UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

31 Mei 2011

Wanita bawa 'anu' perogol ke balai polis

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.

Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. - AFP

* Menyesal seumor hidup gelap masa depan :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

30 Mei 2011

Aku rindu pada mu... (dapat bau pun jadilah)

Janda gila talak, kesal minta cerai... rindu bau bekas laki.
“Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.“Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor. Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.

Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya. “Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu. - Metro

Moralnya buat isteri diluar sana jangan mudah dan suka sangat mintak cerai... cer bawak berbincang dulu ... apa awak ingat senang gamaknya tak berlaki nie hehehehe... sudah rindu juga ke bau laki tu  :) masalah besor laki tu dah kahwin lain... sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

28 Mei 2011

Cincin pertunangan ku hilang

SAYA sudah lama bertunang dan tinggal beberapa minggu saja untuk melangsungkan perkahwinan. Namun cincin bertunang saya dulu sudah hilang. Benarkah jika cincin bertunang hilang hubungan saya dengan tunang tidak akan kekal lama?  YAN, Selangor


TIADA ada kebenaran untuk mempercayai perkara sedemikian. Jodoh dan pertemuan ditentukan Allah dan bukan cincin berkenaan.  Anda hendaklah sentiasa positif dalam semua keadaan dan berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik. Umumnya cincin pertunangan adalah hadiah dan tanda pertunangan anda. Sekiranya ia hilang anda boleh membeli cincin yang lain sebagai ganti. - Sumber Metro

Macam mana boleh hilang?....  kaco juga gitu....cuai juga gamaknya... beli ajelah hak baru yang seakan-akan hak lama...  habis cerita :). saya juga kebelakangaam selalu juga hilang drp blog ini nak buat macam mana banyak ngat halnya... mungkin sedikit sibuk dengan bisnes kecil-kecilan yang baru :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

26 Mei 2011

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita

Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan. Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita. Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman. “Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya. Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum. “Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

Kita selalu jugak senyum, ada kala muka nampak garang, pemalu sikit-sikit adalah... taklah seksi... namun tetap bertenaga.. nak memikat tidak dah  :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

24 Mei 2011

Bawa air, serbuk penaik untuk rawat serangan asid: Pakar

Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.

Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas. Namun, seorang pakar kimia, Prof Dr Zainudin Arifin, berkata orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.

"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya hari ini.

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.

"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.

"Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya. Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar.

Mengenai insiden simbahan asid yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini, Zainuddin percaya bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan bukan larutan beralkali seperti yang dilaporkan tetapi adalah asid cair.

Katanya, terdapat empat jenis asid yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran iaitu asid formik, asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik. Beliau berpendapat bahawa cadangan kerajaan untuk mengawal jualan asid di pasaran tidak sesuai dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

"Jika ada seorang yang lemas, adakah kita akan melarang semua orang daripada berenang?" katanya. Beliau berkatam cadangan itu juga tidak membantu kerana asid adalah bahan penting bagi kebanyakan industri pembuatan dan pertanian.

Asid boleh diperoleh dengan mudah di kedai menjual alat perkakasan dan ia juga digunakan untuk tujuan pembersihan. "Mengenai kegunaan asasnya, asid sangat berkesan sebagai agen bagi membersihkan kotoran. Sebagai negara perindustrian, kita menggunakan banyak asid terutamanya asid sulfurik yang juga sejenis bahan yang paling banyak dikeluarkan dan bahan penghakis paling berkesan," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dilaporkan sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menghadkan penjualan asid berikutan insiden yang berterusan berlaku itu. - BERNAMA

Sudah tiba masanya barangan ini diistiharkan barangan larangan serta tindakan penguatkuasaan perlu dilakukan. Serta satu bentuk hukuman yang wajar dan setimpal juga perlu di laksanakan. Jika seseorang itu didapati bersalah menyimbah asid kepada orang lain. Seperti hukum yang telah di laksanakan disebuah negara lain dengan cara menyimbah asid ini semula kepadanya jika mata buta, dibutakan juga matanya selain hukuman berat yang lain.

Memang kacau juga org suka menyimbah asid ini :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

23 Mei 2011

Trend kahwin lewat membimbangkan

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.
"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,”- Bernama

Moralnya rugi ooo... kahwin lambat nie :) orang lain kalau boleh nak kahwin lebih drp empat hehehe... kalau keje kerajaan naya juga, dah pencen anak masih bersekolah rendah lagi :( nak buat macam mana ajal, maut, jodoh pertemuan bak kata orang tu di tangan tuhan. Kita sekadar boleh merancang dan Allah menentukan segalanya.
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Bayi baru lahir diperdengarkan muzik klasik

KOSICE, Slovakia - Sebuah wad bersalin di sebuah hospital di sini menemui satu kaedah bagi mententeramkan bayi yang baru lahir melalui terapi muzik klasik. Wad bersalin di hospital Kosice-Saca itu meletakkan fon kepala yang kelihatan amat besar di tellinga bayi-bayi supaya mereka mendengar muzik ciptaan Mozart atau Vivaldi sebanyak lima hingga enam kali sehari.

Selain muzik klasik, bunyian hutan semula jadi turut digunakan, malah jururawat turut menggunakan kaedah itu untuk menjaga bayi pramatang bagi menstabilkan pernafasan mereka. Ketua wad berkenaan, Dr. Slavka Viragova berkata, muzik itu berfungsi sebagai pengganti suara ibu dan ia membantu bayi bernafas dan mengekalkan denyutan jantung.

"Trauma kelahiran banyak memberi tekanan kepada bayi. Namun terapi muzik membantu seorang bayi meningkatkan berat badan, menghapuskan tekanan dan menangani kesakitan," katanya yang turut melancarkan projek terapi muzik tersebut. - AP

Kalau kita sebagai orang islam sunat juga berbuat perkara seperti dibawah ini :

1. DI AZANKAN DAN IQOMAH :
  Masing2 di telinga kanan dan kiri (HR Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Abu Na’im, Ibnu Sunni dan Thabrani, tapi semua haditsnya dha’if) , dlm sebahagian sanad-nya disebutkan juga dibacakn surah al-Ikhlash.

2. TAHNIQ : 
Iaitu seorang yang shalih mengunyah kurma lalu mengoleskannya ke langit2 mulut bayi tsb (HR Bukhari Muslim), bs juga dengan madu.

3. QIQIHAR :
a. Asal katanya adalah al-‘Iqqah, ertinya rambut makhluk yg baru dilahirkan baik manusia atau binatang.
b. Hukumnya sunnah (Jumhur fuqaha), sunnah-mu’akkadah (Syafi’i), wajib (Zhahiri), mubah (Hanafi).
c. Jumlahnya 2 ekor kambing untuk anak lelaki (boleh juga 1 ekor/HR Abu Daud), dan 1 ekor untuk anak perempuan (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi).
d. Boleh kambing jantan atau betina (HR Tirmidzi)
e. Dilkkn pada hari ke-7 (HR Khamsah), jika tidak bs maka pada hari ke-14, jika tidak bs maka pada hari ke-21 (HR Baihaqi), atau kpn sj. Jika sblm 7 hari wafat maka tidak perlu (Malik).
f. Boleh mengaqiqahkan orang lain (HR Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Hibban dan Hakim; juga dr lafazh isim-majhul: tudzbahu)/atau diri sendiri (Yahya bin Ma’in).

4. DINAMAKAN :
 Juga disunnahkan pada hari ke-7, nama yang paling disukai = AbduLLAH/
AbduRRAHMAN (HR Muslim), dan yang paling benar = Hammam/Harits. Atau boleh juga al-Mundzir (HR Bukhari Muslim), atau juga nama malaikat, nabi, Thaha, Yasin, dsb. Diharamkan dg nama berhala/sesembahan lain, dan dimakruhkan nama Yassar/kaya, Rabbah/banyak untung, Nujaih/sukses, ‘Aflah/bahagia (kerana bs tidak dnamakan/jadi doa sial) (HR Muslim).

5. DICUKUR, DITIMBANG RAMBUTNYA DAN SEDEKAH :
Iaitu dicukur pada hari ke-7 dan ditimbang seberat emas lalu disedekahkan (HR Tirmidzi dan Ahmad).

6. DIKHITAN : Terhadap laki2 pada hari ke-7 (HR Baihaqi dan Hakim), juga boleh jika sudah dewasa/tua (HR Bukhari dan Ahmad) - Sumber Internet.

Kalau pakat didengarkan muzik gitu punoh juga :(
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Gadis Turki berbogel mengaku bukan Muslim

BERLIN - Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam. Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam."Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.
"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu. Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu. "Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila. Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. - Agensi

Entri berkiatan DISINI kalau sudah mengaku bukan islam baguslah drp memburukan imej islam sahaja. 


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

22 Mei 2011

Kau ilhamku...



Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul

Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu

Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini

Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Mungkin mood untuk berblog masih suram :( jadi layan aje lagu yang penuh makna ini... sememang anda semua dan sahabat blogger semuanya menjadi ilham ku untuk terus bersemangat dalam dunia berblogger ini. Terima kasih untuk segalanya. Entri ini mungkin kesinambungan drp entri sebelumnya, terus berharap semoga 'mood' dan 'key' itu di kembalikan :(

Gamaknya tu pasal banyak blogger yang dah karam sebab kuncinya dah hilang  :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Terabai juga blog aku kerana sindrom itu.

Salam semua, dua tiga hari kebelakangan ini mood berblog agak sikit kurengg :( kenapa mengapa tak dapat dipastikan mungkin banyak faktor dan penyabab agaknya.. mungkin dah lama berblog idea dan ilham makin hilang dan semakin kurang... mungkin dah tawar sebab banyak perkara agaknya huhuhu  :( pendek kata blog saya ini bagaikan rumah atau kereta yang kehilangan kuncinya... sudahnya tersadai dimuka pintu aje...

Jauh disudut hati...  saya masih sayangkan blog ini :)  nak buat macam mana sebab "key" masih tak jumpa lagi... serba tak kena dibuatkan... harus kena pergi mandi bunga dulu saya dan blog ini gamaknya :) mungkin gamaknya juga sindrom kemalasan dan kebosanan menjadi penyebab utama kenapa blog ini terabai jua.

Sindrom, dalam ilmu kedoktoran dan psikologi, adalah kumpulan dari beberapa ciri-ciri klinis, tanda-tanda, simtoma, fenomena, atau karakter yang sering muncul bersamaan. Kumpulan ini dapat meyakinkan doktor dalam menegakkan diagnosa.

Istilah sindrom dapat digunakan hanya untuk menggambarkan berbagai karakter dan gejala, bukan diagnosa. Namun kadang-kadang, beberapa sindrom dijadikan nama penyakit, seperti Sindrom Down  Kata sindrom berasal dari bahasa Yunani  yang bererti "berlari bersama", seperti yang terjadi pada kumpulan tanda tersebut. Mungkin saya juga tengah berlari bersama dengan kemalasan dan kebosanan itu :)

Istilah ini sering digunakan untuk merujuk kumpulan tanda klinik yang masih belum diketahui penyebab. Banyak sindrom yang dinamakan sesuai dengan doktor yang dianggap menemukan tanda-tanda itu pertama kali. Selain itu dapat juga diambil dari nama lokasi, sejarah, dan lainnya.

Berat juga sindrom kemalasan dan kebosanan ini...  setakat ini masih tiada ubatnya yang dicipta untuk mengubati penyakit ini hehehe :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

20 Mei 2011

Buang masa di talian sejam sehari.


Secara puratanya seseorang pekerja menggunakan di antara 30 sehingga 60 minit sehari dalam talian untuk tujuan-tujuan peribadi, menurut satu kajian oleh Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne dan syarikat keselamatan sesawang Australia MailGuard. Namun yang menarik, Facebook dan Twitter bukanlah gangguan utama dalam kebanyakan kes. Kajian itu menganalisis data tanpa nama dengan kebenaran daripada syarikat-syarikat pelanggan Australia dan mengesan tabiat-tabiat perayauan pekerja, sesetengahnya berpangkalan di luar negara dari Januari sehingga Disember 2009.

Walaupun 40 peratus daripada pekerja yang dikaji dalam sampel seramai 50,000 orang telah menggunakan Facebook dalam jangka masa enam bulan kajian tersebut, purata masa yang dihabiskan untuk laman sosial itu hanyalah beberapa minit.

Kajian-kajian lain menganalisis data pengguna dan melakukan kajian kualitatif, tetapi kajian ini adalah yang pertama mengkaji tingkah laku individu dalam satu jangka masa tertentu. "Kegunaan-kegunaan ini adalah kegunaan-kegunaan biasa: mereka membaca berita, ramalan kaji cuaca dan jadual-jadual pengangkutan," kata Dr. Rajesh Vasa dari Fakulti Teknologi Komunikasi dan Maklumat universiti tersebut.- Kosmo

Mungkin ini sebabnya kebelakangan ini saya tidak berapa aktif berblog... disebabkan kerja perlu diutamakan dan lain-lain masalah, keluarga dan peribadi. Facebook tidak mengacau sangat berbanding dengan berblog :)

Kalau nak aktif berblog sejam tak cukup :)
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

18 Mei 2011

Rintihan, hembusan dari lokap Mona

Lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993. Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian. - Metro

Allahyarham Mazlan Idris, Adun Batu Talam, berakhir dengan detik cukup memilukan. Harapan untuk melihat masa depan yang gemilang sebagai ahli politik berakhir dengan pembunuhan ditangan penyanyi pop dan bomoh Mona Fandey.   Allahyarham dikerat 18 dalam satu upacara di rumah Mona di Raub, Pahang pada tahun 1993.
  Seram juga sesekali kalau nengok gambar mona nie.

Kesimpulannya kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah melakukan suruhan-Nya dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta meninggalkan segala larangan-Nya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan manusia dosa dan pahala sama ada besar ataupun kecil perbuatan itu tetap mendapat balasan daripada Allah s.w.t.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

17 Mei 2011

Ujian darah boleh buktikan jangka hayat

LONDON: Satu ujian darah yang boleh menunjukkan berapa pantas seseorang berusia dan menawarkan kemungkinan anggaran berapa lama masa yang tinggal untuk hidup – dijangka dijual kepada orang ramai di Britain hujung tahun ini.

Kaedah ujian kontroversi itu mengukur struktur penting hujung kromosom seseorang digelar telomere, yang mana saintis percaya adalah satu petunjuk paling penting dan tepat kepantasan di mana seseorang itu berusia.Saintis berpendapat di sebalik ujian berharga £435 (RM2,145) itu berkata tidak mustahil memberitahu sama ada ‘usia biologi’ seseorang, seperti diukur oleh panjang telomere, lebih tua atau muda berbanding usia kronologi sebenar mereka.

Penyelidik perubatan percaya ujian telomere akan menjadi popular dalam tempoh lima atau 10 tahun, namun ada sesetengah saintis yang mempersoalkan nilainya dan sama ada perlu ada kawalan etika lebih kuat berhubung peluasan penggunaannya.

Sebagai tambahan terhadap kebimbangan bagaimana penduduk akan memberi reaksi untuk satu ujian berapa ‘tua’ mereka sebenarnya, sesetengah saintis bimbang bahawa ujian telomere mungkin dirampas organisasi tidak bertanggungjawab cuba untuk menjaja ramuan anti-penuaan dan bahan kimia palsu memanjangkan usia.

Keputusan ujian mungkin juga menjadi daya tarikan baru kepada syarikat menawarkan polisi insurans hayat atau perubatan yang lebih banyak bergantung kepada risiko hayat seseorang untuk jatuh sakit atau mati lebih awal. – Agensi

Ketentuan segalanya daripada illahi jua... kita sekadar boleh meramalkannya sahaja. Mungkin kelebihannya ujian ini kita tahu masa untuk kita sudah makin hampir. Semoga kita sama-sama mengingati mati kerana mati itu wajib, mengingatinya sunat.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

16 Mei 2011

PANTANG LARANG MEMAKAN MADU LEBAH

MADU lebah tualang memang memiliki kelebihan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah ternak. Antara ciri penting yang begitu sinonim dengan madu ialah paras gula atau sukrosa dan kepekatannya.

Menurut pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Padang Terap, Azmi Ishak, kualiti madu boleh diuji di Pusat Memproses Madu Lebah di daerahnya."Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip. Madu matang lebih pekat dan berwarna kuning kemerahan. Madu tualang juga mempunyai kandungan gula di antara 0.5 hingga lima peratus dan air tidak kurang 22 peratus.

"Selepas ketulenannya disahkan, madu tersebut akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan ke dalam mesin penyahlembapan untuk proses menyejat kandungan air sehingga ke paras yang ditetapkan," jelas Azmi. Menurutnya, proses tersebut dilakukan untuk mengelak madu menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan.Lantaran paras sukrosa yang rendah, Azmi menambah, madu tualang sangat sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas.Malah, pesakit diabetes juga boleh mengambil madu tualang yang disahkan asli keluaran FAMA di bawah jenama Agromas.

Begitupun, ada pantang bila makan madu. Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat. Selain itu, hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh badan silap-silap boleh jalan :( 

Baik makan madu, mahu pun bermadu :) tetap ada pantang larangnya :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

15 Mei 2011

Alat kesan kecurangan pasangan.


WASHINGTON - Sesuai untuk mereka yang tidak mempercayai pasangan masing-masing, ciptaan terbaru ini dipercayai boleh mendapatkan semula pesanan ringkas dan mesej yang telah dibuang daripada telefon bimbit seseorang.

Pemacu simpanan data mudah alih (USB) yang digelar iRecovery Stick ini direka untuk mendapatkan semula maklumat yang telah dipadam daripada telefon bimbit iPhone keluaran syarikat Apple. Ia juga mampu mengesan maklumat panggilan, buku telefon dan pemetaan, yang akan menunjukkan destinasi dilawati pengguna telefon itu.

Tdak hairan, alat kecil itu begitu diminati individu yang mengesyaki pasangan mereka mempunyai hubungan dengan orang lain. “Pemacu USB ini sesuai untuk semua orang termasuk isteri dan suami yang mengesyaki pasangan masing-masing dan kekasih,” kata jurucakap syarikat pengeluar Paraben, Ray Couch.  “Ia juga disasarkan kepada majikan dan polis,” katanya. - Agensi

Itu kalau curang guna handset aje kalau curang cara lain kena guna cctv :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

14 Mei 2011

Destinasi ke Kampung Bantal Asal Usul Nama Kampung Bantal

 Jeti Kampung Bantal, Ulu Tembeling.
 Senja indah di Kampung Bantal
 
Hari ini destinasi saya ke Kampung bantal,  Ulu Tembeling, Jerantut.  Sedikit kisah asal usul nama Kampung Bantal, seperti mana yang dicerita oleh penduduk kampung. Asal sebutan Bantal dalam ejaan sebenarnya Bantai yang bermaksud memukul. Semua ini bermula dari kisah penduduk kampung yang membunuh seekor ular besar yang terdapat di sungai ini, di katakan ular tersebut selalu mengacau dan menyusahkan penduduk kampung ini.
Sekadar ilustrasi
Sehingga di suatu hari penduduk kampung telah bersepakat untuk membunuh ular tersebut lalu di takdir, penduduk kampung telah dapat menangkap ular ini lalu membantai @ memukulnya sehingga ular tersebut mati dan disinilah asalnya bermula nama kampung Bantal @ Bantai - maksudnya memukul. Bermula dengan peristiwa itu kampung ini terus diabadikan namanya Kampung Bantal atau ejaan dahulunya Bantai.  

 Wassalam, Wa'allahhualam. :
 

Lepak-lepak di Kuala Tahan









Salam semua, hari nie baru boleh bernyawa blogspot :) Nak cerita panjang badan pun masih lagi penat... jadi layan ajelah gambar-gambar sekitar Kuala Tahan ini. Gambar ini diantara gambar-gambar yang disempat di snap semasa lepak-lepak di Kuala Tahan semasa mudik ke Ulu Tembeling baru-baru ini.
  

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

11 Mei 2011

Jom mudik ke Ulu Tembeling.


Jom mudik... mungkin semasa entri ini di keluarkan saya sedang didalam perjalanan mudik ke Ulu Tembeling. Kerana ada tugasan Jabatan yang perlu dilaksanakan disana. Blog ini tidak bersiaran selama 3 - 4 hari. Insyaallah jika berkelapangan nanti, akan saya ceritakan kemudian  :) Jom mudik ! :)



Jom layan lagu menghilir di sungai pahang ini uploaded by zulkbo

Bye..bye .. nak ikut tak sempat dah :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

10 Mei 2011

Aku kesunyian...

Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran. Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka. Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.

“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya. - Metro

Bab 'kesunyian' ini perlu ditangani... kalau berat rasanya buka aje cawangan baru tak gitu hehehe. .. pada meraban tak tentu pasal...  menyusah diri sendiri juga :(  Moralnya kita sebagai ibubapa janganlah membiarkan atau mengalakkan anak-anak gadis kita mengulang kaji dirumah guru dengan cara bersendirian... singgah ke guru kesunyian macam nie habis.... :(

Sesekali sekala sunyi juga hehehe....

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading