Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO DARIPADA PENAJA KLIK PERCUMA

UPDATE ENTRI TERKINI :

28 Feb 2011

Bila ada kuasa, ada duit selera jadi pelik

RUBY HEARTSTEALER RUBACUORI dan BERLUSCONI (gambar kecil).

Penari gelek dedah parti Perdana Menteri Itali

GENOA - Seorang penari gelek, Ruby 'Heartstealer' Rubacuori mendedahkan, beberapa model separuh bogel melakukan persembahan lesbian untuk Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, lapor sebuah akhbar kelmarin. Ruby yang berusia 18 tahun menyatakan dia duduk beberapa sentimeter dari Silvio yang berusia 74 tahun dalam satu parti di vila rumahnya.

Dalam salah satu parti yang diadakan di vila milik Berlusconi di Arcore, Itali, Ruby merupakan antara 30 gadis yang diundang untuk makan malam dengan Berlusconi. Menurut Ruby, selepas makan malam, beberapa gadis mula menanggalkan semua pakaian kecuali seluar dalam dan mereka menari mengikut alunan muzik. "Saya melakukan tarian erotik untuk perdana menteri (Berlusconi)," katanya kepada seorang wartawan akhbar The Sun.

Bagaimanapun, terdapat beberapa model dan penghibur wanita yang amat cantik. Ruby berkata, satu pasangan mula menari dan melakukan persembahan lesbian. Penari itu menegaskan dia tidak melakukan hubungan seks dengan perdana menteri yang bertaraf bilionair itu. Pendedahan itu dibuat selepas seorang hakim mengarahkan Berlusconi disiasat atas dakwaan membuat pembayaran untuk mendapatkan khidmat seks daripada seorang lagi penari gelek di bawah umur berketurunan Maghribi, Karima el-Mahroug. - Agensi

Bila ada kuasa ada duit selera pun jadi pelik-pelik... handal tidak setara mana juga gamoknya cuma selera (nafsu) sahaja lebih.. makan tak lalu juga abis sepinggan harus tak menambah dah :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :


[Make Your Own Gifts Here]
[Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?]
[Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!]

Laman Mat Kilau Jerantut

Laman Mat Kilau


Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Semua catatan diatas dan banyak lagi catatan berserta info yang berkaitan dengan beliau yang tercatat di "Laman Mat Kilau Jerantut" Sebenarnya laman Mat Kilau ini seumpama memorial Mat Kilau yang tercatat riwayat dan kisahnya di Bandar Jerantut ini. Pastinya "Halaman Mat Kilau" ini menjadi mercu tanda serta kemegahan warga Jerantut sebagai Bandar Pahlawan terbilang Mat Kilau. Jika anda ke Jerantut silalah singgah dan berkunjung ke Halaman Mat Kilau Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Feb 2011

10 Sahabat paling rajin berceloteh 022011

Sekalung tahinah dan terima kasih buat 10 orang sahabat yang paling rajin berceloteh di blog akuanakpahang.blogspot.com pada bulan Feb. 2011. Jom kita terjah blog dia orang :)


Terima kasih tidak terhingga pada mereka semua :) untuk anda yang lain boleh juga terus berceloteh disini insyaallah nama blog anda akan saya perkenalkan nanti :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :



[Make Your Own Gifts Here]
[Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?]
[Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!]

Pameran alam mistik haram

 Gambar sekadar hiasan

Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam. Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi. “Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini. Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. - Sumber Kosmo.

AAP- Realitinya hari ini org kita cukup suka melihat benda yang mistik ini sehingga drama dan filem kita di kaca TV dan pawangan dipenuhi dengan cerita sedemikian persoalannya sampai bila? minda kita dan anak-anak kita dipenuhi dengan perkara sedemikian? Sewaktu waktu dahulu RTM sendiri pernah mengharamkan cerita mistik dan tahyul ini sehinggakan cerita yang tidak seseram mana "Pontianak di gua musang" "Perjanjian Syaitan" dan lain-lainnya di haramkan.

Konunnya cerita sedemikan ada unsur seram dan tahyul. Namun hari ini seribu satu macam cerita seram dan tahyul terus dipaparkan dan dibiarkan sahaja kenapa ? Kadang kala naik bosan juga di kaca TV kita saban hari memaparkan cerita sedemikan :( Tidak seram dengan hantu dalam TV atau pawangan itu, cuma kurang berminat kerana ada unsur ketahyulan dan mistik yang keterlaluan.

Perkara ini perlu ada badan kawal selia serta permantauan dibuat sepenuhnya. Bagi mengawal kebanjiran cerita seram dan mistik ini agar tidak keterlaluan sudahnya memunahkan akidah dan pegangan umat islam kita.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :


[Make Your Own Gifts Here]
[Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?]
[Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!]

26 Feb 2011

Salam,salam juga, lawan, lawan juga :)

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil N28 DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad bersalaman dengan calon PAS, Hasanuddin Salim (kiri) sambil melambai tangan selepas menyerahkan kertas pencalonan mereka di pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh, pagi ini.

CALON Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau, Roslan Ahmad bersalaman dengan calon PAS, Yuhaizat Abdullah (kiri), selepas menyerahkan borang penamaan calon masing-masing di Pusat Penamaan Calon di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka, pagi ini. - Sumber Berita Harian

Selamat bertanding dan membuang undi bagi mereka di kedua PRK DUN Kerdau dan Merlimau.

* AAP - duduk perati atas pagar aje :) Penyokong bagaimana?  bersalaman jugalah hendaknya :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :



[Make Your Own Gifts Here]
[Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?]
[Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!]

25 Feb 2011

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan!

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans. Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.  Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Sumber Utusan

AAP - Dua baris ayat yang merah diatas itu rasanya tak sedap juga telinga mendengarkannya :(  kalau kira conggak fikiran orang kampung semua kenderaan wajib ambil insuran bukan semua kenderan terlibat dalam kemalangan. Cuba bayangkan juga orang berpendapatan rendah pakai kereta yang lama insurannya makin lama makin besar, tidak kah itu boleh membebankan? kalau dah meningkat kosnya munasabah tidak meningkat kos pihak lain (golongan berpendapatan rendah itu sendiri) :(

Sekadar pandangan ikhlas.
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :




[Make Your Own Gifts Here]
[Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?]
[Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!]

24 Feb 2011

Ibu pengsan anak telefon dari Lombok

Susulan entri DISINI 
Budak Perempuan Jerantut diculik ke Lombok.
Ikuti sidang video bersama ibunya.



 
AAP- amat simpati kepada ibu dan keluarganya. Doa dan harapan semoga si anak dapat kembali kepangkuan ibuanda tercinta Insyaallah.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :



Make Your Own Gifts Here
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Budak pompuan Jerantut diculik ke Lombok :(

Keluarga gadis hilang minta anak dihantar pulang

PETALING JAYA: “Jika benar mahu memperisterikan anak saya, saya sedia menerimanya sebagai menantu tetapi biar kena caranya,” kata suri rumah, Zaiton Jaafar, 43, mengenai tindakan seorang lelaki Indonesia yang melarikan anak perempuannya, Norbaizura Mohd Salleh, 19, ke Lombok, kira-kira tiga minggu lalu.

Beliau yang berasal dari Jerantut, Pahang, berkata keluarganya tidak mempunyai sebarang halangan jika lelaki dikenali sebagai Suparlan, 30-an, mahu mengahwini anak perempuannya tetapi mengikut hukum Islam dan adat Melayu di negara ini.“Melarikan anak dara orang, kemudian berkahwin tanpa kebenaran mungkin menjadi tradisi masyarakat Lombok, namun cara mereka tidak boleh diterima sama sekali di sini. Kita ada adat dan hukum yang perlu dipatuhi.  “Kita yakin golongan tua di sana (Lombok) juga tidak bersetuju dengan perbuatan tidak beradab ini, lebih-lebih lagi majoriti penduduknya berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas di sini, semalam.

Kehilangan Norbaizura yang juga anak keempat daripada enam beradik disedari selepas seorang rakan serumah Suparlan menghubungi keluarganya dan memaklumkan rancangan melarikan gadis itu, pada 5 Februari lalu. Berikutan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Pondok Polis Kuala Tahan sebelum kes dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

Zaiton berkata, seluruh ahli keluarganya dengan dibantu penduduk kampung turut mencarinya selama enam hari di Jerantut sebelum ke Melaka selepas mendapat maklumat Norbaizura dilihat di negeri itu.
Bagaimanapun, semua usaha menemui jalan buntu sehinggalah beliau menerima panggilan telefon, Rabu minggu lalu daripada anaknya memaklumkan dia sudah berada di Kampung Jobeng, Lombok Timur.

“Dia seperti keliru dan bingung. Dia cuma menyatakan sudah berkahwin dengan Suparlan sebelum perbualan kami terputus. Saya cuba menghubungi semula nombor itu tetapi tidak berjawab. “Berdasarkan keadaannya, saya percaya dia dipukau. Selama ini pun anak saya tidak pernah ada teman lelaki atau keluar dari Jerantut. Dia pun tidak pernah mengadu diganggu mana-mana lelaki sebelum ini.

"Dia dilarikan sehelai sepinggang dan dipercayai secara haram kerana anak saya tidak mempunyai pasport antarabangsa," katanya. Berikutan itu, Zaiton meminta bantuan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh bagi mengesan dan membawa pulang Norbaizura. - Sumber Berita Harian.

Simpati dengan keluarga tersebut.. moralnya jangan percaya dan berbaik sangka sangat dengan segelintir puak ini. Ingat sebelum terkena, berwaspada sebelum terjadi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.


Gambar hasil Carian Google

Ada orang kata (bukan saya kata) ini MUNGKIN gadis Lombok, saya no komen :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :



Make Your Own Gifts Here
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

23 Feb 2011

"Blog Hijau"


Salam semua, jom bersama join blog hijau di Blog Pilihan Malaysia (sekiranya blog anda warna hijau dan lain-lain warna blog ) kenapa dan mengapa blog saya ini warna hijau? banyak sebabnya, sebab utama memang tidak dinafikan saya amat minat dengan warna hijau, hijau juga lambang ketenangan, hijau lambang tumbuhan yang segar. Pastinya warna hijau membuatkan hati saya rasa bahagia :) Kalau anda dengar lagu ini mungkin anda akan faham juga kenapa warna hijau menjadi pilihan saya :)

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Lagu : Hijau  /  Zainal Abidin

Drp Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad s.a.w pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.

Disini hanya seorang sahaja yang dapat saya tag kerana beliau juga peminat warna hijau :)

Moralnya saya dan blog ini amat sinonim dengan warna hijau :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :  



Make Your Own Gifts Here
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 hari main komputer sudah mati !

BEIJING: Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing, lapor media kerajaan semalam.

Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China, menurut penyelidik. Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.“Beliau membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari,” kata laporan berkenaan.

“Polis juga merampas beberapa komputer sebagai sebahagian penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu,” tambahnya. – AFP

** Kesimpulannya agak-agaklah juga... jangan sampai tak reti nak rehat langsung sudah rehat terus :(
Wssalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Misteri suara tangisan dari dalam kubur

KUBUR Desi Tri menjadi tumpuan ramai di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur semalam.

JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.
Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.

Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit. Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut. Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya. - Agensi

Untuk renungan bersama Sabda Nabi SAW daripada Ibn Abbasradhiallahu’anh : Sesungguhnya Nabi SAW melalui (melintas) dua kubur, lalu baginda bersabda :

“Sesungguhnya kedua dua penghuni kubur ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika membuang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang”

Kemudian Baginda SAW meminta sati pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda “Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Semoga kisah diatas menjadi iktibar dan panduan kita bersama.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

22 Feb 2011

Kalau dah mengandung jangan masuk Facebook.

LONDON - Seorang wanita terkejut kerana gambarnya dalam keadaan hamil diharamkan oleh laman sosial Facebook, lapor akhbar The Sun semalam.Gambar itu menunjukkan wanita tersebut, Angela Hurst (gambar) bergaya seperti aksi pelakon Demi Moore.Gambar Angela yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional itu dijadikannya sebagai gambar profil di muka surat Facebooknya.

Ia tidak sama seperti gambar Demi untuk majalah Vanity Fair pada Ogos 1991 yang dirakamkan dalam keadaan bogel. Sebaliknya, Angela memakai pakaian yang tidak menjolok mata.Namun, hanya selepas tiga hari ia menjadi gambar profilnya, Facebook mengeluarkan gambarnya kerana dianggap menyalahi terma 'berbogel'.

Angela yang berusia 34 tahun dari Lee-on-Solent dekat Hampshire, England menyatakan bahawa gambar itu bukannya lucah kerana seluruh tubuhnya ditutup."Saya menerima banyak mesej, terutama daripada kaum wanita yang memberitahu mereka menyukainya. Mengingati tempoh mengandung ialah sesuatu yang menarik dan ia tidak bersifat seksual. Jika Demi boleh buat (merakamkan tubuhnya semasa hamil), kenapa tidak saya?" kata Angela.

Suami Angela, David berkata: "Gambar itu cantik. Tindakan ini agak berlebih-lebihan."Sementara itu, seorang jurucakap Facebook pula menegaskan pihaknya melarang wujudnya unsur-unsur berbogel di laman tersebut. - Agensi

 Ingat gambor bersunat juga ada unsur lucahnya hehehe :)

Gambar seumpama ini ada jugak unsur lucahnya.

Moralnya, gambar tak bagus.. seksi seksa usahlah dipaparkan untuk tontonan ramai. :( hak pelik yang terjojul betul tu tak lucah pulak mmg kaco juga FB nie, gamaknya tunjuk sikit-sikit boleh kut :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

21 Feb 2011

1st GiveAway Sayangku Faish

Salam semua, hari mmg BZ terlajak.. maklum hari isnin mmg haru biru... pun gitu dalam sibuk sempat juga join GA 1st GiveAway Sayangku Faish bukan niat apa pun, sekadar nak kasi GEGAR BLOG sahabat maya kita nie sahaja  :) syarat lain GA ini kita kena tag sekurang-kurang seorg dua sahabat blogger yang lain. Jadi kat sini saya tag pada dua orang sahabat pilihan saya :)


Sekiranya anda juga berminat nak join sama, jom ke blog beliau klik ..SaYaNGku FaiSh.. Akhir kata semoga beliau terus aktif berblog dengan jayanya :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

20 Feb 2011

Reen's Diary Giveaway Lahh !

Salam semua, hari ini free sikit dan tergerak hati nak join GA Reen's Diary Giveaway Lahh ! tujuannya tak lain sekadar nak kasi meriah blog dia tu...  waris jugak ngan kita nie (sekampung ngan en. suami dia :)  jadi elok juga sesekali kita tolong GEGAR BLOG kekawan kita.. kasi meriah sikit :) jadi syarat lainnya GA ini kena tag 37 org  :) boleh pengsan aok kalau gitu :) nasib 3-7 org aje... tulis bior tereeng kabor ker :) raban gitu hehehe...  Ok laa kat sini saya tag pada tiga sahabat pilihan, yang lain kalau berkenan boleh join juga :) boleh klik >  Azrina Samohaeyo Gajok..


Sekiranya anda berkesempatan jom terjah blog beliau Azrina Samohaeyo Gajok.. akhir kata selamat maju jaya buat beliau didalam dunia seorang Blogger :) 

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani ( Masjid Siti )



HASRAT penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Md Jiwa akhirnya termakbul apabila Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani berharga RM1.7 juta yang dibiayai sepenuhnya pasangan itu dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, semalam. Sempena majlis itu, mereka turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat.

Khalid yang ditemui selepas majlis itu berkata, “sewaktu masih kecil dulu, saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan berjaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah semua hasrat itu dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap ia dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat kampung.

“Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini. Memandangkan maksud dia juga indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid ini,” katanya.- Sumber Berita Harian.

AAP- lepas neh goner Dato' teadeh ker ura-ura deme nok buat mesejid di Lepeh pulok?  kome suke het entak eee... orang lepeh nok juge mengenya mesejid baru juge :) apa puh tahniah dan terima kasih diatas usaha dema berdua kerana membiayai sepenuhnya kos pembinaan mesejid teeh.  Kash puh tumpeng bangge entaak eee :) < ini loghat orang sebelah Lipis tak faham mintak maaf laa :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

18 Feb 2011

Pendapatan tukang kasut cecah RM5,000 sebulan!

 Gambar drp Google

ALOR SETAR - Siapa sangka seorang tukang kasut boleh memperoleh pendapatan hampir sama dengan pegawai kerajaan, malah mungkin lebih tinggi daripada gaji seorang kakitangan yang berkelulusan ijazah. Tinjauan Bernama di Jalan Selamat, di tengah-tengah bandar raya Alor Setar, mendapati rata-rata tukang kasut di situ memperoleh pendapatan antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan.

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tukang kasut mencari rezeki di situ dan setiap tukang kasut mempunyai pelanggan tetap. Seorang tukang kasut yang ditemui, Ahmad Mohtar Baharom, 54, berkata, dia kini memperoleh pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan hanya dengan mengambil upah membaiki kasut.

Dia berkata, tidak ramai yang percaya dengan pendapatan yang mampu diperolehinya itu kerana masyarakat beranggapan pendapatan mereka hanyalah umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. - Bernama

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan,  Pegawai kerajaan pun belum tentu mendapat pendapatan sebanyak itu. Benar mereka bukan orangnya jika ingin diumpamakan 'kais pagi makan makan pagi dan kais petang makan petang'. Sesetengah orang pandang macam sebelah mata sahaja dengan tukang kasut hakikatnya mereka lebih senang daripada kita.

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Calon-calon PRK DUN Kerdau.

 Bakal Calon-Calon UMNO

  Calon-Calon PAS

Selamat bertanding buat mereka semua, Penulis tidak berminat dengan Politik sekadar ambil tahu sahaja :) Sekadar pengetahuan am  :) gambar diatas adalah antara mereka yang di gembar gemburkan bakal bertanding nanti. - Sumber Sinar Harian Pahang

Buatlah permilihan yang bijak.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

'Sarang hutan' mat gian diserbu

SEORANG penagih dadah terjatuh selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tali yang dipasang anggota polis.

MARAN – Sekumpulan 33 penagih dadah tegar yang sedang asyik melepaskan gian lari lintang pukang selepas lokasi mereka yang digelar ‘sarang hutan’ digempur sepasukan polis di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 10 di sini semalam. Menariknya, walaupun dalam keadaan khayal, mereka masih berhasrat untuk melarikan diri dengan menunggang motosikal masing-masing tanpa menyedari seramai 22 anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang sedang menanti mereka dengan perangkap.

Polis telah merentang tali di laluan motosikal untuk mengelakkan penagih yang berusia di antara 20 dan 50 tahun itu meloloskan diri. Operasi ‘Ops Tapis’ tersebut berlangsung selama sembilan jam bermula pukul 5 pagi. Bagaimanapun, terdapat segelintir penagih cuba melarikan diri ke dalam semak walaupun telah terjatuh dari motosikal. Ada di antara penagih yang ditahan memberikan alasan pergi ke ladang sawit itu kerana ingin melepaskan hajat atau hendak memeriksa ladang. - Sumber Kosmo

Sampai bila gejala dadah ini akan berakhir? punah jua bangsa ku :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

17 Feb 2011

KEISTIMEWAAN GULA KABUNG

Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.

Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.

Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung boleh menghasilkan sejenis nira yang boleh dijadikan cuka atau gula.

Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal. Pastinya melalui proses yang tertentu sebelum ianya boleh dimakan.

Gula kabung sememangnya tidak asing bagi orang Melayu terutama yang tinggal di pedalaman Negeri Pahang terutama di Daerah Benta , Kuala Lipis. Gula kabung digunakan dalam kuih-muih. Kegunaan gula kabung dilihat amat penting terutama ketika menyediakan juadah berbuka puasa, kenduri dan hari raya. Antara kuih-muih yang lazim dicampur dengan gula kabung adalah dodol, kuih koci, lepat, nasi manis dan pengat.

Pokok kabung iaitu sejenis pokok palma yang berasal dari Indonesia atau dikenali juga sebagai pokok enau atau nama botaninya, Arenga Pinnata agak berbeza dengan spesies palma yang lain. Perbezaan pokok daripada keluarga Arecaceae itu adalah semakin batangnya meninggi dan matang, tandan bunga serta buahnya pula kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah. Malah, apabila tandan yang tumbuh di batang itu semakin hampir ke tanah, ia menandakan pokok kabung berkenaan akan mati.
Ini berbeza dengan spesies palma lain iaitu pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggiannya. Mengikut kepercayaan, pokok kabung dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandannya sepadan dengan ‘pujukan’ yang diberikan oleh pengusaha.

Sementara harganya diantara RM4.50 hingga RM5.00 sebuku mengikut saiz dan kualiti kepada pelanggan yang datang ke rumah dan juga menerusi tempahan daripada peniaga di bandar Benta dan Raub. Malahan harganya boleh melonjak sehingga RM7.00 sebuku jika mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan. Gula kabung, bukan sahaja dicampur untuk menyedapkan masakan kuih-muih malah sering dijadikan buah tangan atau cenderamata kepada pembesar pada majlis tertentu di daerah Lipis. - Sumber Utusan
 Pokok Kabung
Biji Kabung yang telah siap di proses mmg sedap dimakan di bancuh dengan air gula kabung bersama santan lebih kurang ala-ala makan cendul mmg sedap.

Nak rasa gula kabung moh ke Kampung Peruang, Benta. Gula kabung banyak terdapat di jual di Pekan sehari di sekitar Pekan Benta, Raub, Kuala Lipis dan Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Pertunangan Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal.


Ally juga pilih Gadis Melayu 1, SEPADAN... Ally dan Nur Aishah memegang tepak sirih hantaran peminangan mereka. Ally Iskandar, 35, memilih Nur Aishah Zainal, 26, sebagai pilihan hatinya dan pasangan ini selamat bertunang pada 11 Februari lalu. Malah, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup yang dihadiri sanak-saudara kedua-dua pihak.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian di Sri Pentas, TV3, semalam, Ally berkata, dia tidak berniat menyembunyikannya daripada media, tetapi menghormati permintaan keluarga.
“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana tidak mengundang untuk menghadiri majlis pertunangan itu kerana bukan saja wakil media, tetapi rakan sekerja juga tidak mengetahuinya kecuali bos saya.

Othman Hamzah : Gadis Melayu 





Siapa bilang gadis melayu tak menawan :) Selamat bertunang :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

16 Feb 2011

Kenapa dah tawar hati kat Nuffnang?

Salam semua, kenapa ramai sudah yang telah tawar hati kat Nufffnang? kebelakangan ini banyak blogger2 hebat dah membuang dan memadam akaun mereka, telah menukar dengan iklan yang lain. Kata mereka Nuff sudah tidak berbaloi. Nuff dah tak best macam dulu dan bermacam-macam telahan telah dilemparkan.. ada sesetengah drp mereka tanpa was-was telah memadamkan akuan mereka dengan Nuffnang.

Saya masih tidak terpikir lagi buat macam tu... walaupun Nuff yang tertepet diblog ini seumpama melukut ditepi gantang aje : ) Sememang tidak di nafikan amaunnya tidak bergerak-gerak kalau bergerak pun entah ke berapa sen aje  :(  ada orang kata Nuffnang ini macam tak update aje akaun kita. Macam tak bergerak-gerak amaun didalamnya. Sudah nak dapat seringgit dua pun payah kata blogger yang hebat.

Apakah puncanya? Mungkinkah Nuff sudah kurang mendapat penajaan pengiklanan daripada Syarikat yang ingin mengiklankan pengiklanan mereka? atau Nuff sendiri sudah tidak dapat menampung dengan jutaan blogger yang sudah mendaftar dengan Syarikat berkenaan? Mungkinkah juga kerana Nuff sendiri yang tidak mahu berkongsi sama dengan Syarikat Pengiklanan lain didalam satu-satu blog, juga puncanya Blogger kurang berminat hendak menaja Syarikat Pengiklanan ini. Jika itu antara telahanya apa pendapat anda ?

Tepuk dada tanya selera :)  Setakat ini saya hanya membiarkan sahaja Nuff ini tertepet diblog saya :)

...yang pasti saya berblog bukan kerana Nuff :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Nuffnang 3

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Contoh Carian : Gambar Klasik Pahang, Pahlawan Pahang, Pawang Nong, Mat Kilau, Dato Bahaman.
Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...