Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

25 Jun 2012

Facebook Bantu Kuruskan Badan?

Kaji selidik yang telah dijalankan baru-baru ini menunjukkan rangkaian sosial, Facebook ternyata menjadi salah satu faktor bagi seseorang itu untuk berdiet.

Ini kerana ramai yang bersemangat dan tekad untuk berdiet semata-mata untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik untuk dimuat naik dan dikongsi bersama rakan-rakan pengguna lain.

Kajian itu telah dijalankan oleh Fitbit, San Francisco, merupakan sebuah syarikat yang prihatin terhadap pembangunan kesedaran kesihatan.

Menurut kaji selidik itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna Facebook yang menggunakan medium itu untuk menyiarkan gambar-gambar mereka.

Antara gambar-gambar yang sering dimuat naik adalah seperti gambar peribadi, gambar bersama rakan-rakan serta gambar percutian.

Justeru, ia membuatkan seseorang untuk nampak tampan mahupun cantik di dalam gambar yang dimuat naik.

Selain itu, ada juga di antara mereka yang berasa kurang selesa apabila gambar percutian yang mempunyai bentuk badan yang tidak ideal telah dimuat naik untuk tontonan umum.

Lantas, ada di antara mereka yang tekad serta bermotivasi untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebelum percutian seterusnya.

Pada masa yang sama, kaji selidik yang dilakukan itu turut mendapati satu dari tiga orang pengguna Facebook telah ‘untagged’ gambar-gambar mereka yang menampakkan bonjolan lemak serta bentuk badan yang tidak menarik.
Malah, kajian turut mendapati hanya 14 peratus sahaja orang yang berdiet atas sebab-sebab kesedaran kesihatan.

Nampaknya, pesanan khidmat masyarakat serta iklan kesedaran kesihatan tidak membantu mereka untuk menurunkan berat badan sebaliknya Facebook berjaya menjadi medium terpenting bagi membimbing golongan sebegini. - Sumber : Mynewshub.my

AAP - Sudah tidak dikisahkan makan minum.. mahu juga jadi kurus kering kalau duduk berfacebook aje :(

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

7 ulasan:

  1. kalu mcm ni lagi deras kome ber FB..

    BalasPadam
  2. ohhh ade kelebihan lain yg kita tak nampak dari facebook ni rupaya yeee... tapi mungkin ada juga yang naik berat badan kerana asyik di depan PC/laptop jee, tak keluar bersosial...

    -bila nak bersukan nie!!!!-

    Layan FB, shopping online: DSM1220 | Nur Diana's Collections

    BalasPadam
  3. Salam Yassin..
    di mana ada kemahuan di situ
    ada jalan penyelesaian..sebaiknya
    kurus di mata suami nampak cantik kan?
    bahagia rumahtangga :)

    BalasPadam
  4. Nawok ni yassin.. aku jadi koho gemuk lonih guano kiro.. buko fb hari hari hehehe..

    ~naza JKM Lepih ~

    BalasPadam
  5. tak berFB ni kurus semacam je :)

    BalasPadam
  6. `Kejak kurus kejhak gemok koi rase....:)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!