Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

25 Okt 2012

APAKAH KITA TERSILAP MENJADI SEORANG BLOGGER?

Dunia seorang blogger ada berbagai gaya dan rupa, ada berbagai minat dan kehendaknya. Tidak kurang ada berbagai cara dan gaya blogger itu sendiri bagi menarik minat pembaca ke blognya. Mungkin kalau kita lihat entri yang sedikit berbaur lucah atau ada unsur seks seumpamanya mungkin menarik minat blogger untuk dijadikan entri mereka, bagi menarik minat pengujung ke blog mereka. Itu relitinya dunai internet sekarang. Mungkin tidak semua yang mengemarinya segelintir agaknya.

Merujuk pada  perkara yang sama mungkin di peringkat awal berblog, suatu ketika dalulu blog ini pernah juga sedikit terikut-ikut sama dengan cara blogger yang lebih otai daripada kita. Dalam ertikata terikut sama mengeluarkan entri yang agak sedikit panas bagi menarik trafik yang tinggi ke blog kita. Mungkin juga tanpa kita sedari dan sedikit kealfaan.

Hendak tak hendak mungkin ada entri yang sedikit beraur lucah yang tidak keterlaluan penah dan ada diterbitkan di blog ini. Mungkin ini bolehlah saya sifatkan kesilapan dimasa lalu dan di hari ini kita memperbaiki kesilapan itu. Tak salah jika kita mengaku kesilapan dan berazam untuk memperbaikinya.

Tidak dinafikan artikel sedemikian boleh menarik trafik yang agak tinggi, tapi rasanya tidak berapa kena dengan citarasa dan budaya kita sendiri. Namun bukanlah memaksa terserah juga pada mereka jika dirasakan perkara itu sesuai untuk mereka. Pendapat saya mungkin perkara seumpama itu tidak berapa kena seandai orang berpusu-pusu ke blog kita angkara perkara yang tidak baik dan kita seolah-olahnya turut sama memanjang perkara yang tidak sepatutnya.

Sesekali terfikir juga, seandainya kita sudah 'tidak ada nanti ' dan telah meninggalkan entri seumpama itu didalam blog kita rasanya amat tidak kena dan terkilan. Sekurang-kurang ada perkara baik yang telah kita tinggalkan sebagai kesinambungannya nanti. Tidak salah kita berubah dan menyesali apa jua perkara yang tidak baik yang telah kita lakukan dan berazam untuk memperbaikinya.

Sebenarnya banyak cara lain yang dapat kita manfaatkan uttuk menarik minat pembaca ke blog kita, dan itu bukanlah cara yang terbaiknya saya kira. Mungkin kalau kita bijak masih banyak cara yang lebih baik dan menarik yang lebih memberi manfaat dapat kita kongsikan sama dengan pembaca blog kita.Sedikit nasihat untuk diri sendiri yang selalu alfa ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya terima kasih. By akuanakpahang
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 ulasan:

  1. adat la tu
    tu lah kehidupan seorang blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.... tal gitu kita tak tahu agaknya yak :)

      Padam
  2. السلم عليكم ورحمة الله
    Semoga aok sihat hendaknya..
    Selamat Hari Raya Eid ul Adha
    semoga amalan kita di berkati
    dan diterima Allah hendaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Zul, Selamat Hari Raya Eid ul Adha juga drp kami. TQ

      Padam
  3. Lebih kurang sama pulak isi entry kita kali ni.. Nasib baik saya tak jadi nak masukkan beberapa ayat kat entry terbaru saya tu.. Kalau tak, memang sama la... ehehh...

    Salam aidil adha untuk anda...

    BalasPadam
  4. Assalam..

    Kas juga sependapat & berfikiran sama seperti yg pernah kwn tulis di sini -> http://ozzy2u.blogspot.com/2011/11/setelah-kita-mati-apa-yang-kita.html

    Selamat menyambut hari raya aidiladha..maaf zahir batin

    BalasPadam
  5. Berblog kerana minat.. Takde ontong pun tetap nak buat..;)

    SentiasaPanas[dot]com

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!