Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Edinburgh, Scotland, di dalam dua bidang ijazah iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi serta ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia. Nur Amalina sekali lagi menjadi buah mulut rakyat negara ini apabila beliau didakwa gagal dalam pengajiannya dan pulang ke tanahair secara ‘senyap-senyap’.
Persoalannya, benarkah Nur Amalina telah berubah dan terpengaruh dengan unsur kejutan budaya ketika melanjutkan pengajian di luar negara? Beberapa blog bergenre hiburan dan politik turut memuatkan gambar-gambar seksi Nur Amalina di laman web masing-masing dan mempersoalkan tentang identiti beliau yang jelas lebih kebaratan berbanding dahulu.
Antara blog yang menyiarkan gambar-gambar tersebut ialah Mediamalaya.com, Ceritamamat.com, Theflyingkick.blogspot.com dan banyak lagi. Bagaimanapun, gambar-gambar yang dikatakan diambil dari laman sosial Facebook milik Nur Amalina itu telah dikeluarkan dari akaun tersebut setelah ia ‘bocor’ dan menggemparkan dunia siber negara ini semalam.
Sekiranya benar dakwaan bahawa gadis di dalam gambar tersebut adalah Nur Amalina, rakyat negara ini sudah tentu tidak punya hak untuk menentukan imej penampilan beliau mahupun apa jenis pakaian yang dikenakan dan sebagainya. Namun, penulis pasti ramai di kalangan rakyat negara ini mahu Nur Amalina mengekalkan imej lamanya dahulu dan sudah semestinya anak gadis Che Bakri ini perlu menutup aurat meskipun berada jauh dari keluarga di Malaysia.
Apa yang perlu, doakan saja agar Nur Amalina mencapai kejayaan di dalam pengajiannya di luar negara dan pohonlah agar beliau kembali ke imej asal sebagai seorang gadis berbangsa Melayu yang kuat pegangan Islamnya. Sumber mynewshub.my
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :


Kenyit mata kat Nur Amalina..
BalasPadamsalam..
BalasPadamharapan gitulah..moga beliau berubah
koi masih menganggap itu bukan gambar
Nur Amalina..
##sibuk amat hari ni Yassin..memang tak
de masa nak online :(
Wmsalam Zul, sama laa kita koi pun terlajok sama bznya 1-2 hari nie :(
BalasPadammanusia boleh berubah...kalau iman tak kuat macam2 boleh jadi..harap itu bukan dirinya....sama2 berdoa moga kita tak terpesong dari landasan sebenar...
BalasPadamjika salah maklumat nie.. kena renung balik firman allah 49:6
BalasPadamalahai anak omak... napa le ekau lebih minah salleh dr minah salleh ni nak ooiii... kalu minah salleh tu memangnya putih.. ko tu sawo matang, padankan dengan rambut warna kelabu taik anjing.. ish ish x lawa deh....
BalasPadamkome anggap gambar tu bukan dia...
BalasPadam