Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

9 Sep 2012

MAINAN PEMBUNUH - GUNA UNTUK JENAYAH


MACAM ASLI... senjata paintball diguna penyamun.
MACAM ASLI... senjata paintball diguna penyamun.
PISTOL... tiruan
PISTOL... tiruan
KUALA LUMPUR: Asalnya ia hanya digunakan untuk sukan terutama di kalangan golongan remaja dan belia. Bagaimanapun, akhir-akhir ini beberapa senjata yang digunakan untuk paintball sama ada berbentuk senapang atau pistol disalah guna termasuk untuk tujuan jenayah.
Ini berikutan ada antara senjata ini yang dipanggil ‘marker’ hampir 95 peratus menyamai senjata asli, bahkan bentuk luaran, saiz, kelongsong dan kelopak peluru, picu serta warnanya menyamai warna asal senjata tulen.
Lebih membimbangkan, selain boleh dijadikan muslihat untuk melakukan jenayah, senjata berkenaan menjadi lebih berbahaya jika diubah suai hingga boleh menggunakan ‘peluru’ berbahaya seperti bebola besi, guli atau paku yang mampu mencedera atau meragut nyawa jika terkena manusia.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, senjata ini bukan saja digunakan secara berleluasa, malah mudah diperoleh di negara ini, sama ada membelinya di kedai ataupun melalui Internet.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


AAP - Apapun perkara bila mana sudah disalah guna tetap mendatangkan kemudaratanya. Sebaliknya alatan seumpama ini perlu dikawal dan dikeluarkan lesen untuk sebarang penggunaanya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. camner nok kenal hok tiruan dgn hok betul ni, kalau perompak tu guna hok x ori kita tau, boleh jg kita lawan dia hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg payah nok memebezakannya kalau kita sekali tengok soh kabor ori aje :(

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!