Waktu Solat Hari ini : Jerantut, Maran, Temerloh, Chenor Dan Bera.
ARTIKEL UTAMA

Paracetamol Boleh Kurangkan Perasaan Sakit Hati !

Mungkin anda sedang mengalami rasa sakit hati kerana putus cinta dan sebagainya. Keadaan ini ternyata boleh diredakan dengan mengambil ubat yang mengandungi zat pengurang rasa sakit, seperti paracetamol.  Perkara ini merupakan hasil kajian dari University of California, Amerika Syarikat.

Penyelidik yang terdiri dari para ahli saraf mendapati bahawa rasa sakit emosional diproses di kawasan otak, yang juga bertindak balas rasa sakit fizikal. Mereka juga mencari kalau perasaan sakit hati, seperti ditinggalkan pasangan, boleh bertindak balas ubat penghilang rasa sakit.

Dalam percubaan selama tiga minggu, sebanyak 62 orang yang terlibat kajian diminta untuk mengambil Tylenol, istilah parasetamol di Amerika Syarikat. Sebahagian di antara mereka juga mengambil ubat plasebo, iaitu ubat semu tanpa kesan, lalu perasaan yang dirasakan mereka dirakam secara khusus.

Hasilnya, orang yang mengambil 1,000 miligram ubat pereda rasa sakit atau kira-kira dua tablet, level perasaan sakit hatinya diketahui berkurang. Perkara ini berbanding mereka yang mengambil ubat plasebo,

"Ditolak dan ditinggalkan menjadi pengalaman yang sangat berpengaruh besar bagi seseorang. Jika anda meminta seseorang untuk berfikir kembali tentang beberapa pengalaman negatif mereka, cenderung muncul penolakan," kata Dr. Naomi Eisenberger, pembantu profesor psikologi sosial di University of California, seperti dikutip dari Daily Mail.
 

Perkara ini diikuti dengan pendapat logik bahawa sistem rasa sakit fizikal dan sosial bersifat tumpang tindih, walaupun masih perlu diteliti secara detail. "Tapi kami tidak menyarankan untuk mengambil ubat pereda rasa sakit setelah mengalami peristiwa traumatis," kata Dr. Eisenberger.

AAP - Moralnya hati kena sabar, jangan mudah rasa sakit hati :) Jika selalu sangat mengambil ubat penahan sakit yang mengandungi Paracetamol tidak bagus juga untuk kesihatan tubuh badan dan tidak digalakkan.
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 [ Komen ] [ Tinggalkan Komen Anda ]:

  1. paracetamol pon blh kurgkan skit hati kan..tp x elok kalo selalu amik, better kalo sakit hati kite buat something yang leh happykan kite..xpun mengaji supaya ati lebih tenang..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar.. jgn ikut sangat rasa sakit hati tu bawak beristifar dan mengaji lebih baik.

      Padam
  2. macam ambik dadah jugalah kalau gitu :0

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang lebih macam itulah jgn diamalkan kut berasa tension sagt bolehlah yak :)

      Padam
  3. Assalam..
    Agak2 reda tak sakit bila ambilparacetamol ni kalau sakit hati kat anjing yang selalu merobek plastik sampah dalam tong sampah tu...huhu..Kalau ada senapang, dah lama anjing tu kena tembak (kejam)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iza - bolehlah mencubanya kut boleh mereda sedikit sakit hati siapa tahu :)

      Padam
  4. salam Yassin..
    pulak dah..paracetamol tu kira
    panadol la kan..agak sakit hati
    telan la sepapan..he he

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, komen anda sangat dihargai.

JANGAN LUPA KLIK! PESANAN PENAJA BLOG AKU ANAK PAHANG
[ KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA & HOME ]
ARTIKEL TERKINI DAN MENARIK !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...