UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

28 Jun 2011

Semalam, di Stesen Keretapi Jerantut

 

Semalam di Stesen Keretapi Jerantut... nampak sunyi dan tenang memang best kalau lepak-lepak kat sini sambil melihat orang turun naik di stesen keretapi Jerantut nie... teringat zaman muda-muda dulu mmg rajin buat keje gitu sekarang tak dapat dah... Stesen keretapi sekarang sememang lebih canggih daripada dulunya.

Best kalau cuci mata kat sini :) Jom singgah ke Stesen Keretapi Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

27 Jun 2011

Sehening di Kampung Bantal, Ulu Tembeling








Salam semua, nak cerita dan tulis panjang-panjang tak reti juga :) Mungkin juga gambar-gambar di atas nak membayangkan sedikit kesibukan saya kebelakang ini bersama tugasan... pun begitu terkadang seronok juga buat kerja macam nie cuma penat aje sikit :(  Mudik dan mengilir baru-baru ini air sungai sedikit surut maka amalan biasalah kena menolak perahu jika air surut nie.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

21 Jun 2011

Nasib aku seorang Blogger.

Salam semua, jika diimbau mula-mula menjadi seorang blogger sememang hebat... entri ada setiap hari :) paling hebat juga sehari boleh buat 4 -5 entri kuat dah tu  :) bolehlah bertahan sehingga sesetahun dua :) dah lama sikit entri semakin hari semakin kurang... sudahnya 1-2 entri sahaja sehari... sekarang sudahnya tertukar 4-5 hari satu entri aje huhuhu :(

Kebelakangan ini mungkin banyak faktornya kenapa dan mengapa suasana ini semakin hari semakin kurang ceria untuk berblog  :(  faktor penyumbang utama adalah tugasan kerja yang semakin hari semakin bertambah... tekanan kerja juga membuatkan kita hilang tumpuan dan arah nak update blog. Tanggungjawab terhadap keluarga juga perlu diutamakan :) semua memerlukan masa dan perhatian sewajarnya. 

Sekarang nie pulak sibuk sikit dengan bisnes kecil-kecilan turut mengundang terhadnya masa itu sendiri... sibuk memanjang :( sudah badan pun jadi penat... jangan kata nak update blog nak singgah ke blog sahabat pun tak lepas :(


Yang pastinya juga selepas entri ini, blog saya ini pasti akan berdiam diri lagi untuk seketika :( sebab hari esok saya ada tugasan Jabatan di Ulu Tembeling (mudik lagi) mungkin 3 - 4 hari juga :( sudahnya mahu tidak mahu blog saya ini terpaksa akur juga akan ketidakceriannya :( saya memohon maaf juga jika tidak berkesempatan untuk singgah ke blog anda semua... Insyaallah jika ada keluangan masa nanti pasti akan saya singgah juga.

Akhir kata, jaga diri hiasi peribadi dan memohon maaf diatas segalanya :( 

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

19 Jun 2011

Andainya blog ini di Godam (Haked)

Salam semua, buka-buka aje blog hari ini ramai blog sahabat bercerita bab blog yang bakal kena godam :( seandainya blog akuanakpahang nak kena godam alamat tersungkurlah saya dan blog saya ini :( dahlah kebelakangan ini update blog pun dah payah sebab banyak sangat halnya :( harap-harap tidak adalah orang yang khainat dan hasad dengki serta iri hati kat blog saya yang tidak sebarapa ini huhuhu...

Dibawah ini katanya senarai blog yang bakal kena godam... cuba juga check tadi nasib blog ini tidak tersenarai.... gamaknya blog saya tidak popular dan sehebat mereka yang lain gamaknya... entahlah kalau singgah keblog saya yang agak kabur bab IT ini memang tak reti... sudahnya tunggu lebur aje lah :(


Terpikir juga apa faedahnya mereka buat kerja macam nie :( harap-harap ada jalan penyelesaianya.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

16 Jun 2011

Blogger perlu patuhi undang-undang negara

Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.

“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam. - Sumber Kosmo.

Nak mudah jangan citer perihal org lain... citer aje hal diri sendiri.. kisah kucing berkelahi ngan anjing ker :) Moralnya jangan cari pasal dan buat tak pasal... sajer dapat susah... sekarang zaman org nak menyaman orang aje... salah gaya dan silap gaya sajer kena saman free :( kalau tak de ilham sangat duduk diam-diam aje macam blog saya nei hehehe :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada : 

15 Jun 2011

Bisnes keli Pedeoh.

KESAL...Shafie (duduk kanan) dan Khairun (kiri) menunjukkan keratan akhbar mengenai pelaburan ikan keli terbabit.
Bermodalkan air liur dan kata-kata manis, seorang lelaki dikenali Mahadzhir, 26, dari Temerloh, Pahang, menggunakan kelebihan itu bagi melakukan penipuan dengan meminta mangsa melabur dalam perniagaan ikan keli sehingga mengaut keuntungan RM3 juta selepas dilaporkan menipu 300 mangsa. Difahamkan, lelaki kaki putar alam terbabit mengatur ayat bagi meyakinkan mangsa syarikat penternakan keli dimilikinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur dan mahu berkongsi kekayaan dengan menawarkan lot kolam kepada pelabur.

Mangsa, Shafie Awang Kecik, 60, dari Pulau Pinang, berkata dia yang berminat dalam perniagaan keli tidak berfikir panjang apabila dihubungi seseorang menawarkan kepadanya pelaburan yang menguntungkan.
Menurutnya, selepas berbincang dia bersetuju berjumpa mereka di pejabat di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown pada 2009.

“Saya yang tertarik dengan tawaran itu pergi ke pejabat mereka untuk membuat pelaburan dan bertanya bagaimana cara jika ingin mengusahakan ternakan keli di tanah milik saya.

“Mereka memberitahu saya boleh menternak ikan keli di tanah sendiri, tetapi dengan syarat perlu mengikuti kursus di kolam ikan Mentakab, Pahang, selama tiga hari dan perlu mengeluarkan modal RM50,000 untuk membeli anak keli serta kanvas kolam,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Shafie berkata, dia turut mengeluarkan modal RM25,000 lagi untuk menyediakan tapak kolam di tanah miliknya di Pulau Pinang.

“Malah, saya turut membeli satu lagi tapak kolam di Mentakab, Pahang, bagi tujuan pelaburan kerana menjangka ia akan memberi pulangan lumayan, namun tidak menyangka ditipu apabila barangan dijanjikan tidak diterima selepas mengeluarkan modal. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh, berkata pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan kes ini dipandang serius.
“Saya akan ketengahkan kes ini ke peringkat atasan supaya diambil tindakan, malah kami turut mengesan kebanyakan mangsa terdiri daripada belia Melayu bawah 40 tahun,” katanya. - Metro

Catatan di kaki pedeoh dan bobok bermaksud menipu dalam loghat Pahang. Macam-macam cara orang kalau nak buat keje menipu nie :( semoga kita tidak mudah terpedaya... maru ade orang koi buat kije nipu gitu buat malu aje :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

13 Jun 2011

Roh Harum Dan Roh Busuk

Berpesan pada diri sendiri yang terkadang sedikit sibuk kerana mengejar perkara dunia. Semoga kita tidak terlalai dengan kilauan warna-warni dunia.

Hadith: Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad : "Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit: "Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ˜alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.

Kemudian Allah berfirman: "Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya: "Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya “ kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."  Riwayat Muslim

Huraian Hadith:
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya: "Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50).

Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.  Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

9 Jun 2011

Jom update blog :)

Salam semua, sudah lima hari blog ini melara... mungkin banyak sebabnya kenapa blog ini tidak mampu untuk 'di update'. Sibuk, sesibuknya nak buat macam mana waktu begitu terhad untuk segalanya :( disebabkan sibuk dengan urusan lainya...  membuat saya tak ada idea dan tak mampu nak nulis... otak tak boleh nak mikir ker entri apa huhuhu... ditambah pulak sekarang nie bukan sahaja tugasan hakiki yang terpaksa dibuat ditambah satu lagi tugasan baru bisnes kecik-kecik pulak... nak carik rezeki sikit gitulah... nak harap iklan daripada pak nuff  memang membawak kempunan aje :( Mahu tak mahu kena cari alternatif  lainya :) 

Harap-harap blog ini jangan sampai berkubur :( insyaallah jika semua berjalan dengan baik blog ini akan kembali ceria seperti biasa... buat waktu terdekat ini sememang tidak mampu nak update blog setiap hari.... kerana sedikit kesibukan... sudah terus didalam kebuntuan bila berhajat nak membuat entri... kalau dulu sememangnya banyak masa free :) sekarang masa sibuk memanjang :(

 Moralnya bukan senang kalau nak senang, tak susah kalau nak susah :(

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

4 Jun 2011

E. coli bakteria paling bahaya

GAMBAR menunjukkan bakteria E.coli baharu yang dilihat menerusi mikroskop di Institut Penyelidikan Jangkitan di Brunswick, Jerman.
BERLIN/LONDON - Dilaporkan lebih 1,600 orang mangsa telah dijangkiti oleh bakteria E. coli yang telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dan mungkin menjadi wabak paling bahaya setakat ini dalam sejarah manusia.
Jerman dikatakan menjadi pusat kepada wabak tersebut. Dengan punca sebenar masih kekal misteri, para pengguna di seluruh dunia kini berada dalam kebimbangan. Dianggarkan seramai 1,624 orang di negara Eropah seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah jatuh sakit, kemungkinan selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu. Angka kematian juga dijangka meningkat apabila Jerman mengemaskini jumlah pesakit. Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya.
Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC). Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut.
Seorang pakar, Robert Tauxe dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan Jerman sejak minggu lalu mengakui E. coli itu sebagai jenis yang paling berbahaya jika dinilai daripada jumlah kematian.
Di Berlin, Canselor Jerman, Angela Markel telah mengarahkan satu satu pasukan khas untuk mengesan punca E. coli ditubuhkan. Para saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti punca pencemaran, sama ada tahap kebersihan yang teruk di ladang, transit atau di kedai di Jerman sebagai punca kewujudan bakteria baharu itu.
Mengulangi amaran supaya rakyatnya tidak memakan sayur-sayuran mentah, para pegawai kesihatan Jerman menyatakan mereka telah merekodkan 199 kes terbaharu wabak tersebut dalam tempoh dua hari.
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti kepada 1,733 orang. Wabak itu juga membuatkan hubungan perdagangan antara negara Eropah menjadi tegang. Rusia mengundang kritikan daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari Eropah dengan mendakwa Belgium gagal menangani krisis tersebut.
Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa bakteria itu berpunca daripada timun yang tercemar dari Sepanyol sebelum puncanya yang sebenar dari Jerman diketahui. - Sumber kOSMO @ Agensi

Bahaya juga nie... harap lepas ini jangan ada Bakteria E. Spender sudah :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

3 Jun 2011

Peminat sebar gambar peribadi Bieber, Gomez

 

LOS ANGELES – Penyebaran gambar intim penyanyi digilai ramai wanita, Justin Bieber dan teman wanitanya yang juga penyanyi popular, Selena Gomez didakwa dimuat naik oleh seorang peminat di laman Twitter pada Selasa lepas, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu yang merupakan koleksi peribadi pasangan itu menunjukkan Bieber, 17, yang tidak memakai baju sedang duduk bersandar di sofa di sebelah Gomez, 18. Tidak dapat dipastikan bila dan di mana gambar intim tersebut dirakamkan, namun pasangan muda itu dilihat seperti berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan.

Penyebaran gambar Bieber yang dikenali dengan lagu Baby itu bersama Gomez dikatakan mampu mengecewakan hati peminat wanita yang selama ini cukup menggilai Bieber. Bieber dan Gomez baru-baru ini menghabiskan percutian bersama di Hawaii dengan bermalam di sebuah suite berharga AS$10,000 (RM30,305) untuk satu malam di Hotel Four Seasons. – Agensi

Adalah gadis2 gedik hak marah gamaknya...

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

1 Jun 2011

Makin ramai pasangan bercerai kerana permainan video

LONDON: Semakin banyak rumah tangga berantakan gara-gara ketagihan bermain video, kata agensi pengurusan perceraian Internet, Divorce Online, semalam. Kajian menunjukkan, bilangan wanita memfailkan perceraian dengan alasan suami mereka menghabiskan masa terlalu lama bermain video terus meningkat.

Daripada keseluruhan wanita yang menyatakan suami masing-masing berperangai tidak wajar, 15 peratus percaya pasangan mereka lebih mementingkan permainan video daripada isteri. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lima peratus tahun lalu. Secara khusus, wanita menyalahkan permainan World of Warcraft yang membenarkan pemain mencipta watak fantasi sendiri bagi menjalani pengembaraan di dalamnya.

Permainan kedua yang paling banyak dipersalahkan ialah Call Of Duty. Seorang daripada wanita terbabit mendakwa, suaminya bermain World of Warcraft sehingga masa lapan jam sehari. “Apabila semakin serius, saya cuba menasihatinya tetapi gagal. “Dia hanya menyedari perbuatannya membawa mudarat apabila saya mahu bercerai daripadanya,” katanya. - DM

Untuk para suami diluar sana jangan ralit ngat main ngan video games aje... tanggungjawab lain kena di fikirkan sama nafkah zahir batin :) dan cukai yang lain, yang mana patut kena bayar, maka perlulah dilaksanakan juga... baru rumah tangga aman bahagia :)

Nasib baik saya tak minat langsung melayan permainan video ini :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :