[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

31 Okt 2011

Gambar : Bayi Ke-7 Bilion Di Dunia

Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini.

Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di Jose Fabella Memorial Hospital. "Bayi amat comel dan sihat," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.

“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya. Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho. Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.

Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit. Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.

“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang," katanya. Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini. - AFP

Anda nombor berapa agaknya sebagai  penduduk dunia?


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Loghat boleh jadi Melayu standard jika dibukukan

Saranan membukukan istilah dan perkataan dalam bahasa dialek berupaya memelihara kelangsungan bahasa serta budaya sesebuah negeri, selain memperkayakan kosa kata bahasa Melayu yang kaya dengan pelbagai loghat. Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Mohamad Saleeh Rahamad, berkata membukukan istilah dan perkataan dalam loghat daerah bukan saja memainkan peranan dalam penyelidikan bahasa, malah menunjukkan kekayaan budaya serta ketinggian tamadun yang dimiliki pelbagai kelompok masyarakat di negara ini.

“Bahasa akan hilang penuturnya apabila berlaku perubahan dalam masyarakat seperti perpindahan dan peningkatan tahap pendidikan yang menyebabkan seseorang itu mengubah gaya percakapannya mengikut persekitaran.

“Justeru, usaha memanfaatkan istilah dalam bahasa dialek seperti Utara, Pantai Timur dan sebagainya ke dalam bentuk penerbitan patut dijalankan secara serius membabitkan pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi (IPT), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta kerajaan,” katanya ketika ditemui di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8 di sini, semalam.

Saleeh berkata, kurangnya penyelidikan mengenai istilah dalam bahasa daerah menyebabkan banyak perkataan asing diserap ke dalam bahasa Melayu apabila merujuk kepada sesuatu perkara yang tiada istilah tepat dalam bahasa Melayu standard. “Sedangkan, dalam bahasa daerah banyak perkataan yang mempunyai maksud yang tepat dan sesuai dengan budaya masyarakat setempat.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, syor berkenaan akan membantu mengembangkan penggunaan dialek tempatan yang terbukti berjaya memperkayakan bahasa Melayu standard. “Contohnya jika dulu kita menggunakan perkataan ‘menanam modal’, namun kini perkataan ‘melabur’ digunakan yang diambil dari dialek Negeri Sembilan, selain perkataan ‘kelui’ bagi alat kelui yang bermakna ‘panggil’ dalam dialek Kedah,” katanya.

Bagaimanapun, bagi Pakar Bahasa, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, berkata usaha demikian memerlukan satu tujuan yang jelas supaya ia dapat dimanfaatkan secara menyeluruh. “Bahasa dialek mempunyai pengguna yang terhad kepada sesuatu daerah saja dan tidak semua dapat memahami dan menguasai bahasa berkenaan dengan baik.

“Apa yang penting ialah menggunakan bahasa Melayu standard dengan penggunaan bahasa yang rapi dan berbudaya dalam acara atau urusan rasmi. Manakala bahasa dialek pula berkesan dalam menyampaikan ilmu atau gagasan kepada masyarakat pendukungnya,” katanya. - Berita Harian

AAP- Jadi tidak salah jika penulis selalu menggunapakai loghat ibuanda didalam penulisan di blog ini. Mungkin ianya akan menjadikan rujukan dan pengetahuan pihak lain. Jika tidak ditulis dan dibukukan mungkin kelak loghat kita akan hilang jua dan jenerasi muda hari ini langsung tidak mengetahuinya. Moralnya marilah kita bersama membudayakan loghat kita dan bahasa ibuanda kita.  

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

30 Okt 2011

Tanda- Tanda Gangguan Ritma Sirkadian (Kemurungan)

KEMURUNGAN adalah penyakit zaman moden dan ia dialami di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan kira-kira 121 juta penduduk dunia mengalami sindrom itu. Sindrom ini juga ada kalanya tidak membawa petanda tipikal seperti mengasingkan diri, hilang selera makan atau gangguan tidur. Ada yang mengalami masalah sengal pada tubuh yang berpanjangan. Ada juga yang mengalami kesakitan yang tidak dapat dijelaskan.

Di Malaysia, kegagalan seseorang mengenali simptom kemurungan akibat kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai masalah itu, menyebabkan ramai tidak dirawat daripada awal. Dia mungkin mengalami satu atau lebih simptom gangguan ‘circadian rhythm’ atau ritma sirkadian seperti rasa sedih dan kosong, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, cepat letih, kurang bertenaga, mudah berputus asa serta menganggap diri tidak berguna.

Gangguan ritma sirkadian yang berlaku akibat perubahan kitaran tidur juga dikenal pasti sebagai antara punca utama kemurungan. Ia juga penyakit keempat paling berbahaya di Malaysia dan memberi kesan hingga 10 peratus dalam populasi negara. Tidur mempunyai kesan pemulih terhadap proses fizikal dan mental. Malah, tidur juga adalah komponen penting dalam kesihatan fizikal dan mental yang baik, di samping penting bagi fungsi kognitif yang optimum.
Kebanyakan pesakit yang mengalami kemurungan menghadapi masalah tidur.  Namun, tidak semua yang mempunyai masalah tidur mengalami kemurungan. Penilaian berhati-hati penting untuk merangka rawatan termasuk ubat-ubatan, kaunseling dan terapi.
 Simptom kemurungan 
·  Perasaan sedih dan kosong
·  Hilang minat terhadap aktiviti kegemaran
·  Cepat letih
·  Menganggap diri tidak berguna
·  Kurang bertenaga
·  Mudah berputus asa
·  Hilang selera makan
·  Mengalami gangguan tidur
·  Penurunan berat badan
·  Kerap marah
·  Perasaan tidak tenteram
·  Menganggap mati lebih baik daripada hidup
·  Kurang fokus
·  Sukar membuat keputusan
 Disunting drp Harian Metro.

Sedikit sebanyak amalan gaya hidup sihat dan mengambil waktu tidur yang betul amat membantu mengurangkan permasalahan kemurungan ini... mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

29 Okt 2011

Berdebatlah Semahunya Di Debatbukujingga.com!

Sebuah laman web politik terbaru, DebatBukuJingga.com kini menawarkan ruang kepada peminat-peminat dunia politik tanahair untuk berdebat mengenai isu-isu yang terkandung di dalam Buku Jingga. Menurut pemilik laman web tersebut, ia dibangunkan khusus untuk membincangkan buku terbitan Pakatan Rakyat tersebut secara ilmiah, berfakta dan bernas. Buku Jingga diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat sebagai dasar dan manifesto utama yang disepakati parti-parti pembangkang sekiranya berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

Ia mencetus kontroversi apabila didakwa menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada rakyat negara ini sebagai sogokan untuk meraih undi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. “Buku Jingga dilancarkan oleh Pakatan Rakyat pada 2010 sebagai janji pilihan raya ke-13. Sungguhpun ia menjanjikan yang muluk-muluk namun adakah ia mampu diterjemahkan sebagai realiti atau sekadar menjual mimpi menjelang pilihan raya umum. Blog ini membuka perdebatan…,” kata pemilik laman web itu.

Bagi penggemar-penggemar dunia politik tanahair sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke laman web tersebut bagi melibatkan diri dalam perdebatan dan perbincangan menarik selain mendapatkan informasi yang lebih jelas mengenai buku tersebut. Mynewshub.my menjangkakan laman web itu akan memeriahkan lagi suasana politik Malaysia yang kini berada di ambang pilihan raya umum.

Apapun, diharap perbincangan dilaman web itu tidak akan dicemari oleh maki hamun dan carutan demi carutan dari mana-mana pihak yang merasakan pandangan mereka dikalahkan oleh pihak lain. Berdebat dan berbincanglah dengan semangat politik yang sihat dan semoga hasilnya akan membuka mata rakyat untuk membezakan di antara ‘kaca dan permata’. (Klik sini untuk melawat DebatBukuJingga.com)  - Sumber mynewshub
Jangan beramuk sudah :)

AAP - Hentam sahajalah... berdebatlah dengan cara yang penuh berhemah dan jangan sampai memunahkan agama, bangsa dan negara sudah.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

28 Okt 2011

Jerantut : Gambar Kanak-kanak di hempap pokok kelapa.

DI SINI...Azman menunjukkan lokasi kejadian meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Nurshuhada maut.

Tiada siapa menjangka pokok kelapa itu akan tumbang kerana ketika itu cuaca elok. Lebih memilukan, kejadian disaksikan ramai ahli keluarga,” kata Azman Zainuddin, 41, bapa Nurshuhada yang maut dihempap pokok kelapa di depan rumahnya di Kampung Bukit Lada, Jerantut, Selasa lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa lalu, kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun itu disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut (HJ) di sini.

“Sehari sebelum kejadian anak saya begitu ceria dan banyak bercakap sambil menunggang basikal dalam rumah. Walaupun masih kecil, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjaga saya bila tua nanti,” kata Azman mengimbas kenangan terakhir bersama anaknya. Azman berkata, ketika kejadian Nurshuhada bermain di halaman kira-kira dua meter dari tangga depan rumah apabila sebatang pokok kelapa setinggi 15 meter tiba-tiba tumbang dan menghempapnya, dipercayai kerana akar pokok itu reput.

“Sebelum turun ke halaman, Nurshuhada duduk di tangga bersama lima lagi adik-beradiknya manakala isteri saya berurusan dengan pembekal makanan ikan untuk projek ternakan ikan sangkar yang saya usahakan. - Metro.

AAP - Ajal maut ketentuan illahi jua... Alfatihah dan takziah drp kami. Sebaiknya bagi mereka yang  mendiami rumah berhampiran sungai serta kawasan tanah berpasir tidak bagus juga jika membiarkan pokok-pokok tertentu terlalu berdekatan dengan rumah, tambahan dalam keadaan musim hujan seperti sekarang.


 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

27 Okt 2011

Gambar : Wira-wira Moden Dunia Islam Yang Gugur

Apakah anda kenal nama-nama dan wajah dalam gambar di atas?
Mereka semua adalah bekas pemimpin dunia Islam yang sebahagian besar dipercayai mati dibunuh sama ada secara langsung oleh ejen Yahudi atau ejen Amerika Syarikat atau secara tidak langsung dengan cara membakar emosi rakyat bangun memberontak menentang kepimpinan mereka. Jika kita membaca sejarah, banyak perkara buruk yang diketengahkan media dan ahli sejarah barat mengenai diri mereka semua.

Dialog dan lirik yang sama didendangkan…kononnya mereka semua adalah korup dan memiliki harta yang banyak. Namun hakikatnya, semua mereka adalah antara wira-wira Islam yang berjuang dan membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Dan akhirnya…imej mereka dimusnahkan media-media barat. Mungkin itu cara untuk mengekang kebangkitan Islam. Mana ada lagi pemimpin seperti mereka di zaman ini? - Sumber mynewshub

AAP - Al-Fatihah… pada mereka semua... duk mikir lepas nie siapa pulak yang akan kena....
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

26 Okt 2011

Minum Kopi Kurangkan Risiko Kanser Kulit.

Amalan meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita. Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama Amerika Syarikat di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus. “Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini,” kata penyelidik kajian, Fengju Song. – AFP

AAP - Jarang mengopi selalu mengetea aje :) dah lama tak minum kopi nasihat doktor tak boleh minum kopi kerap sangat kerana mengidap sakit kepala :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

25 Okt 2011

Merokok Menjadikan Daya Ingatan Lemah!

Muncul lagi fakta terbaru mengenai bahaya merokok. Uji kaji yang dilakukan oleh Universiti Northumbria mengatakan perokok memiliki risiko yang lebih besar kehilangan sekitar satu pertiga kemampuan daya ingatan mereka daripada orang yang tidak merokok. Hasil dari penilaian itu juga, mereka menemukan orang yang berhenti daripada tabiat merokok mampu mengembalikan kemampuan daya ingatan yang biasa secara bertahap-tahap seperti ketika ia belum mula merokok.

Uji kaji itu dibuat kepada mahasiswa yang berusia 18 sehingga 25 tahun di mana mereka diminta mengingatkan perkara-perkara mudah seperti muzik dan aktiviti-aktiviti kecil untuk menguji memori mereka. Hasilnya, perokok hanya mampu mengingatkan kembali 59 peratus daripadanya, sedangkan mereka yang telah berhenti merokok berjaya mengingatkan kembali 74 peratus dan mereka yang tidak pernah merokok mampu ingat 81 peratus. Dr Tom Heffernan yang memimpin uji kaji itu mengatakan bahawa penemuan itu pastinya berguna untuk kempen-kempen anti merokok.

“Kita mengetahui berhenti merokok memang memiliki manfaat kesihatan yang besar bagi tubuh, “Uji kaji ini menunjukkan, berhenti merokok dapat memberi manfaat besar bagi fungsi otak,” katanya yang dipetik dari laman www.DailyMail.co.uk baru-baru ini.

AAP - Terkadang ilham juga akan datang bila mengisap rokok :) Moralnya merokok tetap membahayakan kesihatan :(
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Gambar : Bahtera Nabi Nuh a.s RTM Memohon Maaf.

Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba. - Metro

AAP - Sebaiknya pihak berkenaan lebih berhati-hati akan perkara seperti ini. Semoga masa mendatang ianya tidak berulang.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

24 Okt 2011

Spender Pasar Malam Tok Sah Dok Tayang!

Sebuah blog hari ini mempersoalkan sikap dan tindakan beberapa wartawan yang mewakili syarikat penyiaran negara asing berpakaian kurang sopan ketika umat Islam berhimpunan untuk mempertahankan agama sempena program Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
Menurut Darul Ehsan Today, cara berpakaian berkenaan langsung tidak menghormati kandungan majlis berkenaan. Antara yang menarik komen oleh seorang pembaca blog berkenaan ialah, “setakat pakai spander pasar malam toksah do tayang la buek malu jo”.

Mungkin wartawan berkenaan tidak menjangkakan ada pihak yang mungkin tersinggung atau kurang senang dengan cara pemakaian itu kerana acara tersebut diadakan di tempat terbuka.Penganjur pun mungkin tidak menetapkan sebarang garis panduan berpakaian untuk wartawan bukan Islam. Namun teguran blog tersebut harus dijadikan ingatan untuk masa akan datang. - Sumber di sunting MyNewshub.

AAP - Hari ini rata-rata kebanyakkan orang perempuan tak kira dimana jua... memang suka berpakiaan semacam itu dan gemar pulak menunjukan alur punggungnya :( bukan orang asing aje suka pakai, yang tak asing pun sama :( Moralnya jagalah sikit adab sopan cara berpakaian.
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Nak Join Jom :)

23 Okt 2011

Terkini : Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 Batal Akibat Kematian Pelumba Itali

SEPANG – Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad. Simoncelli berusia 24 tahun. Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
 
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11. Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Model Pertama Malaysia Bogel Di Majalah


Mungkin tajuk di atas membuat anda tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan itu dan di mana dia menjadi model bogel negara yang pertama? Oklah, namanya ialah Christy Yow yang berasal dari Ipoh, Perak. Sebelum ini dia merupakan model untuk jenama pakaian Crocodile.

Mula menjadi model pada usia 19 tahun ketika mengikuti jurusan penyiaran di Kolej Tuanku Abdul Rahman. "Ada rakan-rakan bertanya jika saya berminat menjaid model ketika itu, saya fikir mengapa tidak keran itu cara untuk seorang pelajar mendapat wang tambahan. “Namun saya tidak menjangkakan akan menjadi model sepenuh masa. Saya ingat saya akan lebih banyak berkerja di belakang tabir memandangkan saya adalah pelajar bidang penyiaran,” katanya dipetik media baru-baru ini.

Christy asalnya ke Singapura untuk menjadi pramugari Penerbangan Singapura tetapi gagal dalam pusingan pertama lagi. Dia berbogel untuk majalah F*** (Film, Fame & Frank) di negara berkenaan. Dia dikenali dengan nama samaran 36C Christy, sempena saiz dadanya yang besar. Christy juga dilabel sebagai bakal menjadi simbol seks Asia yang baru.

Setakat ini dia juga sudah berlakon tiga buah filem di republik itu dan dikatakan antara pelakon pilihan untuk membawa watak Rose Chan dalam filem arahan pengarah Singapura, Eric Khoo. Rose Chan adalah penari bogel pertama di negara ini dan negara jiran pada tahun 50-an hingga 70-an. - Sumber mynewshub

Jangan hendaknya disandarkan pada Malaysia boleh... mmg tidak keharuan....


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

22 Okt 2011

Gaddafi dan Tujuh Perangai Peliknya.

 
CARA HIDUP LUAR BIASA...selain sentiasa dikawal sehingga 40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara

Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar. Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.

Khemah kalis peluru: Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri. Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.

Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi. Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

  • Pengawal anak dara: Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa. Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan. Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.
  • Jururawat seksi: Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi. Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit. Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.
  • Jatuh hati kepada Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin. Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.
  • Takut menaiki pesawat dan lif: Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel. Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam. Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal. Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.
  • Bunga Bunga: Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi. Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.
  • Pakaian aneh: Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain. Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika. -  Sumber ABC

  • Moralnya kalau kita jadi pemimpin jangan buat bender pelik-pelik.

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    21 Okt 2011

    Misteri: Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun

    Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu. Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu. Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun. Kulit muka, dada dan perutnya kendur.

    “Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya. Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda. Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008. Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan. Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.

    “Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya. Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli. Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.

    Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis. Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan. Sumber: Yahoo! Newsroom

     AAP - Memang misteri... Moralnya biarlah rupa sepadan usia :)

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    Wanita Paling Banyak Di Laman Sosial

    Seiring kemajuan dunia teknologi dan kemunculan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya, peningkatan pengguna daripada kaum wanita di laman sosial kini bertambah.Di petik dari laman www.Nielsen.com baru-baru ini tentang penggunaan laman sosial di Amerika Syarikat menunjukkan, kaum wanita didapati lebih banyak mengakses laman sosial berbanding lelaki.Jumlah paparan laman yang telah dibuka oleh pengunjung Facebook ternyata didominasi oleh kaum wanita dengan jumlah 62 peratus, dan jika dilihat berdasarkan umur pula yang paling aktif adalah yang berusia 18 tahun hingga 34 tahun.

    Facebook dilihat menjadi rutin yang wajib dikunjungi berbanding laman sosial yang lain, dari jumlah tersebut, 57 peratus daripada mereka menonton video di Facebook. Selain daripada itu blog dan laman web hiburan yang lain juga menjadi tempat kunjungan para pengguna internet, sebanyak 22.5 peratus pengguna internet AS mengunjungi laman-laman game online ( 9.8 peratus), email (7.6 peratus), Portal/website/blog (4.5 peratus), video/filem (4.4 peratus), laman pencarian (4 peratus) dan chatting/instant messaging sebanyak 3.3 peratus. Jika kaum wanita lebih banyak menghabiskan masa di laman sosial dan blog, lain pula halnya dengan lelaki yang lebih suka mengunjungi LinkedIn dan Wikia.

    Menurut kajian yang dilakukan NM Incite, sebuah anak syarikat Nielsen.Mckinsey Company, hampir 2 daripada 5 pengguna laman sosial mengakses laman tersebut dari telefon bimbit mereka berbanding alat komunikasi yang lain seperti iPad, komputer riba, komputer peribadi dan sebagianya. Nielsen juga melaporkan, bahawa Internet lebih digunakan untuk mendapatkan hiburan dan bersosial daripada mendapatkan berita. - Sumber mynewshub

    AAP - apa kes orang perempuan nie boleh lebih ramai berbanding orang lelaki di halaman tersebut? tak de keje? atau deme suke membebel atau mmg suka mengelakkan diri daripada membuat kerje? Moralnya jangan sampai anak laki lapar sudah :) Hehehe jawapan lain kena orang perempuan sendiri yang jawab  :)

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    20 Okt 2011

    Putus Sudah Kasih Sayang...

    Tebus talak demi kekasih.
    Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak. Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.

    Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami. Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri. “Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama. Harian Metro

    AAP - Kes seumpama ini bukan cerita baru dahulu pun dah ada cuma tidak dihebakan sahaja. Sebagai seorang suami rasa hancur berkecai di hati tetap ada... namun pada menyusahkan diri macam "makan hati berulamkan jantung" dan sebelum seribu satu musibah yang lain mendatang baik dilepaskan sahaja. Mungkinkah orang perempuan seperti ini sudah hilang jati diri, harga diri dan pekerti. Kasih sayang tidak sejenis ada berbagai jenis antaranya kasih fitrah murni dan kasih fitrah nafsu  :(

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    VIDEO - Lelaki Russia Pegang Rekod Ramas 1,000 Pasang Buah Dada

    Dalam musim di mana isu mengenai anak seorang VVIP di Pulau Pinang dituduh meramas buah dada rakan sekelas dan bapanya membayar RM200,000 untuk menutup kes itu, mungkin kita boleh melihat juga kepada kisah seorang lelaki Russia bernama Sam Nickel.Sam menjadi sensasi internet sejak beberapa bulan kerana dia merakamkan ‘kejayaan’ dirinya meramas buah dada 1,000 wanita di sekitar Moscow, Rusia.
    Tindakan meramas itu dilakukan di kawasan terbuka dengan orang ramai lalu lalang dan dapat melihatkan dengan jelas tindakan Sam.

    Semua itu dilakukan dalam tempoh 30 hari sebelum dia bersalam dengan bekas presiden negaranya, Vladimir Putin. Kononnya bagi Sam, pemimpin kesayangannya itu terlalu sibuk dan sudah berkahwin jadi beliau tidak boleh memegang mana-mana wanita. Untuk itu Sam merasakan dia seolah-olah boleh mewakili Putin memegang buah dada 1,000 wanita dan kemudiannya bersalaman dengan presiden itu.

    Bersalaman menurut Sam memindahkan kuasa positif ke tangan orang yang kita capai. Video Sam meramas buah dada 1,000 wanita dimuat naik ke Youtube dan dalam masa hanya 4 hari, ia ditonton sebanyak 6 juta kali. Dalam satu temuramah dengan sebuah blog, Sam berkata, dia berjumpa antara 70 hingga 300 wanita sehari sebelum menerangkan tujuan dan keinginannya untuk meramas bauh dada mereka. Katanya, paling sedikit dia pernah meramas buah dada 13 wanita dan paling ramai adalah 117 orang dalam sehari. Paling menarik, dia cuma sekali sahaja dilempang oleh seorang wanita.

    Sam bagaimanapun melahikran rasa hairan mengapa dia ditampar kerana wanita itu asalnya bersetuju agar dadanya diramas. Selain itu dia berkata, perbuatan meramas buah dada 1,000 wanita sebenarnya sesuatu yang amat memenatkan. “Kami terpaksa berdiri 8 jam sehari di bawah terik matahari,” katanya.  Bagaimanapun Sam berkata, dia tidak jemu dengan buah dada dan sama sekali tidak terubah menjadi gay.
    Dia juga pada penghujung video klip itu memuji wanita Rusia sebagai yang paling cantik di dunia dan memiliki minda moden serta terbuka - Mynewshub.my

    Untuk tontonan 18 tahun keatas sahaja.


    Huhuhu.. maru weh buat keje gila gitu...

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    19 Okt 2011

    Khidmat Tempahan Pelacur Secara Terbuka Di Facebook


    Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran.Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan.

    Tinjauan Mynewshub.my menemukan sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***. Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan. Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima ‘bekalan ayam’.

    Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota. Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.

    “Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.

    Baru-baru ini, Mynewshub.my menerima kiriman emel dari seorang pembaca yang memberitahu kewujudan sebuah agensi yang menawarkan khidmat wanita pelayan di ibu negara secara terbuka di laman Facebook.
    Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.

    Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan. Selain akaun Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’.

    Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai ‘lelaki hidung belang’ yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.
    “Yes, Good service. Can do whatever u want” katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu.

    Meskipun laman web itu menyiarkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi urusan ‘perniagaan’ tersebut, nombor yang tertera gagal dihubungi oleh beberapa individu yang merungut di dindingnya.“Where r u in KL? U r mobile not working (Di mana lokasi anda di KL? Mobil (telefon) anda tidak berfungsi. “I call so many times but number is not in service u have any other number? (Saya hubungi banyak kali tapi nombor tiada dalam perkhidmatan anda ada nombor lain?,” komen Koteswararo Vaddavalli di laman Facebook tersebut.

    “I call xdapat la..” kata kucing hodoh pula di dinding yang sama. Aktiviti ini dan yang seumpamanya dengannya perlu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana Facebook digunakan anggota masyarakat pelbagai usia termasuk yang masih bersekolah.–Mynewshub.my

    Moralnya janganlah sewenang- wenangnya kita menglike halaman seperti  ini. Situasi yang semakin parah bila sesuatu kemudahan itu telah disalahgunakan :(
     
    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    Wordless Wednesday - SMPS 1980

    Apakah Wordless Wednesday?
    'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless' :)


    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    Diberi RM500,000 Untuk Tarian Bogel

    MUNGKIN ini adalah antara kajian yang paling menyeronokkan.
    Dua pensyarah diberikan lebih daripada £100,000 (RM493,538) untuk mengendalikan kajian selama setahun mengenai kesan kelab lap dancing (di mana wanita akan menari secara menggoda di atas pangkuan lelaki) kepada masyarakat. Jumlah tersebut antara lain bagi menampung keperluan mereka menonton tarian demikian.

    Profesor Phil Hubbard dari Universiti Kent dan Dr. Rachel Colosi dari Universiti Lincoln telah dianugerahkan £117,839 (RM580,961) oleh Majlis Penyelidikan Sosial dan Ekonomi untuk mengendalikan kajian mereka. Kajian tersebut akan membantu pihak berkuasa tempatan membuat keputusan jika cadangan lokasi-lokasi kelab lap dancing adalah sesuai atau tidak.

    Orang ramai akan ditanya mengenai persepsi mereka tentang kelab-kelab sedemikian dan sama ada mereka berasa kurang selamat dengan kewujudnya dalam masyarakat mereka. Profesor Hubbard berkata: “Sehingga tahun lepas, amat senang untuk pub/kelab atau pemegang lesen untuk mengadakan lap dancing atau striptease (tarian bogel) di premis mereka,”. Kerajaan telah mengubah semua peraturan tersebut supaya lap dancing kini dikategorikan sebagai hiburan seksual.

    “Ini bermakna pihak berkuasa tempatan boleh mengharamkannya jika hiburan sedemikian tidak sesuai di kawasan yang berkenaan,” katanya. Projek itu akan berakhir dalam satu bengkel (seminar) dengan pihak berkuasa pelesenan, peguam cara dan para ahli persatuan lap dancing membincangkan sama ada kelab sedemikian boleh diterima oleh masyarakat. Sumber : mynewshub

    AAP - Maru belake keje nyer yak :(

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    18 Okt 2011

    Senarai Gadget-gadget Terbaik Dunia 2011

    Anugerah T3 bagi tahun 2011 diumumkan minggu lalu dengan Microsoft Kinect diundi untuk menerima Anugerah Gadget Terbaik Tahunan. Manakala Samsung Galaxy SII dinobat telefon bimbit terbaik.
    Berikut adalah senarai penuh pemenang;
    Gadget Terbaik Tahun 2011: Microsoft Xbox Kinect
    Ia adalah barangan pengguna tahan lama yang paling pantas dijual sepanjang zaman. Mengguna alat pengesan gerakan, Kinects menghubungkan anda ke dalam permainan komputer untuk membolehkan anda mengawal dan berinteraksi dengan permainan maya tanpa perlu menyentuh pengawal (controller) game.
    Komputer Terbaik: Apple Macbook Air 11 Inci
    Apple Macbook Air 11 Inci menewaskan pesaing daripada Samsung dan Sony untuk dinobatkan sebagai Komputer Terbaik 2011. Dengan RAM 4GB yang begitu mengagumkan dan alat penyimpanan SSD, MacBook Air bukan sahaja pantas tetapi menawan mata yang memandang.
    Gadget Commuter: Amazon Kindle
    Alat pembaca buku elektronik oleh Amazon, Kindle dinamakan gadget commuter (pengulang-alik) terbaik tahun ini menewaskan iPAD dan iPhone. Dengan berat yang kurang daripada kulit buku yang lembut, Kindle mampu memuatkan sehingga 3,500 buah e-buku, manakala fon halusnya membolehkan ia dibaca walaupun dalam persekitaran cahaya terang-benderang.
    Tablet Terbaik: Apple iPad 2
    Tidaklah memeranjatkan bahawa Apple iPad 2 memenangi anugerah Tablet Terbaik 2011. Ia telah menguasai pasaran walaupun bergelut dengan persaingan sengit daripada Samsung dan alatan berasaskan teknologi Android yang lain. Apple memperkukuhkan iPad2 dengan dual pemprosesan ARM A5 yang secara dramatik memperbaiki mutu tablet yang digerakkan dengan ios.
    Senarai Gadget-gadget Terbaik 2011 
    Telefon Bimbit Terbaik: Samsung Galaxy SII
    Samsung Galaxy SII berjaya menewaskan iPhone 4 untuk merangkul gelaran yang diburu banyak pihak, Telefon Terbaik. Antara kelebihan telefon itu ialah ia dipacu dual-teras 1.5 GHz processor, paparan 4.3 inci, technology wave and pay dan kelajuan muat turun 4G.
    Televisyen Terbaik: Samsung UE55D8000
    Samsung sekali lagi membuktikan kemampuan mereka menghasilkan set televisyen yang terbaik. Samsung UE55D8000 memboleh penonton melayari Youtube, Facebook, Twitter menerusi pelbagai aplikasi televisyen. Bentuknya yang amat nipis dengan diskong ciri-ciri 3D dan HDMI secukupnya mampu memuaskan hati sesiapa sahaja.
    Gadget Kerja Terbaik: RIM Blackberry Bold 9780
    Berhadapan dengan persaingan yang begitu sengit daripada Apple, Samsung dan HTC, Blackberry Bold 9780 diundi sebagai Gadget Kerja Terbaik 2011. Telefon ini dengan sistem operasi Blackberry OS terbaru memiliki elemen multimedia dan multisentuhan yang lebih baik.
    Anugerah RekabentukT3 : Apple MacBook 11 Inci
    Apple MacBook 11 Inci menewaskan pesaing daripada notebook Samsung Series 9 untuk merangkul gelaran itu. Dengan RAM 4GB dan penyimpanan pacuan SSD, MacBook Air bukan sekadar pantas, tetapi amat menarik.
    Kamera Digital Terbaik: Canon PowerShot G12
    Ia menewaskan Fuji Finepix X100, Olympus E-PL2 dan Nikon D3100. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 10 Megapiksel berserta perakam video 720HD.
     
    Aksesori Gadget Terbaik: Kad Eyi-Fi Pro X2
    Kad ini mampu menampung 4,000 gambar atau kandungan video selama 3 jam dan mampu sambung terus ke rangkaian Wi-Fi anda.
    Gadget Permainan Komputer Terbaik:  Microsoft Xbox Kinect
    Menggunakan alat pengesan pergerakan, Kinects menjadi anda sebahagian daripada game kerana membolehkan pemain mengawal dan berinteraksi dengan game tanpa memegang alat kawalan.
    Gadget Musik Terbaik : Monster Beats oleh Dr. Dre Pro Studio
    Diperbuat daripada rangka aluminium dan amat ringan, Monster Beats menerima anugerah gadget musik terbaik
    Gadget Kegunaan Di Rumah Terbaik: Philips Airfryer
    Daripada menggunakan lemak untuk memasak kentang goreng, alatan dapur berevolusi ini memasak dengan menghangatkan udara. Airfryer menggunakan teknologi Rapid Air yang membolehkan makanan-makanan dimasak tanpa menggunakan lemak.
    Inovasi Terbaik:  Razer Switchblade
    Revolusi seterusnya untuk permainan komputer sudah hampir.
    Perkhidmatan Digital Media Terbaik : Twitter
    Twitter muncul perkhidmatan terbaik menewaskan Facebook dan Youtube kerana aplikasinya yang digunakan secara meluas dalam iPhone, Android dan iPad.
    Aplikasi Terbaik: Flipboard
    Flipboard adalah aplikasi percuma yang merevolusikan cara pemilik iPads menggunakan bahan digital dengan menghasilkan majalah peribadi untuk para penggunanya dari pelbagai sumber feeds.
    Personaliti Gadget Tahunan: Mark Zuckerberg
    Dengan lebih 500 juta pengguna, pencipta Facebook ini dipilih sebagai personaliti tahun 2011.
    Peruncit Tahunan: Amazon UK
    Jenama Teknologi Tahunan: Google
    Sumbangan Luar Biasa Kepada Bidang Teknologi: Sir David Attenborough

    Sumber : MyNewshub.my

    Berkenan juga... Samsung Galaxy SII bila nak sambar sebiji :)

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    Ahli KWSP yang ada RM3,000 diminta namakan Waris (Penamaan)

    Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka. KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.”Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan  segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.Katanya, proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan KWSP terdekat. Muat turun Borang KWSP 4

    Beliau berkata, penamaan KWSP akan mengatasi wasiat bertulis dan bagi ahli beragama Islam yang mempunyai penamaan, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpnanan itu mengikut Hukum Faraid. Nik Affendi berkata, tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa bagi menyokong tuntutan simpanan ahli yang meninggal dunia.

    “Langkah itu perlu bagi mengelak penipuan pengeluaran dan memastikan simpanan ahli diberi kepada mereka yang benar-benar berhak,” katanya. Sementara itu, KWSP juga melancarkan kempen pengiklanan penamaan sekali lagi mulai hari ini hingga 5 November ini untuk menggalakkan lebih ramai ahli menamakan waris kepada simpanan mereka.

    Di samping kempen pengiklanan menerusi radio dan media cetak, promosi juga akan dijalankan di kaunter perkhidmatan, melalui Pusat Panggilan serta laman Facebook rasmi KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Twitter (KWSPBuzz). Nik Affendi berkata, pada suku kedua tahun ini, 4.71 juta ahli menamakan waris mereka berbanding 4.58 juta ahli pada suku pertama tahun ini. – BERNAMA

    AAP - Lebih mudah jika sekiranya ada penama pewaris awal-awal lagi, bukan apa bimbang ada masalah di kemudian hari nanti waris yang berhak sudahnya berputih mata. :(

    Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

    KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

    KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
    Jom Bersama FB Group Warna Warni Jerantut

    SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

    ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

    KOMEN TERKINI

    CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

    Loading