UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

30 Apr 2011

Ijazah (PhD) palsu dalam talian

Dengan harga semurah AS$80 atau kira-kira RM240, seorang penipu sudah boleh membeli segulung ijazah atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara dalam talian tanpa perlu mengikuti pengajian yang mengambil masa bertahun atau menyediakan tesis.

Mereka bebas memilih apa saja bidang atau universiti untuk diisi di dalam ijazah palsu itu sebelum menggunakan gelaran doktor untuk memperdaya orang ramai sama ada ketika memohon pekerjaan, menjadi pakar motivasi, menceburi bidang politik, perniagaan atau sekadar berlagak sebagai bijak pandai akademik.

Tidak perlu menunggu lama sehingga mengambil tempoh empat ke lima tahun pengajian, sebalik dengan cara sedemikian ijazah atau PhD yang ditunggu boleh sampai ke tangan selepas tujuh hari pembayaran dilakukan, malah jika mahu menjimatkan masa, pembeli boleh mencetak sendiri sijil yang dibeli itu.

Ditambah sikap orang ramai yang mudah percaya dengan kepetahan seseorang individu bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah orang yang memohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa.

Mendedahkan perkara itu, Pakar Kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, pihaknya menerima aduan antara 40 hingga 50 kes ijazah dan PhD yang diragui ketulenannya sejak 2004. - Metro

Nie sudah kes berat... entah-entah sudah ada yang bawak Ijazah palsu nie ke hulur dan ke hilir... silap-silap dah jadi org besar-besar pun, dikalangan orang -orang yang tertentu :) yang konunya sudah memilik Ijazah (PhD) mungkin jenayah ini lebih terjurus pada golongan elit. Setakat kita sah tak caya dek orang.

Dunia hari ini sudah banyak bender yang hilang ketulenannya melainkan banyak yang palsu,  usah mudah terpedaya :( PHD - Penyakit Hasad Dengki kata orang :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Yang ditunggu dah tiba...

 Cek drp Nuffnang

Bagai menunggu buah yang tak gugur :) itu maksudnya lebih kurang... akhirnya gugur jua... masak layu masak betul entah...  walaupun buahnya tidaklah lebat mana :( sebab pokok muda kalau nak diumpama macam pokok durian buahnya adalah dua tiga biji aje.. tu pun kena tebuk dek tupai... sokmolah duk perati atas dibawah bila nak gugurnya  :( buahnya mmg tak lebat sebab pokok tak dapat baja :( tumbuh ditanah tandus aje... masa tanam tu...  letak benih yang baik juga hehehe... tapi tanah tak subur gamaknya....buah tak menjadi ... pun gitu alhamdulilah dapat le juga merasa kalau nak sama dengan pokok org lain jauh panggang daripada api lah :(

Alhamdulillah lepaslah bayor bil broadband aje :( nak melancong dan melencong tak dapat le :(  Siapa nak mengetea nak pekena kopi janda di kedai mok janda moh :)

Terima kasih Pak Nuff :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

29 Apr 2011

Gambar : Kate Middleton Milik Putera William



Putera William dan Kate Middleton sah menjadi pasangan suami isteri melalui upacara perkahwinan di Wetminster Abbey, di sini Jumaat. Pasangan diraja itu telah diraikan dengan acara yang penuh protokol dan dihadiri golongan bangsawan, diplomat dan para selebriti.

Kate hadir di Westminster Abbey dengan gaun rekaan Sarah Burton dari kediaman Alexander McQueen menyusuri jalan sementara Putera William yang menunggunya altar. Selesai upacara tersebut, Kate dan William kelihatan ceria selepas masing-masing menyarungkan cincin di jari manis. Selepas rasminya perkahwinan antara William dan Kate ini, Kate kini dikenali sebagai Duchess of Cambridge. - mStar

Baik bersumpah setia daripada bersumpah laknat.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

28 Apr 2011

Bakal Isteri Putera William Mimpi Bogel apa maksudnya?

Putera William dan Kate Middleton

Tinggal sehari lagi menjelang pernikahannya dengan Putera William, Kate Middleton mula merasai kegusaran di hatinya. Malah pada saat-saat yang dianggap penuh ketegangan, Kate mula mengalami mimpi buruk sejak beberapa hari lalu.

Peliknya, Kate mengalami tekanan menjelang hari bahagianya apabila dia bermimpi sedang bertelanjang di depan altar sebelum dikahwinkan dengan anak mendiang Puteri Diana itu. "Ternyata Kate kini sangat tertekan menjelang hari perkahwinannya. Ini kerana seluruh rakyat Britain akan menyaksikan perkahwinannya dengan Putera kesayangan ramai.

"Cuma apa yang dimimpikannya itu agak pelik lebih-lebih lagi dia sudah lama dia tidak mengalami mimpi buruk yang memalukannya. Mungkin dia terlalu berdebar dengan keadaan di sekelilingnya ," kata sumber terdekat Kate kepada laman portal Splashnews.com. Tambah sumber tersebut, Kate sambil bergurau kepadanya mengatakan dalam mimpi tersebut, ketika dia bertelanjang di hadapan umum, dia tidak tahu bahagian tubuh manakah yang harus ditutupnya dahulu. Sumber - mStar

Kata Tok Bomoh :) Jika seseorang itu mimpi sedang bertelanjang ertinya, ia akan terlepas dari kesulitan atau masalah. Jika bermimpi melihat orang lain sedang telanjang pulak ertinya, orang tersebut akan mendapatkan malu atau aib. Gamoknya kalau kita bermimpi kita bertelanjang lepas bebas dari kesulitan dan masalah :) Namun mimpi bak kata orang hanya sekadar mainan tidur :) Kut biasa juga pada pengantin yang lainnya kalau dah nak kahwin terkenang-kenang juga pada situasi seumpama itu :) 

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Polis Medan sediakan kamar seks


Pihak berkuasa polis di sini berhasrat membina kamar seks di lokapnya bagi memberi peluang kepada tahanan lelaki dan wanita menyempurnakan tugas sebagai suami atau isteri pada pasangan masing-masing.Ketua Polis Medan, Tagam Sinaga berkata, kamar itu akan dilengkapi televisyen dan dijaga petugas bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

“Bagi tahanan yang ingin menggunakannya, mereka perlu membuktikan bahawa mereka dan pasangan sudah menikah, seperti buku nikah dan kad pengenalan keluarga,” katanya. Dekan Fakulti Ilmu Sosial dan Politik Universiti Sumatera Utara, Profesor Badaruddin berkata, dengan adanya kamar seumpama itu, sudah pasti tahanan yang mempunyai isteri atau suami tidak terganggu fikiran mereka. - Agensi.

Tak berapa pasal juga rasanya kalau buat kerja gitu :) sebab kamar tersebut dilengkapi dengan televisyen cctv gamaknya :)  mesti ada orang yang menengoknya nanti :) silap-silap sajer menayang wayang free kat orang :) kaco juga :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

27 Apr 2011

Rakan Facebook buat kenduri seks.

 
Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu. Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka. Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai. Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam. - Sumber Utusan.

Jangan percaya dan jinak sangat. Moralnya juga buat anak gadis kita ambillah iktibar daripada segala contoh dan tauladan apa yang telah terjadi... jangan terlalu yakin dan percaya sangat pada mereka yang tidak anda kenali. Paling penting jangan terlalu jinak sehingga tergadai maruah diri.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Serbuk naik selera.

Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku. - Sumber Metro.

Sekali baca tajuknya ingat serbuk naik selera bagi yang tak berselera makan :) rupanya selera kelain kacau juga. Morlanya orang perempuan diluar sana lebih berawasi jangan mudah terperdaya dan terperangkap.

Moralnya jangan jinak sangat.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

26 Apr 2011

Video : Singgang ko gulai ?


Moralnya jangan berkelahi tengah orang huhuhu... hak lakinya popalit perengus @ pemarah sangat.. tak mikir lalu ke bini yang dah penat-penat memasak :( bini pun tak berambi @ tidak mengambil berat :( pendek kata lakinya nie tak sabor lalu huhuhu...

Dalam pada gitu video ini amat melucukan jika anda memahaminya hehehe :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Orang minyak di Batu Pahat!

Gambar sekadar Hiasan drp Google

Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya wujud sekumpulan empat penjenayah ala 'orang minyak' yang hanya berseluar dalam sedang bermaharajalela menyamun beberapa buah rumah di lereng bukit di daerah ini. Khabar angin yang bertiup kencang itu wujud berikutan kehadiran helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat berlegar di ruang udara daerah ini dan pelaksanaan sekatan jalan raya sepanjang lima hari bermula 19 April lalu. Setelah melakukan samun di rumah pada lewat malam dan awal pagi, kumpulan orang minyak itu dikatakan melarikan diri ke markas mereka yang terletak di kawasan hutan di bukit berdekatan Kampung Istana di sini.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Supritendan Adnan Azizon menegaskan, tinjauan udara helikopter itu adalah sebahagian daripada operasi cegah jenayah bagi memantau lokasi berisiko tinggi menjadi sasaran penjenayah termasuk rumah-rumah di lereng bukit.

Beliau memberitahu, operasi turut membabitkan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di rumah-rumah kongsi penempatan pekerja warga asing dan pusat hiburan bagi memastikan mereka mempunyai permit yang sah untuk bekerja di sini. "Tidak wujud orang minyak. Kalau ada orang minyak, kita tak guna helikopter tetapi guna bomoh," katanya sambil berseloroh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat hari ini. Selebihnya DISINI

Nie bukan orang minyak tapi orang yang diletakkan minyak  :) cara mudah nak hapus org minyak ini, mudah aje sediakan sebaldi minyak petrol :) dan beberapa batang mancis atau pemetik api... caranya anda pun tahu gamaknya hehehe... kita bakorrr kata usop wilcha tu... Reti pulak dia pakai suor dalam tu hehehe :) macam-macam cara orang kalau nak buat keje jenayah nie :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Kenapa zalim sangat manusia ini?

 SEBAHAGIAN daripada 10 jari Mispara yang ditemui semalam. 
Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis  menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.

Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut. Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki. "Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo

Tak de apa yang dapat dikatakan...  selain daripada zalim sungguh perbuatan manusia ini :( kalau dapat ker penjenayahnya apa kata di kerat pulak tangan dia seumpama ini baru dia tahu....

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

25 Apr 2011

Jerantut 'Aerial View'


 Masjid Bandar lama
 Bandar Baru Jerantut
 Bandar Lama Jerantut
 Berrhadapan Sekolah Rendah Cina Jerantut
 Balai Polis Jerantut
Sedikit info mengenai tapak D'kilau Court Jerantut ini. Suatu ketika sekitar tahun 1970an tapak ini hanya sebuah perumahan setinggan cina yang mendiami lereng bukit D'kilau ini, di pinggiran jalanya terdapat Pasar Basah ( pasar pertama dibandar Jerantut ) dan disebelah terdapat deretan kedai serta sebuah mini stesen minyak , kedai runcit serta kedai gunting rambut India yang berhampiran dengan laluan kereta api . D' Kilau diambil sempena nama Pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau.

Semua didalam kenangan penulis jua.

Gambar ini ehsan dari En. Addiy Daud daripada Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

24 Apr 2011

Usah layan lelaki Afrika di Facebook

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'. Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.

"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu. "Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam. - Sumber Kosmo

Pendek kata kalau dilayan juga puak nie mmg mencari nahas :( usah mengundang kecelakaan pada diri anda. Terutama wanita dan anak anak gadis. Gamaknya abang Afrika nie pandai mengayat...  tu pasal org pompuan mudah terpengaruh... sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.

Kalau awek-awek Afrika nak mengushar saya, saya pun tak mahu hehehe :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

23 Apr 2011

Jom 'zoom in' Jerantut drp udara.

 
 Bandar Jerantut
 Masjid Baru
 Masjid Lama
 Kompleks Pejabat Kerajaan
 Pejabat Pertanian dan Jba Jerantut
 Taman Pedah Jaya dan Sekolah Men. Padang Saujana
 Hospital Jerantut
 Pejabat Pos dan Warung belakang Pejabat Pos.
 Pasar Besar Jerantut
 Tanah Perkuburan Kg. Mat Kilau Jerantut

Salam semua hari nie sempat naik helikopter ronda-ronda ruang udara Bandar Jerantut sambil melihat keindahanya hehehe:) utk melihat lebih jelas gambar-gambar diatas sila klik imejnya.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Gimnasium bogel di Sepanyol

BEBERAPA pengguna berbogel semasa menggunakan peralatan bersenam di gimnasium Easy Gym di Arrigorriaga, Sepanyol baru-baru ini. 
 
ARRIGORRIAGA - Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung. "Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.

"Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang," kata Laseca. Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam. Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut. - Agensi

Padahlah busuknya gym nie gamaknya hehehehe... takkan disebabkan krisis ekonomi sampai tak mampu  berbaju seluar...  kaco gym nie ... mesti ada tujuan lain nie...  selain drp mahu mendapat perhatian ramai... pihak tertentu boleh juga mencuci mata agaknya... jangan ada dekat tempat kita sudah.

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

22 Apr 2011

Resepi Cekodok Nasi

CEKODOK NASI

Bahan-Bahan
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar -
2 biji bawang putih -
1/2 cawan ikan bilis
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis
(Daun sup/bawang di hiris halus) 
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi di gaul sebati. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. Gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dengan air supaya mudah utk mengorengnya.

Cekodok ini juga lazat jika di cicah dengan sambal tempoyak masak atau sambal tumis ikan bilis selamat mencuba. Resepi istimewa ini datangnya daripada  : Mak Teh Melor @ Mak Njang by Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Hanya mulut si dara dibenar petik daun teh

SEORANG gadis yang masih dara memetik daun teh China dengan menggunakan mulutnya di Ladang Jiuhua, Gushi, baru-baru ini. 
GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka. Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar."Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit. Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi - Kosmo

Pergh !! memang hebat... tentu sahaja teh ini disebut 'Teh Dara"  Macam mana rasa tea dara nie? tentu best agaknya :) Dara sahaja masih tak cukup syarat... masih ada syarat lainnya jika ingin mengigit daun tea nie hehehehe macam-macam:)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

21 Apr 2011

Dah panas buat aksi panas...

Seandainya benar berita ini ... Orang dah panas sebab buat aksi panas :)  awak buat panaskan lagi...  sudah dah faedah :( tak paham juga dengan pe'el manusia ini.... tak de kerja cari kerja dah ada kerja malas buat kerja... bak kata pepatah musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak... sarang tebuan jangan dijolok...  tak de penyakit cari penyakit, sudah tak bangkit. Selebihnya DISINI

Moralnya lantak dialah dengan bini dia :)
Pssttt : Jam pukul 12.00 tengah hari tu... napelah dia tu tak nutup pintu tingkap rapat-rapat apa hal? Salah berlake... :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Penyakit Patah Mengkarung ?

Salam semua, hari saya nak citer sikit satu penyakit yang tak bahaya tapi kalau terkena mahu terkedu juga sakit sekejap :) orang kampung sebut "Patah mengkarung" kenapa boleh dikaitkan dengan mengkarung nie??  sebab dia pernah patah gamaknya hehehe :) selain dari patah mengkarung ada satu nama khas untuk penyakit ini yang amat popular di kampung saya disebut  "SENYO" kalau nak sebut perkataan ini kena keluar ikut hidung sikit bunyinya  "SENYO" bukan "SANYO" itu nama barangan lektrik :)

Untuk mendapat penyakit ini cukuplah mudah kalau buat keje beria sangat atau duduk bersila lama sangat pun boleh kena juga : ) Contohnya bila kita duduk lama-lama, orang Bandar cakap 'kebas', saya sebut 'senyo' orang putih campo orang di Bandar sebut 'krem' :) di kampung saya sebut patah mengkarung :)  Berapa banyak gamaknya mengkarung patah sebab asyik duk sebut patah mengkarung aje :)

Utk mengubati penyakit ini tak ada ubatnya,  selain drp bangun dan berjalan picit-picit sikit...  biasanya bahagian mudah terkena adalah kaki atau betis :)  Pendek kata hari ini saya pun macam nak patah mengkarung juga sebab kerje beria sangat :)

Nak gi memicit kejap :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Senyum-senyumlah sokmo!

Kajian sains pada senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging atau senaman dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Moralnya senyum-senyumlah sokmo walaupun terkadang hati tak berapa ceria... terkadang tengah bulan duit  pun tak berapa ada... berkelahi dengan kawan, dengan org rumah, dengan jiran...  dek kerana muka masam mencuka aje ... Moralnya senyuman itu penuh kebaikkannya. Senyum juga sebagai penawar untuk hati yang keresahan tidak pada diri sendiri, mungkin juga pada orang lain. Paling penting senyuman juga satu sedekah untuk orang lain. Mungkin kita tak mampu nak bagi duit dan sebagainya. Namun terkadang senyuman itu lebih bermakna daripada segalanya. Cuma jangan senyum sorang-sorang, sudoh kabor dek org kita giler pulak  :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

LEBIH BANYAK ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

Perkongsian Pendapat :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading