MARIAH dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.Nenek menangis dihukum gantung Edar heroin 92.68g di masjid dua tahun lalu
KUALA TERENGGANU: Seorang nenek tujuh cucu menangis teresak-esak ketika dibawa keluar dari kandang tertuduh, semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram dua tahun lalu.
Tertuduh Mariah Hamadi, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa melakukan perbuatan terbabit pada 30 Ogos 2009 jam 3.45 petang di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit, di sini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, selepas pihak pembelaan diwakili peguam bela, Tara Singh Delip, gagal menimbulkan keraguan munasabah.- Berita Harian
Mungkin amat bertepatan dengan peribahasa melayu kita " rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari" "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna". Semoga menjadi iktibar buat kita bersama... sesungguhnya setiap perbuatan baik dan buruk tetap akan dibalas.
Yang baik di jadikan tualadan yang buruk di jadikan sempadan.
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :
























