Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Sep 2011

Switzerland Pula Haram Purdah

Parlimen Switzerland semalam meluluskan usul kumpulan pelampau berhaluan kanan untuk mengharamkan pemakaian purdah atau apa saja yang menutup muka di tempat awam. Seramai 101 anggota Parlimen menyokong usul itu dan 77 menolak.

Bagaimanapun, Dewan Negara perlu meluluskan usul terbabit sebelum ia dapat disahkan untuk dijadikan undang-undang. Setakat ini empat negara sudahpun mengharamkan pemakaian purdah dengan yang pertama berbuat demikian ialah Itali, diikuti oleh Belgium dan kemudian Belanda. – AFP

** Banyak pendapat dan pandangan Mazhab tentang permakaian pudah ini. Pendapat Mazhab Syafi’ie, Aurat Wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah dihadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat mutamad Mazhab Syafi’ie.

AAP - Asalnya perkara baik namun bila sudah disalah guna terserlah juga akan keburukanya serta mendatang keburukannya. Kebelakangan ini begitu banyak sekali kes yang melibatkan wanita yang memakai purdah tapi menjadi pengedar dadah dan melakukan perkara buruk lainnya. Mungkinkah ada yang mengambil kesempatan dan tidak kurang mungkin ada pihak yang sengaja mengsabotajkan pemakaian purdah itu sendiri siapa tahu :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4,000 Coli digantung di atas Jambatan.

ORANG ramai berjalan di atas jambatan Hot Metal Bridge di bandar raya Pittsburgh yang digantung dengan 4,000 helai coli kelmarin.
Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin. di Pittsburg, Amerika Syarikat Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut. Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media. - Agensi

Simbolik gamaknya mungkin sudahnya akan tinggal coli sahaja... jika penyakit ini tidak di rawat dan di ambil perhatian sewajarnya diperingkat awalnya lagi. Baguslah diadakan kempen kesedaran seumpama ini... namun sekali pandang ingatkan bendera yang dikibarkan :)
  
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

29 Sep 2011

Selamatkan Cameron Highlands

 
  Gambar by Google : Di Antara Kemusnahan Cameron Highlands Pahang

Pihak berwajib digesa mengetatkan peraturan sedia ada ekoran kerancakan penerokaan haram di Cameron Highlands sehingga mengundang kebimbangan di kalangan penduduk. "Isu penerokaan haram di sini telah lama berlaku dan kian mengundang kesan pencemaran alam sekitar lebih teruk dan banyak hakisan berlaku ketika hujan lebat.

Kegagalan pemantauan dan implementasi penguatkuasaan berasaskan peraturan menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab begitu berani dan mudah meneroka kawasan tanah tinggi demi mengaut keuntungan semata-mata." Mereka seolah-olah kental dan tidak takut dengan undang-undang sehingga sanggup menggondol dan meneroka tanah sesuka hati.

Pihak berwajib perlu melaksanakan peraturan tanpa mengira sesiapa pun yang cuba menukar wajah kawasan tanah tinggi itu untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesan alam sekitar. - Disunting drp Utusan Malaysia.

AAP : Cintai alam sekitar kita... Cintai kehijauannya. Apakah nanti anak cucu kita hanya akan membaca keindahanya dan keunikannya didalam sejarahnya sahaja?  Catatan di kaki kesejukan dan keunikan Cameron Highlands sekarang jika dibandingan dengan 10-20 tahun lepas sudah jauh berubah itu hakikatnya.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Kena!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini semalam. “Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’. Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar. Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri. — BERNAMA By. mynewshub.my

AAP - Sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh ketanah jua...


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

28 Sep 2011

Umur Persaraan Kakitangan Awam Dijangka 60 Tahun

Umur persaraan wajib bagi kakitangan awam di negara ini mungkin dinaikan dari 58 tahun kini kepada umur 60 tahun. Pengumuman itu dijangka dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2012 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Kerajaan sedang mempertimbangkang secara serius untuk memperkenalkan had umur persaraan yang baru di kalangan kakitangan awam.“Antara pertimbangan kerajaan untuk menaikkan had umur persaraan ialah peningkatan jangka hayat penduduk negara ini yang semakin menyamai negara-negara maju.”

Selain itu, peningkatan had umur persaraan akan membolehkan tenaga-tenaga kerja berpengalaman di sektor awam dapat dikekalkan untuk tempoh yang lama selain memastikan mereka mempunyai pendapatan tetap untuk tempoh yang lebih lama, jelas sumber itu. Katanya, peningkatan had umur persaraan kakitangan awam itu tidak akan menjejaskan peluang kerja generasi muda kerana negara sedang melalui fasa lambakan tawaran kerja  terutama semenjak kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru.

Menurut statistik terkini,  jangka hayat rakyat Malaysia ialah 73 tahun untuk lelaki dan 76 tahun untuk wanita. Jangka hayat itu adalah pertambahan antara 20 hingga 30 tahun lagi berbanding ketika negara baru Merdeka lebih 50 tahun lalu. Kali terakhir kerajaan menaikan had umur persaraan ialah pada tahun 2008. Terdapat seramai 1.2 juta kakitangan awam pada masa ini.

AAP - Mikir juga kalau nak sampai ke usia 60 tahun tu... berilah peluang ke orang lain pulak :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Wordless Wednesday # 8 - Kasihnya Ibu.

 
 


Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless' :)

AAP - Kasihnya ibu membawa ke Syurga.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

27 Sep 2011

Album Inggeris Pertama Datuk Siti Nurhaliza "All Your Love"

Semua sudah tahu Datuk Siti Nurhaliza membawa single pertama, Falling In Love di Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011). Album Inggeris pertamanya pula, All Your Love telah berada di pasaran mulai 9 September lalu. Difahamkan, album tersebut mendapat sentuhan komposer dari Australia dan seperkara yang menarik, anak tirinya Adib Khalid bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album berkenaan. Di dalam album tersebut kita akan saksikan Datuk Siti Nurhaliza berduet bersama Christian Alexander dan Sean Kingston menerusi lagu bergenre R&B.


Album yang mengandungi 10 buah lagu Inggeris termasuklah sebuah lagu duet dengan penyanyi terkemuka dari Amerika Syarikat, Sean Kingston berjudul Remember You diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan dijual dengan harga RM29.90.Kepada semua peminat-peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza dan juga yang baru mengenali beliau, anda boleh mendapatkan CD album “All Your Love” ini sekarang. Anda pasti akan terpikat dengan rentak dan aura baru yang ditampilkan dalam album ini.

AAP - Mungkin ada yang kata itu ini tentang album ini... adat hiduplah tu... apapun kome layan aje... Semoga anda beroleh kejayaaan jua hendaknya... kome suka juga layan lagu orang putih nie sekali sekala... selain lagu berirama Melayu sepenuhnya :)
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Gambar Matahari Yang Luar Biasa


Kita biasa melihat gambar matahari yang biasa sahaja, tapi gambar matahari yang dirakam di bawah ini merupakan imej yang ditangkap menggunakan penapis khas yang menapis cahaya. Penapis khas ini hanya digunakan oleh pakar sahaja, dan ianya bukanlah murah, harganya sekitar USD5000. Penapis tersebut telah dilengkapi dengan teleskop kecil dengan kanta berdiameter 90 mm.





“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"  (Surah Al-Imran: Ayat 190-191). RujukanTafsir Qur'an Per Kata: Dr.Ahmad Hatta, MA.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

26 Sep 2011

Seks Bebas, Rogol, Cabul – Apa Penyelesaiannya?

SATU demi satu kes yang berkaitan dengan nafsu yang songsang atau nafsu yang melampau dilaporkan media saban hari. Kes penemuan kondom dalam beg pelajar sekolah, kanak-kanak 2 tahun dirogol dan kes Ustazah yang didakwa subahat dengan suami baru untuk merogol anak kandungnya (anak Ustazah) yang bawah umur, buang anak, seks bebas dan macam-macam lagi.

Lantaran isu-isu seperti itu mengundang persoalan di dalam benak kita. Apakah yang sedang berlaku ini? Apakah ini hasilnya apabila kita melangkah ke arah kemodenan? Tahun 60-an dahulu kita tak dengar kes-kes seperti ini. Sekarang, kes seperti haruan makan anak sampai suratkhabar dah macam tak mahu siarkan pun. Terlalu banyak seolah-olah kita macam sudah boleh menerimanya.

Entah kebetulan atau sekadar persepsi, kebanyakan masalah ini kita dengar berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini. Ada yang berkata isu-isu ini turut berlaku dalam kaum lain, tetapi kaum lain pandai simpan rahsia dan tak mahu kecoh-kecoh. Iye ke? Atau itu alasan untuk kita menghalalkan masalah sosial kita. Dan yang terpenting, apakah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Apakah hudud jawapannya?

Bolehkah kita menguatkuasakan undang-undang Islam dalam negara pelbagai kaum dan agama? Dan bolehkah kita membuat dua set undang-undnag yakni sivil untuk bukan Islam dan syariah untuk yang beragama Islam? Bukan mempersoalkan tetapi kita harus berpijak di bumi yang nyata bila membincangkan sesuatu isu yang sangat penting, bukan bersandarkan kepercayaan atau emosi kita semata-mata.

Kalau kita boleh meyakinkan masyarakat bukan Islam dengan kelebihan hudud, maka memang hudud adalah jawapan yang terbaik. Namun percayalah, ia bukan semudah kita bercakap. Realitinya tidak semudah yang kita fikirkan. Kita boleh melaksanakan hudud secara paksaaan, tetapi tidakah itu akan memburukan imej agama kita dikalangan bukan Islam di negara ini dan membawa kepada keadaan kacau-bilau mungkin?

Undang-undang sivil nampaknya tidak berapa berkesan dalam mewujudkan ketakutan ke atas sesetengah anggota masyarakat. Sebab itu keadaan semakin di luar kawalan. Namun, satu yang yang boleh kita lakukan…perkukuh kefahaman mengenai Islam di jiwa anak-anak kita. Didikan agama yang baik akan memberikan kesedaran kepada anak-anak kita. Kesedaran lebih penting daripada mewujudkan ketakutan.

Oleh: Ak-47 Sumber di petik drp Mynewshub.my

AAP - Semua pihak berkewajipan, ada peranan dan tanggugjawabnya serta diikuti dengan satu bentuk penguatkuasaan undang-undang yang gitu. Namun berkemungkinan juga undang-undang yang sedia ada bagaikan sudah tidak relevan untuk mempastikan semuanya didalam lingkungan dan kesempurnaannya.

Anda dialu-alukan untuk memberi pandangan!


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

25 Sep 2011

Makin Ramai Suami Didera Isteri

Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini. Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri. “Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci. “Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.

Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual. Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan. “Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga. “Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya. Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.

Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir). “Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim. “Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.- myMetro Online

AAP - Sekadar renungan .. Ingatlah ada empat jenis lelaki yang akan ditarik orang perempuan ke Neraka antaranya Suaminnya - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, si suami hanya mendiamkan diri dengan perbuatan isterinya yang jelas melanggar perintah agama. Jika begini, tiada gunanya jika si suami mentaati perintah Allah kerana dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.- Moralnya isteri kena baik laku juga.

Orang perempuan cukup mudah masuk ke syurga berbanding org lelaki Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Malang disana nanti dikhabarkan ramai org lelaki yang masuk syurga jika dibandingkan org perempuan. Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka."

AAP - Mungkin orang perempuan dulu-dulu ada menggunakan doa atau amalan tertentu supaya si suami menjadi lembut hatinya dan seterusnya tunduk didalam ertikata menyangi isterinya... Dunia hari ini apa nak kata bila mereka sudah tiada ilmu, jahil bab agama dan hukum hakam. Sudah mengambil jalan singkat terus mendera suami secara terang-terangan :(

Berat kes ini :( Janganlah pulak orang lelaki berasa takut nak beristeri :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Undilah... Jangan tidur... Undilah jangan diam-diam...

Sebuah Projek Kesedaran Sosial berbentuk Video Musik oleh Pete Teo demi menggalakkan tanggungjawap Mengundi. Lagu ini dipersembahkan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai anak Malaysia termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

 
Undilah - Bahasa Melayu (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

Siaran klip Undilah ditarik balik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan videoUndilah adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) tersebut masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk disiarkan di televisyen. Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM semalam, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.

“Di dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, didapati PKA tersebut belum mendapat kelulusan daripada LPF untuk disiarkan di televisyen. “Oleh itu PKA tersebut tidak sepatutnya disiarkan di televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan,” kata SKMM. Menurut SKMM, demikian juga di bawah AKM 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan. “Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA tersebut,” kata kenyataan itu. Video itu menampilkan 40 personaliti, antaranya Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tampil mewakili Pakatan Pembangkang ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee pula antara individu terpilih untuk mendendangkan laguUndilah.

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lepas menyeru rakyat untuk keluar mengundi. Sementara itu, Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA menuntut penjelasan SKMM mengenai motifnya melarang stesen penyiaran lokal menyiarkan klip videoUndilah. Menurutnya, penerbitan itu bukan bahan berkontroversi, sebaliknya hanya satu makluman awam menyeru rakyat Malaysia mendaftar dan mengundi. - Sumber Berita Harian Online.

AAP - Klip video ini dah lama tersebar di Facebook dan Internet.. Undilah.... Jgn tido... Undilah jangan diam2...Undilah we are The Boss...Undilah register lah... Mungkin VC ini banyak mencetuskan kontraversi anda lihatlah dan nilailah sendiri.
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Siapa Hang Tuah, Apa Nasib Hang Jebat?

Golongan muda wajar mencontohi Hang Tuah, pahlawan Melayu yang mempunyai personaliti unggul, bijaksana, daya kepimpinan dan kesetiaan yang jitu kepada raja dan negara, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata, ketokohan Hang Tuah amat menyerlah kerana keilmuannya termasuk dalam ilmu agama dan persilatan.

“Keperibadian yang ditunjukkan oleh Hang Tuah berjaya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum yang ada di Melaka seterusnya menjadikan Melaka berkembang menjadi sebuah empayar yang terbilang di seluruh dunia terutama dari hubungan politik, perdagangan dan ekonomi, katanya ketika berucap merasmikan Festival Hang Tuah di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka di Bandar Hilir di sini, malam tadi. Bernama

AAP - Jika disorot kembali akan kisah Hang Tuah seperti yang telah tercatat didalam kisahnya beliau sanggup membunuh rakan sepermainannya Hang Jebat walaupun dia tahu Hang Jebat tak bersalah dan semua ini dilakukan hanya kerana Jebat ingin membalas dendam di atas "kematiannya" (Hang Tuah). Kisah seterusnya menggunakan tipu helahnya dengan menggunakan ilmu pengasih ke atas Tun Teja dan melarikannya untuk diserahkan kepada Sultan sedangkan Tun Teja adalah tunangan orang. Kisah lainnya beliau pandai membelai jiwa dan mengambil hati Sultan. Di antaranya sanggup masuk kedalam lubang najis hanya kerana ingin menyelamatkan kuda kesayangan Sultan. Sebenarnya banyak lagi kisah yang menarik cukup satu dua kisah diatas dibuat bandingan dan direnung-renungkan.

Jika sejarah mengatakan sebegitu bolehkah kita mengubahnya?


Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Jika sejarah telah terkarang
Buruk baik dibuat bandingan.

AAP - Apalah nasib Hang Jebat?


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

24 Sep 2011

Menjejak Warna Pelangi

MENJEJAK WARNA PELANGI

Didalam perjalanan kehidupan ini
kita terus bertapak dan menapak
Sekadar menjejak warna-warna pelangi
pada garis waktu seketika
yang entah dimana penghujungnya

Didalam perjalanan kehidupan ini
yang banyak bersimpang siul
terkadang kita tidak bisa mengerti
tentang hakikat sebuah kehidupan.

Didalam perjalanan kehidupan ini
terkadang yang tinggal memori indah
bersama kenangan-kenangan manis
pastinya warna-warna pelangi itu
Melalaikan hati dan jiwa.

Didalam Perjalanan kehidupan ini
Usah leka kerana warna pelangi itu
datang dan pergi...
sekadar menghiasi waktu
kehidupan yang sementara.

Nukilan akuanakpahang
24Sept. 2011 Jerantut


Teringat juga akan bait-bait kata ini “Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Buah Lemba

Nama Tempatan: Buah Lemba
Nama Saintifik: Cucurligo Latifolia
Nama Lain: Lamba dan Pinang Puyuh
Famili: Hypoxidaceae
Asal dan Lokasi dijumpai: Dibelukar dan dihutan

Keterangan:
Buah Lemba atau lebih dikenali juga sebagai pinang puyuh dikelantan ialah sejenis tumbuhan berumpun yang biasa ditemui dikawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari. Bunganya berwarna kuning, kecil dan berbentuk loceng dan berada dalam gugusan. Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang,kecil dan mempunyai rasa yang sangat manis.Buahnya boleh dijadikan campuran dalam sirap seperti biji selasih dan ia juga boleh berfungsi menyejukkan badan. Rasa manis akan melekat agak lama pada lidah sehingga jika kita minum air putih selepas makan buah lemba, kita akan merasa air putih itu mempunyai rasa yang sangat manis. Lemba membiak melalui rizomnya.Ia sukakan tempat yang redup dan mempunyai pengairan yang baik.

Kelebihanya : Lemba mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut

Manisnya sibuah buah lemba
mari dimakan di atas papan
Biarlah tidak manisnya rupa
baik budi tetap menjadi ingatan

AAP- Sekarang ini mungkin payah dah nak cari buah ini kut... didalam hutan dan pendalaman negeri Pahang mungkin masih ada lagi. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Sep 2011

Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu. “Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.

“Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga,” katanya.  Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.- BERNAMA

Kalau roboh kota melaka 
papan di jawa kita dirikan
Kalau sungguh bagai dikata  
Selamat mereka drp kritikan


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

JOM GORES DAN MENANG!

 Keratan Akhbar Sinar Harian Pahang 23/09/2011

Masih ada lagi yang terus terperdaya dan tertipu dengan Skim gores dan menang ini...  kenapa dan mengapa? ini bukan cerita baru sudah lama dah berkurun... apakah mereka tidak mengambil berat dan mengambil iktibar daripada segala lapuran yang telah dilapurkan sebelum ini?

Kena ingat yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Masih terus merenung macam manalah nak buat agar mereka ini faham!


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

16 Kebaikan Sujud Dalam Solat

Salam hari jumaat yang penuh kemuliaan jom kita lihat diantara kelebihan sujud didalam solat. Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.- Disunting drp Harian Metro Online.

 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

22 Sep 2011

Rumah Datuk Maharaja Lela Kian Musnah.

TERBIAR... Rumah Datuk Maharaja Lela menunggu masa untuk roboh. Gambar kecil menunjukkan keadaan perabot yang rosak serta tilam dipercayai digunakan untuk tujuan maksiat.

Tertarik juga dengan artikel ini Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini. Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati, rumah Maharaja Lela yang pernah dibaik pulih, kini dipenuhi belukar serta sukar dimasuki. Tambah mengejutkan, selain barangan hiasan di dalam rumah berkenaan hilang dan rosak, ia dijadikan lokasi ‘selamat’ oleh penagih dadah dan remaja melakukan maksiat.

Ia berdasarkan penemuan beberapa barangan untuk menghisap dadah dan tilam buruk di bahagian dapur kediaman berkenaan yang didakwa Ramli angkara golongan muda tempatan. Mengikut sejarah, selepas mendapat persetujuan dan sokongan penduduk sekitar Pasir Salak, Kampung Gajah dan pemimpin tempatan, Datuk Maharaja Lela mengepalai perjuangan menentang penjajahan British di Perak yang membawa kepada pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (JWW Birch) iaitu Residen British pertama Perak.

Malangnya, daripada sanjungan sebagai pejuang, beberapa individu kalangan bangsa sendiri yang dipercayai sebelum itu, berpaling tadah dengan menuduh beliau serta beberapa lagi rakan seperjuangannya, selaku pemberontak sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.  Lebih tragik, difahamkan sebagai pengajaran kepada 'pemberontak-pemberontak' lain supaya tidak mengikut jejak Maharaja Lela dan teman seperjuangannya, pihak penjajah British difahamkan mengarahkan supaya mayat Maharaja Lela dikerat tiga dan ditanam secara berasingan di tepi tebing Sungai Perak. Biarpun tiada fakta sahih mengenainya, perkara ini masih menjadi persoalan sehingga kini kerana bukti juga tiada untuk mengatakan 'Makam Maharaja Lela' yang terletak di Taiping, benar-benar milik perwira sejati ini.

“Saya meminta pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana selain kediaman Maharaja Lela, keadaan Kompleks Sejarah Pasir Salak juga dalam keadaan menyedihkan. Keadaan sekarang cukup menyedihkan berbanding beberapa tahun lalu kerana ini adalah kawasan bersejarah yang mempunyai nilai begitu penting dalam sejarah Malaysia," katanya. - Sumber Metro

AAP -Kemana perginya Jabatan atau badan-badan yang telah di pertanggungjawabkan untuk mengurus dan menjaga kebajikan perkara seumpama ini? Ini adalah warisan sejarah yang amat berharga dan perlu dijaga dan diperlihara untuk jenarasi hari ini dan hari esoknya. Sudah perkara tentu untuk mereka jenarasi mendatang kelak tidak tahu dan tidak akan mengenali sejarahnya. Jika perkara seumpama ini tidak dititik beratkan oleh pihak berwajib. Harapan semoga ada pihak yang prihatin, menjaga dan memelihara perkara seumpama ini untuk dijadi pengetahuan dan rujukan jenarasi mendatang.

Mungkin nasib yang seperti entri disini Rumah Peninggalan Pahlawan Mat Kilau Kian Usang.  Di Pahang juga mempunyai nama besar seperti Datuk Maharaja Purba Jelai dan Mat Lela. Apakah sejarah hanya sekadar untuk dikenang tanpa bukti.  Sudahnya orang lain boleh mengubah faktanya :( Sejarah adalah Warisan bangsa. JANGAN UBAH SEJARAH!


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

21 Sep 2011

[VIDEO] Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Isu Filem Hantu Bonceng

Isu tentang filem Hantu Bonceng semakin hangat diperkatakan di internet. Ramai berpendapat Ahmad Idham iaitu pengarah filem tersebut perlu memohon maaf secara terbuka.

Tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah pelakon utama filem itu iaitu Zizan Raja Lawak telah memohon maaf terlebih dahulu selepas membuat rujukan daripada pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Menurut sumber, Zizan telah menghubungi Ustaz Azhar Idrus bagi meminta pendapat dan penjelasan mengenai isu tersebut. Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus :



AAP - Semoga  isu seumpama ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pembikin filem diluar sana. Semoga lebih berhati-hati dan mengambil berat akan hal-hal seumpama ini. Jika sekiranya ada pihak yang tersalah dan tersilap sebaiknya memohon maaf. Mengakui kesilapan lebih mudah daripada berdolak dalih.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Wordless Wednesday # 7 - Rumah Terbuka Jamuan Raya.

Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless' :)

Hari ini sudah 23 Syawal... kalau mengikut ke jadual jemputan raya @ rumah terbuka ada yang terlajak sampai 02 Zulkaedah.. Moralnya apakah sebulan tak cukup utk kita berhari raya :)

Catatan di kaki kalau dah sampai bulan Zulkaedah tak sesuai dah jika disebut Jamuan Hari Raya yak... buat aje doa selamat, kesyukuran dan sebagainya.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :