Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengang-kutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata, seramai 53 penjawat pula memilih bersara termasuk ditamatkan kontrak atas persetujuan sendiri.
“Paip menawarkan pelbagai kemudahan kepada pegawai dan kakitangan berkenaan iaitu gaji kompetitif termasuk elaun perumahan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta prasyarat munasabah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan kakitangan JBAP setelah perjanjian pengkorporatan antara Kerajaan Negeri dan Paip ditandatangani, baru-baru ini.
Mohd Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta berkata, Kerajaan Negeri mengambil kira semua aspek pengkorporatan termasuk kebajikan pegawai dan kakitangan supaya mereka dapat bertugas dengan lebih selesa dan memberi perkhidmatan penuh integriti.
“Isu pengkorporatan bekalan air di negeri ini sudah selesai dan tidak wajar diuar-uarkan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
“Sehubungan itu, saya minta wakil rakyat bersama JBAP menerangkan kepada penduduk mengenai kerelevanan pengkorporatan jabatan itu,” katanya.
Menurutnya, tujuan pengkorporatan supaya Paip dapat meningkatkan kecekapan operasi dengan memberi fokus kepada peningkatan hasil seperti mengurangkan air tanpa hasil, mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan. - Sumber Sinar Harian Pahang.
Wassalam, Wa'allahhualam.


salam waris deme pilih yg mana?
BalasPadamKome pilih masuk aje...
PadamMakin kemas la lepas ni....
BalasPadamSemoga rakyat pahang tidak menghadapi kesulitan dalam agihan air, Alhamdulilllah buat masa ini perkhidmatan air baik di negeri pahang, :)
BalasPadamBil air rumah saya melambung giler bulan ni.. Dua bula takde bil, tup2 bila bil sampai kena caj 300 lebih.. Mau tak meroyan tengok bil tu padahal sebulan biasa pakai dalam 40-50 hengget je..
BalasPadamKome dah bayar air malam tadi..
BalasPadam