya. Terkadang mungkin sekadar telahan semata-mata dan bukanlah suatu ketetapan. Mungkin ianya tidak lebih sekadar untuk suka-suka sahaja agaknya, pun bergitu jika ianya memberi impak yang positif alhamdullilah. Jika disebaliknya usah berasa kurang pulak. Jom kita lihat andainya : 

Bibir yang kemerah-merahan
Seorang wanita yang secara ilmiah memiliki bibir yang sentiasa segar serta kemerah-merahan menunjukkan bahawa pemiliknya mempunyai kesihatan yang baik serta pandai menjaga tubuh badannya. Biasanya si pemiliknya memiliki sifat periang dan fikiran yang terbuka.

Kebanyakan lelaki suka bergaul dengan wanita yang memiliki bibir seperti ini kerana dia pandai bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga dapat memberi keselesaan kepada kekasihnya dengan sifat femininnya. Manja dan penuh ghairah.

Secara umumnya, wanita yang memiliki bibir kemerah-merahan ini bersifat manja serta inginkan belaian kasih sayang yang penuh dengan kehangatan. Dia akan berasa kecewa apabila memperolehi seorang kekasih yang mempunyai sifat kaku serta tidak dapat memanjakannya. Biasanya wanita golongan ini memiliki ekspresi wajah yang meransang seiring dengan bibirnya yang memberi kemesraan kepada lelaki.

Bibir Biru
Tidak kira bagaimana bentuk bibirnya asalkan berwarna biru, maka ianya memiliki erti tersendiri. Ia menyatakan si pemiliknya adalah wanita yang tidak boleh dipercayai melalui kata-katanya dan sering memungkiri janji. Tidak mempunyai tanggungjawab yang sesuai dengan kewajipannya.

Wanita jenis ini juga seorang yang cerewet dan sering berselisih faham dengan kekasihnya. Setiap lelaki perlu menyesuaikan dirinya jika anda mempunyai kekasih yang memiliki bibir jenis ini.

Bibir Nipis
Wanita yang memiliki bentul bibir yang nipis umumnya banyak bercakap tetapi suka berbual perkara yang tidak sepatutnya. Dia suka menghalalkan caranya sendiri tanpa mempedulikan pendapat dan perasaan orang lain.

Pandai merayu dengan kata-katanya yang menawan serta pandai berpura-pura dalam memainkan watak dan peranannya. Biasanya pemilik bibir ini memiliki nafsu yang besar dan perlu belaianyang penuh dengan kehangatan dari lelaki pilihannya.

Mereka juga terlalu optimis dalam melangkah ke jalan hidupnya tetapi kadang kala membuat pihak lain kecewa dengan perangainya.

Bibir Kecil Molek
Wanita yang memiliki bibir kecil molek umumnya memiliki daya dan pesona yang mendebarkan pihak lelaki. Mereka selalu menunjukkan sikap keanak-anakan dan penuh kemanjaan. Sikapnya yang selalu minta dilindungi dan dibelai. Namun jika belum dapat menyesuaikan diri dengan keinginannya, maka wanita golongan ini akan menimbulkan rasa sakit hati dan resah kepada kekasihnya.

Golongan ini selalu bergantung kepada pihak lain kerana mereka tidak mempunyai pendirian yang mantap serta was-was terhadap apa yang dilakukannya. Pihak lelaki akan dapat menggunakan kesempatan menggodanya akan menimbulkan seni tersendiri yang penuh dengan kecerahan!

Mudah untuk menjinakkan wanita golongan ini jika mengetahui akan kelemahan-kelemahannya. Yang penting adalah dapat menciptakan kepelbagaian dan memberikan kesenangan kepadanya. Ini akan membuatkan dia jinak serta hilang sifat malunya.

Golongan ini dapat diharap untuk menjadi ibu rumah tangga yang baik tetapi anda harus tahu bahawa golongan wanita ini sangat cerewet dan bila berbual omelannya selalu sambung menyambung dengan tiada hentinya sebelum dia berpuas hati.

Walaupun nafsunya besar tetapi jika tidak dapat memenuhi apa yang menjadi keinginannya, maka dia akan mengambil sikap pasif serta tidak menunjukkan keghairahannya. Sikap yang terbuka akan dapat membuka rahsia dirinya dan ini akan membantu untuk mencapai kepuasan kepada si lelaki.

Bibir Tebal
Wanita yang memiliki bentuk bibir yang tebal pada umumnya menunjukkan bahawa pemiliknya suka dengan kemesraan kerana dia mempunyai nafsu yang menyala-nyala. Sikapnya terbuka dan suka kepada kebebasan apalagi jika dihubungkan dengan cinta ataupun seks.

Dapat memberi kesenangan tetapi kadang-kadang wujudnya sifat membantah (antipati) kerana dia mempunyai sifat yang suka mencemuh dan membuatkan orang lain malu di hadapan orang lain walaupun kekasihnya sendiri. Tidak suka berpura-pura tetapi boleh berpegang kepada rahsia mahupun janji. Apabila dia membenci seseorang, maka dia mula akan membongkar keburukan lawannya.

Jika bersolek, dia mengambil masa yang lama. Dan dalam hal kewangan, banyak perbelanjaan untuk kecantikan dirinya tanpa mempedulikan perasaan pasangannya. Sikap kurang bertanggungjawab akan menyebabkan suaminya kecewa terutamanya apabila bersngkutan dengan kebersihan rumah tangga. Wanita ini juga malas dalam menguruskan anak-anaknya sendiri.

Perlu wibawa untuk memberi bimbingan dan disiplin jika anda memiliki kekasih seperti ini kerana ini akan menentukan masa depan anda. Sikap suka mengongkong yang wujud dalam dirinya merupakan tentangan serta cubaan kepada anda. Di sinilah peranan anda sebagai penegak kebahagiaan atau hancurnya sesebuah rumah tangga yang dibina. 

AAP- Sedikit tambahan wanita yang mempunyai bibir yang tebal katanya kurang mempunyai sifat kedekutnya, berbanding mereka yang mempunyai bibir yang agak nipis :)

Bibir Sentiasa Terbuka
Wanita yang memiliki bibir tertarik ke atas dan ke bawah (terbuka) pada bibirnya umumnya memiliki nafsu seks yang kuat, berkobar-kobar mengejar kepuasan yang diinginkan! Ada di antara mereka yang dianggap histeria.

Walaupun dalam urusan seks, mereka ini kurang berhati-hati tetapi berlawanan pula dengan disiplin dalam pekerjaan yang dilakukannya selalu mencapai prestasi kerja yang mengagumkan.

Kebanyakan di antara mereka mencapai kedudukan teratas dalam lingkungannya kerana memiliki pandangan yang luas dalam bidang yang dikuasainya. Golongan ini sentiasa optimis dengan tujuan yang dikejarnya dan kerananya ramai yang telah berjaya.

Mudah jatuh cinta dan jika sudah demikian, maka ia akan mengejar dengan segenap kemampuan yang dimilikinya untuk memperolehi lelaki yang dikasihinya itu. Dia tidak merasa malu untuk meminta apa yang diinginkan dan khususnya dengan masalah seks! Kepandaiannya mengolah apa-apa yang istimewa di dalam dirinya akan membuat pihak lelaki tergila-gila padanya.

Jika tidak dipenuhi apa yang menjadi hasratnya, maka dia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai hasratnya itu. Keadaan ini menjadikan lelaki yang menjadi suaminya tidak tenang untuk meninggalkannya untuk jangka masa panjang.  Sumber dari buku Aura Tubuh Wanita. Google by. akuanakpahang

AAP- Apapun semua itu anugerah dari Allah, dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik yang telah diberikan kepada hambanya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<