Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO DARIPADA PENAJA KLIK PERCUMA

UPDATE ENTRI TERKINI :

24 Jul 2012

MIMPI BASAH DI SIANG HARI BULAN RAMADHAN ?

Assalamu'alaikum Wr. Wb

Ustaz, saya pelajar,  saya bingung waktu puasa tahun lepas saya mimpi basah di waktu siang hari. Tapi saya waktu itu tetap meneruskan puasa. Soalan saya, apakah puasa saya batal dan saya wajib mengqadhakanya sebelum Ramadhan tahun ini tiba? Terima kasih.

Setiabudi, Kuala Lumpur

Wa'alaikumsalam Wr. Wb.

Setiabudi, Mimpi basah (mimpi yang menyebabkan keluar air mani) tidak termasuk yang membatalkan puasa dan tidak berdosa. Yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan sperma dengan sengaja atau berhubungan suami isteri di siang hari di bulan Ramadhan. Kewajipan anda hanya mandi wajib dan dapat meneruskan puasa. Kerana tidak batal dan tidak perlu mengqadha atau menggantikan puasa tahun lalu.

Yang paling penting, jaga fikiran dari fikiran kotor atau berbau seks semasa berpuasa. Nabi saw mengingatkan, "Siapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan kotor dan (tak boleh meninggalkan) perbuatan kotor maka Allah tidak punya kepentingan apa-apa walaupun orang itu meninggalkan makan dan minum (puasa), " (HR. Bukhari). Selebih dari itu, tentu inilah salah satu Maha Rahman dan Rahim Allah swt, di mana Dia mengangkat undang-undang di antaranya kerana tidur. Kerana semasa itu hilang kesedaran. Nabi saw pernah bersabda, "Tidak ada undang-undang (sekalipun dosa) terhadap tiga kategori: kanak-kanak kecil sampai dia menjadi baligh, orang tidur sampai dia terbangun, dan orang gila sampai dia sembuh." Wallahu'alam - Sumber : Smartnewz.info

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 ulasan:

  1. salam..
    ermm..kira rezeki la tu
    di maafkan...teruskan berpuasa
    islam memudahkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wmsalam... betul tu Zul tak ada halanganya yak :)

      Padam
  2. aduh, aduh.. hari ini ku termimpi...

    BalasPadam
  3. thanx for info..hari ni juga aku bermimpi..cuma nak tahu adakah perlu menyegerakan mandi wajib atau tidak mengapa dilewatkan setelah terjaga dari tidur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya di segerakan mandinya apa nak tunggu lagikan...

      Padam
  4. hari ini mimpi, alhamdullillah persoalan selesai.

    BalasPadam
  5. Perlukah kita mandi wajib jika dlm mimpi berkenaan kita tidak sempat mengluarkan air mani, bahkan bila kita terbangun n check boxers, mmg tidak kluar air mani? walhal kita mimpi indah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika sekadar mimpi indah tidak mengeluarkan sesuatu nak mandi apa salahnya cuma tak perlu mandi wajib sahaja.

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM DAN KEBUDAYAAN | Kongsikan pandangan anda bersama kami :

Nuffnang 3

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Contoh Carian : Gambar Klasik Pahang, Pahlawan Pahang, Pawang Nong, Mat Kilau, Dato Bahaman.
Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...