Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

12 Okt 2012

KENAPA MENAHAN BERSIN BAHAYA?

Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung dan mulut mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.

Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

“Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko”, kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.

Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya :

1 - Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2 - Pecah gendang telinga.
3 - Gangguan pendengaran.
4 - Veritgo - ketidakseimbangan atau gangguan keseimbangan
5 - Keluar mata dari soketnya. Sumber

AAP - Ada pendapat dan kajian mengatakan bila kita terbersin jantung seakan terhenti (betul tidak Wa'allahhualam) Mungkin jantung berubah apabila seseorang bersin, namun bukan bermakna nadi berhenti berfungsi sama sekali. Kemungkinan, banyak orang merasa demikian akibat bersin yang keras sekali, sehingga seolah jantung tak berdetak. Sebetulnya, kerja jantung melambat akibat hentakan tubuh terhadap bersin yang ditimbulkan. seandainya begitu maka sewajibnya kita mengucapkan alhamdulillah kerana selepas itu jantung kita berfungsi seperti sediakala. Moralnya kalau berasa nak terbersin jangan ditahan-tahan bimbang perkara diatas boleh menyebabkan kejadian yang lainya.

aaa perchennnn !!!

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. takdenya nak tahan... bersin jer kalau nak... baru lega... hehehe

    BalasPadam
  2. Menahan dalam istilah menutup hidung, mulut dan sebagainya... gamaknya mmg bahaya kan....

    BalasPadam
  3. klau tak ttp hidung bersin sakit la cemana ek

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!