Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

6 Ogo 2012

Gulai Patin Jadi Tumpuan... Baju T Shirt AAPG Jadi Kebanggaan.

Marzuki Mat Lela menunjukkan ikan patin masak tempoyak yang menjadi tumpuan pelanggannya di Bazar Ramadan Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. 
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Jika di bazar Ramadan Kampung Baru, Martabak Pak Din menjadi pilihan orang ramai, tetapi lain pula di bazar Ramadan Bangsar apabila gerai 'Gulai Tempoyak Patin Station 21 Original Jerantut' menjadi tumpuan orang ramai.

Menurut pemilik gerai, Marzuki Mat Lela, 30, ramuan ikan patin masak gulai tempoyak yang dijual merupakan resipi keluarganya. "Rempah yang dicampur dengan tempoyak disediakan bersama ikan patin dan ini yang menjadikan rasanya sungguh istimewa.

"Saya adunkan sambal bersama tempoyak untuk mencari kelainan gulai dan rasanya sesuai dijadikan juadah berbuka puasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Kata Marzuki, dia memulakan perniagaan dengan membuka restoran masakan Barat di Bangsar selain menjadi tukang masak bagi aktiviti ekspedisi di dalam hutan.

Rakan kongsinya, Ridzuan Ghani, 47, pula berkata, ikan segar yang dibawa terus daripada Jerantut, Pahang menambah keistimewaan masakan itu selain ia disediakan terus di gerai. "Kami akan memandu kereta ke Jerantut setiap dua hari untuk membawa ke Kuala Lumpur kira-kira 50 ekor ikan patin segar sebagai bekalan di bazar Ramadan.

"Kami mahukan orang ramai mendapat rasa sebenar ikan patin gulai tempoyak kerana kebanyakan masakan ini yang dijual menggunakan ikan patin yang kurang segar," katanya. Tinjauan mendapati rata-rata pengunjung akan membeli ketiga-tiga menu masakan Pahang disediakan itu sebagai set hidangan lengkap.

Harga dijual juga berpatutan iaitu RM8 untuk ikan patin gulai tempoyak, RM4 bagi sambal tumis petai tempoyak dan RM3, sambal belimbing buluh rebus hitam. Seorang pelajar kolej swasta, Nur Nazirah Syeikh Bakri, 22, berkata, ikan patin masak gulai tempoyak sentiasa menjadi kegemarannya dan seisi keluarga apabila berkunjung ke bazar itu.

"Saya teruja apabila mendapati terdapat gerai yang menjual lauk kegemaran saya di sini kerana saya memang tercari-cari gerai menjualnya. "Dengan adanya hidangan ini, saya terasa seperti berbuka puasa di Pahang. Keenakannya membuatkan saya ingin membelinya selalu," katanya tersenyum.

Bagi seorang pekerja swasta, Mohd. Affandy Anuar, 23, dia tidak perlu pergi jauh sehingga ke Pahang untuk merasai gulai ikan patin masak tempoyak kerana Marzuki pandai menjadikan juadah itu seenak masakan di kampung. "Lauk gulai tempoyak ini sudah ada padanan yang dijual sekali dan sesuai dimakan dengan nasi putih atau dicicah dengan roti. "Kadangkala saya akan tinggalkan sedikit untuk dijadikan lauk sahur kerana rasanya membuatkan saya rasa puas hati," katanya. Sumber Utusan Malaysia

AAP - Tahniah sahabat semoga terus maju jaya! Jom bersama kami di Facebook AAPG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. cantik orang pahang..biar kita pulak memajukan negara kita..hehehe

    BalasPadam
  2. Tanniah pada Marzuki & tahniah juga pada group AAPG..Mungkin lepas ni boleh memikirkan utk buka restoran terus disitu

    BalasPadam
  3. salam..
    baju tu yang mahei nih :)
    promote AAP Blog nih..he he

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!