UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

31 Dis 2011

Tidur Dengan Kaki Berbau Menarik Perhatian Nyamuk !

Jika pergi ke hutan atau kawasan endemik penyakit berjangkit melalui nyamuk, pastikan agar kaki anda tetap bersih. Sebuah kajian mendapati, nyamuk yang menyebarkan penyakit lebih tertarik pada beberapa jenis bakteria yang tumbuh di kaki manusia.

Bakteria ini mengeluarkan bau yang sangat menarik bagi serangga sehingga meningkatkan risiko digigit nyamuk. Namun, sebahagian individu mempunyai perlindungan khusus terhadap berkembangnya pelbagai macam bakteria di kaki.

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal dalam talian Public Library of Science ONE, diharapkan dapat mencegah malaria dan serangga penyebar penyakit dengan menukar aroma badan.


Kajian Penulis, Dr Niels Verhulst, dari Wageningen University di Belanda menulis, "Senyawa yang menghalang pengeluaran mikrob aroma tubuh manusia, atau manipulasi mikrob di kulit boleh mengurangkan minat nyamuk untuk menggigit manusia," ujarnya dipetik Daily Mail.

Selama kajian, penyelidik mengambil sampel peluh dari telapak kaki 48 sukarelawan lelaki kulit putih dengan usia 20-64 tahun. Sebelum mula, peserta kajian diberitahu untuk tidak minum arak, makan bawang putih, bawang merah, makanan pedas, mandi atau menggunakan kosmetik wangi. Mereka juga diperintahkan untuk memakai stoking kaki nilon khas yang disediakan oleh pasukan penyelidik selama 24 jam sebelum pengambilan sampel.


Dalam siri percubaan, para penyelidik menguji daya tarikan sampel yang berbeza dengan Anopheles gambiae dari Liberia, Afrika, kawasan endemik malaria. Aroma kaki yang bau ternyata lebih menarik bagi nyamuk malaria Anopheles gambiae yang menjadi pembawa penyakit malaria.

Para Ilmuwan mendapati, nyamuk jauh lebih tertarik pada kaki dengan jumlah bakteria staphylococcus yang paling tinggi. Tiga jenis bakteria lain juga menarik serangga, sementara dua yang lain, iaitu Variovorax dan Pseudomonas, mempunyai kesan bertentangan dan menolak nyamuk.

"Kaitan antara penduduk mikrob di kulit dan daya tarik bagi nyamuk boleh digunakan membangunkan atraktan nyamuk yang baru dan kaedah perlindungan terhadap vektor malaria dan penyakit berjangkit lain," tulis saintis. Sumber asal kreadit : VIVAnews


AAP - Moralnya juga orang tua-tua dahulu sering kali berpesan dan menyuruh kita membasuh kaki terlebih dahulu sebelum tidur, ada sebabnya.. bukan sahaja kita tidak tidur didalam keadaan kotor serta mengelakan kita daripada gangguan mimpi yang buruk :) Paling penting juga bila kaki kita bersih pasti kita tidak digigit oleh nyamuk bawaan penyakit :)

Kaki yang ditumbuhi bakteri tertentu mengeluarkan bau yang menarik perhatian bagi nyamuk. Paling penting pastikan kaki kita telah dibasuh terlebih dahulu sebelum tidur :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

30 Dis 2011

Tahukah Anda Wanita Malaysia Kuat Curang !


Tidaklah semua, tetapi sebahagian wanita Malaysia mempunyai kecenderungan untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Melalui Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011 mendedahkan 39 peratus wanita Malaysia mengakui mereka pernah curang terhadap pasangan masing-masing.

Manakala, hanya 33 peratus lelaki Malaysia memiliki sikap yang sama. Secara keseluruhan, tanpa mengira jantina pula, Malaysia berada di tangga ketiga paling ramai pasangan yang curang. Di atas Malaysia adalah negara Thailand dan Korea selaku juara dan naib juara bagi jumlah pasangan yang kuat curang.

Kajian itu melibatkan 36 buah negara dan dilancarkan November lalu. Fakta-fakta lain hasil kajian berkenaan ialah; - Rakyat Amerika Syarikat (AS) paling aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115 kali).

- Rakyat Malaysia merupakan antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69). - Secara keseluruhan tanpa merujuk mana-mana negara, kajian itu turut mendapati bahawa pasangan tidak berkahwin yang hidup bersama melalukan seks sebanyak 146 kali setahun.
- Manakala, Pasangan berkahwin membuat hubungan seks sebanyak 98 kali setahun.

- Empat peratus daripada responden yang ditemuramah mengakui melalukan hubungan seks setiap hari.
- 57 peratus melakukan seks paling kurang sekali seminggu.

- Secara umum, masyarakat serata dunia lebih rela keluar bergembira bersama rakan daripada melakukan hubungan seks. Hampir satu perlima atau 22 peratus memilih rakan daripada seks dengan pasangan (19 peratus) manakala 10 peratus lagi memilih untuk bersukan atau keluar membeli-belah. Sumber - mynewshub.my  * Gambar sekadar hiasan

Suatu gejala sosial dan keruntuhan moral masyarakat kita di hari ini yang boleh dikatakan sudah sampai ke suatu tahap kritikal, difahamkan banyak sebab dan puncanya, namun bersandarlah sedikit pada keimanan, perlu diketahui nikmat itu hanya untuk sementara  :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Jom Tonton Online Drama "Tentang Dhia" Episod 30 (Akhir) Apa kesudahanya?



Kesian kat budak Dhia tu :) ... dahlah dia yatim piatu dibuat dek mak mentuanya pulak... disuruh pilih nak bermadu ke nak cerai... mentuanya idup rilek jekkkk... geram betol laaa.. yang pasti peminat drama ini sedikit tidak berpuas hati kerana Ibu kepada Zikir @ mak mentua Dhia tidak mendapat balasan yang sepatutnya huhuhuhu... mungkin akan ada sambungannya kelak drama ini  :) bagi menyudahkan drama yang menarik ramai peminatnya. Apapun jom layan tonton drama episod akhir ini drama "Tentang Dhia"

Ingin mengetahui Sinopsis Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3 Klik DISINI


Wassalam, Wa'allahhualam.Salam hormat dan ikhlas daripada :

Gambar Budak India Hina Nama Allah

Gambar ini telah disebarkan di dalam FB. Apa yang boleh umat Islam kita lakukan? Mungkin sekadar tengok kutuk dan sebagainya. Namun keadaan sama akan berulang dan terus berulang mungkin kerana tidak ada tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa. Mungkin ada pihak yang cuba terus untuk bermain api... Saya tidak berani utk mengatakan apa-apa dibimbangi gambar ini di edit atau sebagainya. Jika tidak ada unsur sedemikan pasti ianya satu penghinaan yang agak berat dan kasar. 

Secara peribadinya jika benar dan sahih gambar ini diambil sebegini rupa dan berniat dengan niat menghina tulisan dan nama Allah. Saya mengutuk dengan sekeras-kerasnya perbuatan ini. Saya kira ianya satu perbuatan yang amat biadap. Sebaiknya suatu tindakan yang sewajarnya perlu ditangani segera. Semoga menjadi pengajaran bagi mereka yang lain. Jika benar gambar ini, ianya bukan sesuatu perkara yang boleh di pandang remeh oleh semua umat islam dan pihak berkuasa.

Sumber asal DISINI

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

29 Dis 2011

Jom Tengok Online Ombak Rindu Full Movie


Jom  berkongsi tengok filem yang dilakoni oleh artis-artis yang popular di Malaysia iaitu Aaron Aziz,Maya Karin Dan banyak lagi.. Pape pun layan dulu Filem Ombak Rindu nie yeaa….Semoga anda terhibur  …Share la kat member2 yang belum tengok lagi tu :) Khabarnya best tengok cite nie jom layan :)

Wassalam, Wa'allahhualam.Salam hormat dan ikhlas daripada :

28 Dis 2011

CARA MENGATASI SAKIT BELAKANG ATAU SAKIT PINGGANG.

Tahukah anda diantara 8 daripada 10 orang pernah mengalami sakit belakang dalam hidupnya. Khususnya wanita, yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi.

Kehamilan, lalu menggendong anak selama berjam-jam juga jadi punca sakit belakang pada wanita. Demi mengurangkan risiko sakit punggung yang menyeksa, lakukan saja empat langkah berikut yang dilaporkan dari Health.com

Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda, melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk itu akan kurangkan kandungan beg, bawalah barang yang anda benar-benar penting. Bawa juga tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.


Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang terasa selesa, namun ini juga tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tiduri, tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil saat tidur.


Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari kecederaan. Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Lalu, secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.


Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untuk menguatkan tulang, iaitu vitamin K.

Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin K, berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang, sehingga membuatnya lebih padat. Ketika tulang anda kuat, maka tubuh semakin fit dan risiko mengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang pun berkurang.
Sumber asal : VIVAnews


 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

1,055 Buah Kereta Honda Dimusnahkan!

Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.

Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut. "Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya. Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu. Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global. - AFP Sumber : www.kosmo.com.my

AAP - Singgah kat tempat kita senyum aje menjualnya kereta yang tenggelam dalam banjir nie :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Wordless Wednesday | Akibat Parking Kereta Dekat Pili Bomba

Pernah tak kita tengok orang parking kereta dekat dengan pili bomba ? Tahukah anda bahawa ianya akan menyusahkan pihak Bomba jika berlaku kebakaran. Dan anda tak boleh nak marah kalau kereta anda mengalami keadaan macam ini dan lebih-lebih lagi jika anda di kenakan tindakan undang-undang atau disaman. 

Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless'

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

27 Dis 2011

ASNB Umum Agihan 6.05 sen Seunit Bagi Tahun Kewangan 2011

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), unit milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan 6.05 sen seunit bagi Skim Amanah Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011, berbanding agihan pendapatan enam sen seunit yang diumumkan tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM92.8 juta yang akan memberi manfaat kepada 1.2 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 1.5 bilion unit ASN.

Ahmad Sarji berkata agihan pendapatan ASN dikira berdasarkan unit yang dipegang pada 31 Dis, 2011, hari terakhir tahun kewangan ASN, dan akan secara automatik dikreditkan dalam akaun pemegang unit berdasarkan nilai aset bersih ASN pada hari terakhir tahun ini.

Semua transaksi untuk ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen digantung mulai 27 Dis 2011 hingga 2 Jan, 2012, bagi memudahkan pengiraan agihan pendapatan. Ahmad Sarji juga berkata prestasi ASN pada tahun kewangan semasa secara umumnya lebih baik meskipun senario yang mencabar dalam pasaran saham serta ekonomi dunia.

"FBM KLCI mencatatkan penurunan 1.5 peratus kepada 1,496.15 mata pada 21 Dis, 2011 berbanding 1,518.91 mata yang dicatatkan pada 31 Dis, 2010," katanya pada sidang media bagi mengumumkan agihan pendapatan ASN bagi 2011.

Sehingga 23 Dis, beliau berkata ASN mencatat pendapatan kasar RM114.67 juta dan daripada jumlah itu, keuntungan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM58.71 juta atau 51.2 peratus. Beliau berkata ini diikuti pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat yang menyumbang RM43.33 juta atau 37.8 peratus manakala baki sebanyak RM12.63 juta atau 11 peratus disumbangkan oleh instrumen lain.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata PNB mengharapkan suasana ekonomi yang lebih baik tahun depan supaya ia dapat menyumbang pulangan yang lebih baik kepada pemegang unit. Beliau berkata PNB akan terus memilih saham-aham yang dapat memperkukuh portfolionya bagi membolehkannya menyediakan pulangan yang baik kepada pemegang unit.

Hamad berkata jumlah aset dalam pengurusan PNB kini bernilai RM190 bilion. Beliau juga berkata PNB merancang membuka cawangan di Amerika Syarikat tahun depan. "Kami mahu membuka sebuah lagi pejabat di luar negara. Kami sedang mengenal pasti lokasi yang bersesuaian (di US). Kami menyasarkan tahun depan. Kami sudah mempunyai pejabat di London, Tokyo dan Singapura," katanya.

Hamad berkata Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia, yang akan memberi manfaat kepada isi rumah berpendapatan kirang RM3,000 sebulan, dijangka dilancarkan pada pertengahan Januari. Sumber Bernama.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

PELBAGAI KEBOHONGAN WANITA DI FACEBOOK !

Banyak hal yang boleh anda lakukan di Facebook. Bukan sahaja sebagai wadah bersosial, laman rangkaian ini juga boleh dijadikan tempat untuk memantau dan mempengaruhi orang lain.

Menurut beberapa lelaki, seperti yang dilapurkan dari foxnews.com,wanita boleh memanfaatkan Facebook, tidak hanya dalam hal positif, tetapi juga hal negatif. Salah satunya jika berkaitan masalah hubungan dengan lawan jenis.

Ini pendapat beberapa lelaki yang mendedahkan hal mengejutkan yang boleh dilakukan wanita di Facebook.

→ Membuat Profil Palsu Untuk mengekori bekas kekasih

Hal satu ini mungkin kelihatan sedikit ekstrem. Tapi, ramai wanita sengaja membuat profil palsu untuk boleh memantau mantan kekasih tanpa diketahui pasangannya. Daripada menelefon atau menghantar sms, sekadar menulis "Apa khabar?" Di wall Facebook, cara ini memang lebih selamat.

→ Memanipulasi Penampilan

Menurut lelaki, tidak sedikit wanita yang sering memasang gambar di Facebook untuk memaparkan imej diri yang tidak sesuai realiti. Dalam foto-foto mungkin mahu kelihatan lebih seksi dan berani atau sebaliknya, dan berlawanan dengan kenyataan. Hati-hati, hal ini boleh menjadi bumerang buat wanita.

→ Menulis Status Berlebihan dan Provokatif

Status di Facebook boleh dibaca sesiapa sahaja dan ramai wanita yang mengggunakannya untuk tujuan provokasi atau menunjuk-nunjuk. Bagi lelaki, hal yang paling menyebalkanadalah "curhat", soal kehidupan peribadi di status. Menurut lelaki, lebih baik bercakap langsung daripada mengumbarnya di Facebook, kerana kesannya seperti mengharap belas kasihan.Selain itu, pamer soal kelebihan atau tempat yang didatangi dan langsung memasangnya di status.

→ Memasang Gambar Kemesraan bersama lelaki lain.

Status sudah berkaitan dengan seseorang, tetapi dalam masa beberapa gambar kelihatan mesra dengan lelaki lain. Hal iniseperti ingin "membakar" rasa cemburu pasangan dengan cara tekanan. Gambar bersma pasangan itu juga menurut lelaki, sengaja untuk membuat orang lain mempersoalkan hubungannya, dan memberikan perhatian padanya.

→ Status Hubungan Palsu

Beberapa wanita bujang banyak memasang status hubungan dengan "in a relationship". Hal ini dilakukan untuk mengelakkan reaksi "kasihan" orang atas statusnya yang masih bujang. Hal ini menurut lelaki, sangat tidak masuk akal, kerana justeru status tersebut menghambatnya mendapat pasangan.
Adakah anda juga melakukan hal sama? Hati-hati, mengikut pendapat lelaki, kebiasaan ini boleh menjadi memerang bagi wanita! - Sumber asal smartnewz.info

AAP- Nota di kaki tidak semua wanita sedemikan. Cuma segelintir sahaja yang berperangai macam itu :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

26 Dis 2011

Tidak dapat memikat gadis, lelaki yang kecewa mendakwa The Axe Effect!

Anda mungkin pernah melihat IKLAN ini ?

New Delhi, Seorang lelaki India berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan 'penderitaan mental'.
Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis, meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi, lelaki India tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan mahupun yang belum dipakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.

Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. "Lalu dimana Axe Effect-nya? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu ajak saya berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya".

"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV".

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak pertama kali dia membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.

Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalu menggunakan pembaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian. Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan kanak-kanak.

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.

"HUL mungkin akan terdorong untuk mengambil bahawa garis hujah, tetapi ia adalah sangat berisiko. Tiada data untuk menyokong andaian bahawa lelaki tidak menarik dan unintelligent tidak menarik wanita.  

Malah sesetengah wanita yang terbaik cari telah diketahui untuk berkahwin dan tarikh guys mutlak menjijikkan. Saya hendak mencadangkan bahawa syarikat menyelesaikan isu ini di luar mahkamah, "kata peguam Ram Jhoothmalani. Sumber : encyclopediadramatica.ch/Faking_News


AAP - Umumnya Syarikat pengiklanan sepatutnya tidak meletakkan unsur-unsur di luar kebenaran dan kemunesabahanya untuk sebarangan iklan bagi tidak mengelirukan hak pengguna.



Wassalam, Wa'allahhualam.Salam hormat dan ikhlas daripada :

25 Dis 2011

Senarai Singkatan Istilah di Dunia Maya Berserta Maksudnya.

Didalam dunia internet begitu banyak istilah yang singkatkan, yang membawa maksudnya tersendiri. Mungkin istilah yang tersenarai dibawah ini dapat membantu anda untuk memahami akan maksud yang sebenar dan tersirat.

AAMOF - As A Matter Of Fact = Seperti dijelaskan pada fakta (?)
AFAIK - As Far As I Know = Setakat yang saya tahuAFAIC - As Far As ï'm Concerned = Setakat yang saya konsern
AFAICT - As Far As I Can Tell = sejauh yang saya boleh ceritakan
AFK - Away From Keyboard = lagi jauh dari papan-taip (jika terpaksa meninggalkan chat-room kerana sesuatu hal)
ASAP - As Soon As Possible = secepat mungkin
ASL - Age, Sex, Locations = Umur, Jenis Jantina, lokasi
BAK - Back At Keyboard = Kembali ke papan-taip
BBL - Be Back Later = Akan kembali nanti (jika hendak meninggalkan chat-room sementara waktu)
BITMT - But In The Meantime = Tetapi dalam kurun waktu
BOT - Back On Topic = kembali ke topik
BRB - Be Right Back = Saya kembali ...
BTW - By the way = dalam perbincangan (biasanya dipakai untuk membincangkan subtopik tertentu di luar topik yang sedang dibicarakan)
C4N - Ciao For Now = idem dengan CU - See you = sampai jumpa (untuk keluar / menamatkan chat / topik)
CMIIW - Correct Me If ï'm Wrong = Perbaiki saya jika saya salah
CRS - Can't Remember "Stuff" = Tidak ingat "benda" yang dimaksudkan
CU - See You = idem C4N
CUL (8R) - See You Later = idem C4N
CWOT - Complete Waste Of Time = Sangat menghabiskan masa saja
CYA - See Ya = idem C4N
DIY - Do It Yourself = Kerjakan sendiri
EOD - End Of Discussion = akhir perbincangan
EZ - Easy = gampang, mudah
F2F - Face To Face = kopdar, ketemuan fizikal
FAQ - Frequently Asked Questions = hal-hal yang sering ditanya
FBOW - For Better Or Worse = untuk baik atau buruk
FOAF - Friend Of A Friend = teman dari teman
FOCL - Falling Off Chair Laughing = sampai jatuh dari bangku kerana tertawa (mentertawakan sesuatu yang sangat lucu, hampir sama dengan LOL - Laughing Out Loud)
FWIW - For What It 's Worth = Untuk apa itu kepada
FYA - For Your Amusement = Untuk kegunaan (biasanya merujuk kepada games)
FYI - For Your Information = Untuk informasimu (biasanya untuk memberikan maklumat tertentu)
/ Ga - Go Ahead = ayolah
GAL - Get A Life = dapatkan hidup (mu) (biasanya merujuk untuk orang yang addicted (ketagihan) pada sesuatu hingga lupa makan, tidur atau minum)
GBTW - Get Back To Work = kembali kerja
GFC - Going For Coffee = pergi untuk minum kopi
GFETE - Grinning from ear to ear = bisik-bisik (?) [FYI, google translator menterjemahkannya: Kernyih dari telinga ke telinga]
GMTA - Great minds think alike = sebahagian besar pemikiran (orang) berfikir sama
GR & D - Grinning, Running & Ducking = kernyih, berlarian dan tunduk
GTG - Got To Go = Harus pergi
GTGTTBR - Got To Go To The Bathroom = perlu pergi ke bilik kecil
GTRM - Going To Read Mail = mahu baca surat elektonik
HAND - Have A Nice Day = semoga mendapat hari baik
HHOK - Ha Ha Only Kidding = Ha ha hanya bercanda
HTH - Hope This Helps = Berharap ini dapat menolong (biasanya merujuk kepada sebuah artikel)
IAC - In Any Case = Dalam kes apapun
IAE - In Any Event = Pada event apa-apa
IC - I See = saya faham
IDGI - I Don't Get It = saya tidak faham
IMCO - In My Considered Opinion = dalam anggapan saya
IMHO - In my humble opinion = dengan kerendahan hati, pendapat saya ....
IMNSHO - in My Not So Humble Opinion = dengan tidak rendah hati, pendapat saya (kebalikan IMHO)
IMO - In My Opinion = dalam pendapat saya
IMPE - In My Personal Experience = dalam pengalaman peribadi saya
IMVHO - In My Very Humble Opinion = dengan sangat rendah hati, pendapat saya ....
IOW - In Other Words = dengan kata lain
IRL - In Real Life = dalam kehidupan sesungguhnya
ISP - Internet Service Provider = Pembekal perkhidmatan internet
IYKWIM - If You Know What I Mean = Jika anda tahu apa yang saya maksud
JIC - Just In Case = hanya dalam kes-kes tertentu
J / K - Just kidding = hanya bercanda
KISS - Keep It Simple Stupid = buat itu mudah, [* red: sorri kata terakhir ertikan sendiri]
L8TR - Later = nanti
LD - Later dude = nanti bung
LOL - Laughing Out Loud = ketawa terbahak-bahak
LTNS - Long Time No See = sudah lama tidak jumpa
MorF - Male or Female, or person who asks that question = laki-laki atau perempuan, atau orang yang bertanya
MTCW - My Two Cents Worth = berharga dua sen (biasanya untuk meledek sesuatu yang dianggap "murahan")
NRN - No Reply Necessary = tidak perlu dibalas
Onna - Oh No, Not Again! = Oh tidak, tidak lagi!
Otoh - On The Other Hand = dalam tangan yang lain
OTTOMH - Off the top of my head = di atas kepala saya
OIC - Oh I See = oh saya faham
OOT - Out Off Topic = luar Bahasan
OTF - On The Floor = di atas lantai
OLL - Online Love = cinta online
O.M.G (Oh! My God!)
PLS - Please
PU - That Stinks! = Itu bau! (Untuk berseru ketika mencari sesuatu yang menjengkelkan)
Rehi - Hello Again (re-Hi!) = halo lagi
ROFL - Rolling On Floor Laughing = Tertawa sampai terguling-guling di lantai
ROTF - Rolling On The Floor = berguling-guling di lantai
ROTFL - Rolling On The Floor Laughing = idem ROFL
RSN - Real Soon Now = Sesegera mungkin
RTDox - Read The Documentation / Directions = Baca dokumentasi / Petunjuk
RTFM - Read The Frickin 'Manual = Baca manual
RUOK - Are You OK? = Apakah kamu ok?
Snafu - Situation Normal; All fouled Up = Situasi normal; semua dibohongi (setelah adanya provokasi (biasanya dari spammer))
SO - Significant Other = sama dengan yang lain
SOL - Smiling Out Loud (or Sh * t Out of Luck) = Tersenyum lebar-lebar
TANSTAAFL - There Ain't No Such Thing As A Free Lunch = Tidak Apakah Tiada Yang Seperti Makan tengah hari percuma
TAFN - That 's All For Now = Itu semua untuk sekarang
TEOTWAWKI - The End Of The World As We Know It = Kiamat seperti yang kita tahu
THX - Thanks = terima kasih
TIA - Thanks In Advance = terima kasih sebelumnya
TLK2UL8R - Talk to you later = bicara denganmu nanti
TMK - To My Knowledge = dari pengetahuan saya
TOS - Terms Of Service = Peraturan dari perkhidmatan
TPTB - The Powers That Be = Pemilik kekuatan yang boleh
TSWC - Tell Someone Who Cares = Ceritakan seseorang yang peduli
TTBOMK - To The Best Of My Knowledge = Dari pengetahuan terbaik saya
TTFN - Ta-Ta For Now = idem CU
TTYL (8R) - Talk To You Later = idem TLK2UL8R
TWIMC - To Whom It May Concern = Untuk siapa saya yang peduli
Txs - Thanks = terima kasih
URL - Web Page Address = alamat laman
w / b - Welcome Back = Selamat datang / kembali lagi
w / o - Without = tanpa
WRT - With Regard To = dengan penghargaan ke
WTG - Way To Go = arah, sesuatu akan bermula
WU? - What 's Up? = Apa yang terjadi?
WWW - World Wide Web = Jejaring Besar Dunia
WYSIWYG - What You See Is What You Get = Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat
Y2K - Year 2000 = tahun 2000
YGIAGAM - Your Guess Is As Good As Mine = Tebakanmu seperti saya
YGWYPF - You Get What You Pay For = Apa yang anda dapat itu yang anda bayar
YMMV - Your Mileage May Vary = [* red yang ini susah diterjemahinya ]
ZZZ - Sleeping = Tidur

Semoga bermaafaat untuk anda semua :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

MENGUSIK PRAMUGARI SINGAPURA, LELAKI UKRAINE DIKENA HUKUMAN SEBATAN.

Pramugari Singapore Airlines
Seorang lelaki berkewarganegaraan Ukraine akan  dipertanggungjawabkan diatas perbuatan sumbangnya yang sengaja mengusik seorang pramugari Singapura. Kini dia akan dikenakan denda dan hukuman sebatan. Jika disabitkan dengan kesalahanya.

Lelaki berusia 35 tahun itu, masih dalam proses mahkamah diatas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap Pramugari Singapura itu.

Insiden ini berlaku di tengah-tengah penerbangan Singapore Airlines dari Moscow menuju Singapura. Semasa penerbangan, lelaki ini dengan sengaja menyentuh bokong dari pramugari sebanyak dua kali. Dengan niat, dengan sengaja menyentuh dada dari pramugari berusia 34 tahun tersebut.
.

Lelaki yang bernama Sergei Serkov ini bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat di Singapura. Bila mahkamah memutuskan dirinya bersalah, kemungkinan penjara dua tahun menunggu. Selain penjara, Serkov juga dikena hukuman sebatan dan membayar wang denda.

AAP- Terlebih geram gamaknya : ) Moralnya ada mata pandang ajelah.. jangan nak mengatal... sesajer di kenakan hukuman sebatan.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

23 Dis 2011

VIDEO : Lagu Bruno Mars Boleh Memurtadkan Seseorang Melalui Percakapan ?

Umat Islam seluruh Malaysia yang dikasihi, pernah dengar lagu It Will Rain – Bruno Mars? Lagu tu boleh memurtadkan seseorang melalui percakapan. Contoh baris yang terdapat dalam lagu tersebut :

There’s no religion that could save me (tiada agama yang boleh selamatkan aku), No matter how long my knees are on the floor (tak kira berapa lama melutut di lantai) Ingat, murtad boleh berlaku melalui pertuturan juga. - Sebarkan demi akidah Dan Share- Sumber : Gempak.org

AAP - Moralnya kita jangan suka-suka menyanyi sembarangan lagu... jika tidak faham akan maksudnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.Salam hormat dan ikhlas daripada :

Kenapa Wanita Suka Menangis ?

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,

KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA..KAMU ISTIMEWA”
LAGI-LAGI PADA IBU KITA YANG MENGANDUNGKAN KITA SELAMA 9 BULAN.

Kreadit : edisikini.com

AAP - Tak boleh nengok orang nangis mula mudah sebak huhuhu.....

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

22 Dis 2011

PERHATIAN : JIKA ANDA MENGINAP DIHOTEL, CHALET ATAU SEUMPAMANYA

Untuk makluman dan perhatian kita semua berhati-hatilah sekiranya anda terutama perempuan muslimah, apabila anda menginap di hotel-hotel, chalet2, hostel atau tempat-tempat persinggahan/penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada disekitar bilik mandi atau bilik tidur.

Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok dimana-mana ceruk dan ruang. Ingatlah maruah anda sebagai muslimah/wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini.- Sebarkan Sumber asal : gilerkentang

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

KENAPA CEMBURU? | CARA MENGHADAPI PERASAAN CEMBURU

Cemburu sering disebut-sebut sebagai 'bahan' dan ekspresi rasa sayang dari suatu hubungan. Tetapi bila rasa cemburu berlebihan, bagaimana cara mengatasainya?  DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.

Seperti yang dilapurkan dari Sofeminin, kecemburuan yang terjadi dalam suatu hubungan merupakan rasa benci kepada orang yang dianggap saingan seksualnya. Rasa cemburu merupakan penggabungan rasa takut dan marah, rasa takut kehilangan pasangan yang dicintai dan kemarahan kerana melihat pasangan tertarik pada wanita lain. Dibalik rasa takut dan marah ini, biasanya ada keinginan untuk mengawal pasangan anda. Ini adalah beberapa tips sederhana dan mudah yang boleh membantu anda mengatasi kecemburuan dalam situasi sehari-hari.
 
1. Pelajari Situasi
Langkah awal mengatasi rasa cemburu yang dirasa membawa tenaga negatif ini adalah dengan mengenali situasi terlebih dahulu. Ini boleh membuat anda mendapatkan pandangan-pandangan lain yang lebih objektif. Tanyakan pada diri sendiri apakah melihat si dia makan tengah hari dengan teman wanitanya mempunyai alasan kuat untuk cemburu atau ini hanya reaksi anda yang berlebihan.

2. Komunikasi
Sebaiknya mulakan membahagi keraguan, ketakutan dan fikiran anda ini dengan si dia, tentu saja dengan cara yang tidak berlebihan dan suasana yang selesa. Jika anda sakit hati melihat ia menjalin komunikasi rutin dengan sang bekas, jelaskan alasan hingga akhirnya ia mengerti perasaan anda. Cara lain, mulailah menjalin hubungan dengan rakan-rakan berdekatan si dia. Dengan mengenal dunia si dia, anda lebih boleh mengawal fikiran anda dari sudut pandang yang berbeza, bukan sekadar andaian anda sahaja.
 
3. Milikilah Kegiatan masing-masing
Walaupun anda mempunyai hubungan yang istimewa, bukan bererti anda dan si dia harus selalu bersama. Luangkan waktu untuk diri anda sendiri dan teman-teman ketika si dia tidak boleh bersama. Hal ini dapat mengelakkan fikiran dan andaian negatif menghampiri anda ketika si dia sedang tidak bersama dengan anda.

4. Paling penting belajarlah untuk menilai diri sendiri
Buatlah senarai high anda dan si dia, segala sesuatu yang membuat dia dan anda saling mencitai. Jikarasa cemburu menghampiri, bacalah semula senarai tersebut untuk mengingatkan anda bahawa ia mencintai anda dan anda tidak mempunyai alasan untuk cemburu dengan teman wanitanya tersebut

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

KETAHUI PUNCA SAKIT KEPALA | AMALAN PERMAKANAN PENYEBAB SAKIT KEPALA

Beberapa makanan mengandungi sebatian tertentu yang boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Anda sering mengalami sakit kepala? Banyak hal boleh menjadi penyebabnya, yang sering kita tidak disedari iaitu pengambilan makanan dan minuman. Kita selalu sahaja mengambil ubat penahan sakit kepala untuk menghilangkan rasa sakit kepala.
 
Cara untuk mengatasinya ada beberapa langkah yang perlu ingati dan dituruti dengan mengelakkan diri daripada mengambil makanan-makanan yang boleh menjadi penyebabkan sakit kepala itu. Brian Grosberg, MD, Ketua Inpatient Headache Program di Montefiore Medical Centre, New York, seperti dilapurkan dari Womansday.com, mendedahkan banyak makanan tertentu yang boleh menimbulkan dan menjadi penyebab rasa sakit di kepala anda.

Di antaranya  Hot dog, Burger, bahan perasa dan pelbagai daging olahan yang telah di awet. Semuanya mengandungi sebatian nitrat, iaitu bahan pengawet yang boleh penyebab sakit kepala. Ini adalah disebabkan kemungkinan boleh mengurangkan jumlah pengambilan oksigen dalam aliran darah serta menjadi punca utamanya sakit kepala.
 

Minuman red winedan ikan salai semuanya mengandungi tiramin, iaitu asid amino yang boleh memacu terjadinya migrain. Beberapa jenis makan daripada jenis kekacang juga diketahui mengandungi tiramin. Sebaiknya, berhati-hatilah sebelum mengambil sebarang kacang.

Sitrus, pisang, avokad, bawang dan mentega kacang belum diketahui secara jelas sebatian apa yang terkandung di dalamnya yang boleh mencetuskan rasa sakit kepala. Namun, beberapa kajian menunjukkan ada hubungan antara pengambilan makanan tersebut dengan sakit kepala

Moralnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Gambar Adam Adli Turun Bendera | ‘Saya Sediakan Dihukum’

 
Tindakan seorang pelajar tahun tiga Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, 22, yang bertindak berani menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu telah menyebabkan dirinya menerima pelbagai ugutan dan liputan meluas media.

Ikuti wawancara eksklusif wartawan Mohammad Fairuz Jumain yang mengupas pemikiran dan motif tindakannya dalam akhbar Sinar Harian dan Sinar TV esok!

AAP - selalu juga tolong turunkan bendera untuk disimpan masa berlajar dulu-dulu :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

21 Dis 2011

GAMBAR WANG KERTAS BARU RM100, RM50, RM20, RM10 DAN RM5 KELUARAN 2012

 Wang kertas ini yang telah diwar-warkan sebelum ini.

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan mula diedarkan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui.
 
 

AAP - Tertarik juga dengan wajah baru wang kertas tersebut.  RM50.00 sekarang silap-silap boleh tertukar juga dengan RM 1.00 sebab warnanya seakan-akan sama sahaja. Baguslah digantikan dengan warna lebih cerah seumpama itu. :)

Macam mana pulak boleh tertukar RM 20 dgn RM 50 tu? apapun kita nantikan sahajalah keluaranya kelak :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

INI ADALAH ALASANYA KENAPA HUBUNGAN DI FACEBOOK ITU DIPUTUSKAN!

Apa alasan orang menjalin hubungan persahabatan di Facebook? dan mengapa kadang-kadang terjadi ada diantara kita yang memutuskan hubungan persahabatanya di Facebook?

Soalan-soalan itu antara lain yang dijawab oleh kajian NM incite, dari Nielesen dan McKinsey, pada 1.800 pengguna rangkaian sosial berkenaan. Hasilnya, 82 peratus pengguna Facebook akan mengajukan permintaan persahabatan (add friend) kerana mereka saling kenal di dunia nyata.

Sementara itu, ada 60 peratus pengguna Facebook yang mengajukan persahabatan kerana saling berhubung dengan rakan-rakan yang lain (mutual friend). Sedangkan selebihnya, sebanyak 8 peratus pengguna Facebook akan melakukan add friend kerana satu sama lain tertarik secara fizikal dan 7 peratus kerana ingin menambah jumlah rakan sebanyak-banyaknya.

Masih ada lagi. Sebanyak 7 peratus pengguna menganggap 'semua orang adalah kawan saya,' dan 7 peratus menjawab mereka akan melakukan add friend kerana tertarik dengan kecantikan photonya.


Putus Hubungan
Dari segi lain, ada beberapa sebab mengapa seseorang memutuskan hubungan persahabatan atau remove friend di Facebook. Banyak orang terganggu dengan tindakan teman yang diterimanya atas dasar mutual friend. 23 peratus mengatakan mereka melakukan remove friend kerana komen yang tidak menyenangkan, 20 peratus kerana kurang melakukan interaksi


Sebanyak 14 peratus menyatakan putus hubungan kerana komentar politik dan 11 peratus kerana sakit hati atau putus cinta. Seterusnya, hanya 6 peratus yang me-remove friend kerana seseorang terlalu banyak mem-posting, baik status ataupun update lain merapu dan sebagainya.

Teman di Facebook
Sebuah kajian pada tahun 2011 oleh Pew Internet dan American Life Project, menyatakan, para pengguna Facebook rata-rata mempunyai 229 rakan. Dari jumlah itu, 89 peratus teman di Facebook pernah ditemui secara langsung lebih dari sekali, sementara 7 peratus teman sama sekali tidak pernah bertemu secara menatap muka.

Berdasarkan kumpulan teman, menurut kajian Pew Internet, teman semasa persekolah merupakan kelompok teman terbesar yang ada di Facebook. Tepatnya, teman persekolahan melebihi 56 peratus, 30 peratus berasal dari perguruan atau universiti, dan 15 peratus dari tempat kerja.

Dalam kehidupan yang nyata, tidak ada yang rela kehilangan teman. Tapi secara maya, pemutusan hubungan persahabatan ternyata cukup sering dilakukan.
Sumber asal : Huffington Post

AAP - Mungkin satu dua fakta diatas ada kebenaranya dan terkadang kenapa kita terpaksa memutuskan persahabatan dengan mereka yang tertentu... yang pasti tentu ada sebab dan menesababnya :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading