Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

14 Ogo 2012

Ketika Mana Murtabak, Roti Telur Itu Menjadi HARAM ?

Kita mungkin pengemar murtabak, berbagai jenis murtabak ada disajikan ayam daging dan sebagainya. Tapi tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan roti telur dan murtabak ini, kenapa haram pula? Meh baca ini,dipetik dari facebook seorang teman.

Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wa'allahhualam

P/S: sekadar peringatan sesama kita, bukan hanya roti telur dan murtabak sahaja, tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang dimasak dengan telur ni.. jadi berwaspadalah selalu sila kongsikan kepada rakan-rakan yang lain yang belum tahu :) Sumber asal  : mynewshub.my

AAP - Selalu juga pekena murtabak ini hendak pulak ketika bulan puasa.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. ye saya setuju...pastikan telur dibasuh kan..

    BalasPadam
  2. Info yg sangat bermanfaat untuk semua.. teruskan dgn info2 yg berunsurkan keagamaan..

    BalasPadam
  3. my dad basuh telur tu sebelum digunakan, dia jual murtabak jgak, so insyAllah halal la kan, dia buat sebersihnya pun .......... :D

    BalasPadam
  4. jadi masalah sebab tak ramai yang peka isu macam ni, terutama peniaga. bila dah beli berpapan-papan telur, alasannye leceh nak basuh semua.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!