Waktu Solat Hari ini : Jerantut, Maran, Temerloh, Chenor Dan Bera.
ARTIKEL UTAMA

Pukul Isteri Kerana Ikan Puyu ! :(

PADANG SERAI - Hanya kerana ikan puyu seorang wanita cedera di badan kerana dipukul suaminya.

Wanita yang berusia 40-an itu ditemui berjalan berseorangan sambil menangis kira-kira jam 1.30 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Padang Serai oleh unit MPV.

Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa memberitahu suaminya ada memelihara ikan puyu, bagaimanapun ikan puyu itu ditemui mati atas simen.

“Suami mangsa yang berang apabila mendapati ikan kesaya*ngannya mati telah memukul isterinya beberapa kali di badan sebelum menghalaunya keluar dari rumah.

“Kami juga difahamkan suaminya memang seorang yang panas baran dan sering memukul mangsa,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memujuk wanita terbabit pulang selepas membuat laporan, bagaimanapun dia enggan berbuat demikian kerana takut dipukul suaminya lagi.

“Sekiranya suami mangsa tidak memukul atau mencederakannya, kes ini tidak akan dibuka sebaliknya menasihatkan suami supaya tidak bertindak kasar terhadap isteri,” katanya. - Sumber Sinar Harian.

Adoi... sekadar nak di jadikan cerita.... sayang ker ikan puyu lagi pada isteri haruu....


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 [ Komen ] [ Tinggalkan Komen Anda ]:

  1. adehh
    apa ade pada ikan puyu tu
    bukan masak pun
    kena masak adalah
    mcm2 :)

    BalasPadam
  2. rupanya suaminya lebih cinta puyu dari pada isteri, lebih sayang puyu dari pada isteri, kahwinkan je suami tuh sama puyu.

    BalasPadam
  3. macam macam hal perangai akhir zaman ni...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, komen anda sangat dihargai.

JANGAN LUPA KLIK! PESANAN PENAJA BLOG AKU ANAK PAHANG
[ KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA & HOME ]
ARTIKEL TERKINI DAN MENARIK !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...