UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

31 Jan 2011

Dah 18 tahun awak yaa :)

  Salam semua, nie anak gadis (cewek) umo dia 18 tahun hehehehe mmg comel... setelah carian di buat oleh buat Pakcik Google.. dia cakap nie umonya 18 tahun mmg comel :)
Tinggalkan kisah anak gadis (cewek) 18 tahun itu... nie saya nak tunjuk bender 18 tahun juga Honda Kapchai Saya plat motor ini CAG **** - maknanya CARI ANAK GADIS usianya jugak sudah 18 tahun... tadi saya pergi perbaharui cukai jalan motor ini...  Tokey Cina tu cakap "Awak punya motor sulah 18 taung insuran mau campo loadtex ala  RM 183.00 linggit..." "apa pasal manyak mahal? " saya tanya "Sikalang lagi tua lagi mahel loo.. cuma along saje.. tua- tua ala mulah sikit" :) 

Mmg kaco kalau jadi macam nie  :( 

Untuk rekod, dahulunya motor ini sering kali juga pergi menCari Anak Gadis  :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Follower bertuah 1001 - akuanakpahang



Salam semua, sebagai tanda terima kasih dan tahniah buat Follower yang bertuah ke 1001 di blog akuanakpahang. Anda telah ditawarkan pakej minum pagi berserta sarapan dan bermalam dirumah sendiri:). Boleh pilih menu pilihan hati sendiri dekat Restoran berlakang Pejabat Pos nanti.

Pakej ini tidak dapat ditukar dengan wang tunai pihak pengurusan berhak menukar port atau tempat mengetea jika dirasakan sesuai. Sila hubungi pihak pengurusan blog ini ditalian (beliau ada dah gamaknya nombor handset AAP ) Pakej ini sah bila-bila masa dan dimana jua. Jom ramai-ramai ke blog beliau Relevan Sokmo ( AZMAN ZAHARI)

* Kawan baik beliau juga di pelawa Rosli Ghani :) dan jirannya Kak Rozita dan Pn. Roziah sekali.

Pihak Pengurusan Blog mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah pada beliau. Terima kasihhhh :) 


Terima kasih diatas sokongan anda semua !


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Sediakan Bot sebelum banjir :)

Kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.. namun kalau hujan tak brenti-renti baik sediakan bot pulak... sebelum banjir yaa tak ?


Tahniah dan terima kasih tidak terhingga buat Follower ke 1000 akuanakpahang buat ZUL http://onlyzul.blogspot.com/


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

[Gambar] Banjir dan bah di Pantai Timur.

"Yang pasti Ikan dan lain-lain bersumberkan dari laut tetap naik harga" PENJUAL ikan, Mokthar Pak Dik, 40, terpaksa menjual ikan dengan harga yang lebih tinggi dari biasa kerana bekalan ikan yang berkurangan selepas nelayan tidak turun ke laut akibat banjir di Kelantan. Orang ramai mula pulang ke rumah selepas air mulai surut di Kampung Kubang Sawa, Tumpat.
 
"Baik-baik meranduk dan mengaruk bimbang terjerlus dalam lubang" SEORANG bapa terpaksa meredah banjir untuk membawa pulang anaknya di Kampung Lubuk Panjang, Chalok, Setiu, Terengganu selepas pihak sekolah mengarahkan semua murid sekolah itu pulang akibat banjir yang melanda.

ANGGOTA keselamatan membawa orang ramai menggunakan bot di kawasan banjir di Pengkalan Kubu 

Keadaan Sungai Lembing, Kuantan 

Sumber Berita Harian.

Pesanan untuk semua di musim banjir ini jaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Utamakan keselamatan, air masa kecik boleh buat kawan dah besar jadi lawan jangan suka main air bah sudah dapat susah.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

30 Jan 2011

Di sini bermulanya zina.


Firman Allah :
Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu 
perbuatan yang keji dan satu jalan yang  jahat.
(al-Isra’:32)

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Jom Ke 'UP TOWN' Jerantut

Pelancaran Tahan Street dan Up Town Jerantut telah dirasmikan pada 28 Januari 2011, jam 8.30 malam bertempat di Jalan Tahan, Bandar Baru Jerantut. Sempena Pelancaran Tahan Street & Up Town Jerantut pada 28 Januari 2011 (Jumaat). Jalan yang terlibat adalah Jalan Tahan, Bandar Baru Jerantut bermula Kedai Sen Heng Electric hingga ke Stesen Minyak BHP bermula jam 1.00 tengah hari sehingga 12.00 malam

Perniagaan 'UP TOWN' ini telah dibuka mulai 28 Januari 2011. Waktu perniagaan: setiap hari, jam 7.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Lokasi dan tapak perniagaan : Sekitar Bangunan Kedai PKNP, Bandar Baru Jerantut (Belakang Arked MARA) Berhampiran dengan Stesen Keretapi Jerantut. Pastinya Bandar ini lebih ceria dengan adanya suasana perniagaan seperti ini. Terima kasih diatas kerjasama pihak PBT Jerantut.

Selepas ini warga Jerantut dan kawasan sekitar berpeluang utk hadir ke Up Town Jerantut setiap malam.



Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

29 Jan 2011

Segmen Hujung Minggu Bersama BEN ASHAARI


Salam semua, nie borak kosong sambil layan segmen En Ben.

Sebenar bukan hujung minggu nie aje aku boring sepanjang minggu ini pun boring juga nape boring? sebab ilham aku lepas ke laut semuanya nak buat macam mana musim tengkujuh gamaknya. Nie En Ben minta layan gambor dia nei jadi saya tulis apa yang terlintas dek minda saya nie.

Pertama saya nak kata En Ben mmg hebat tak yah citer lain,  hebat yang aku nampak dia banyak idea itu yang hebatnya. Hebat ramai peminat tak kurang juga jadi jangan heran kalau blog dia ramai yang terjah tengok aje laa kat situ (gambar di atas) kat situ pun dia sempat update blog dia hebat laa tu.

Kata org  En Ben jarang singgah kat blog orang lain? nak buat macam mana bukan mudah kalau ribu-riban yang pollow, tak terpollow jugak sudahnya. Pun gitu En. Ben penah datang ke blog aku nie dan sempat juga meninggalkan komen pada entri tertentu terima kasih... bukan senang org macam dia nak terjah blog kita dan dapat tinggalkan komen  pulak tu.. Di di ataranya dalam entri Mimpi best malam semalam dan satu dua entri yang lain terima kasih banyak sebab sudi terjah ke blog saya yang tak seberapa nei TQ :)


Ok lah nak tulis -panjang-panjang tak lepas jugak dah... sebab ilham dah lepas ke laut berlaka nie :) semoga anda terus maju. Saya tetap menyokong kamu. Walaupun terkadang saya sekadar menjadi pembaca senyap sahaja tanpa meninggalkan komen di blog anda. Kerana saya juga sibuk dengan tugasan hakiki yang sedia ada... yang mana sempat kita tinggalkan komen juga. Tidak di blog anda di blog sahabat yang lainnya sama sahaja. Jika ada masa terluang kita tetap singgah dan meninggalkan komen. Akhir kata daripada saya Semoga anda dan lainnya terus maju jaya didalam dunia seorang blogger terima kasih.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.” Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.



Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

28 Jan 2011

Aku kelemasan...

 Saban hari aku di hambat kekalutan 
semakin lama semakin parah...
terdetik didalam hati ini... 
kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan kamu... 
kalau tidak mana mungkin aku kelemasan sebegini
jauh disudut hati bagai ada rasa keresahan...
namum kita telah ditakdirkan bertemu dan jatuh cinta :)
sesekali jauh melayang di fikiran aku...  
ingin sahaja aku lontarkan kamu 
jauh dari sudut kehidupan ku... 
jauh daripada segala kekalutannya menghambat jiwa...
kerana aku sudah kelemasan untuk 
terus-terusan menyintai kamu. 
Telah banyak aku gadaikan ruang masa 
melayan kerenah cinta mu... 
ada ketika aku kalah... 
kalah dengan belaian kasih mu... 
ada kala aku kalah dengan emosi 
sedih kerana terpaksa 
menanggung segala derita ini :)
ada ketika rasa cinta ku ini telah menjadi bebanan dalam hidup aku... 
mahu rasanya aku lari dan terus meninggalkan kamu... 
namun terkadang rindu juga menghambat jiwa.... 
aku kelemasan.

Semua ini gara-gara BLOG aku ini :(
 

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

27 Jan 2011

Minat tak minat sangat, minat ke bajunya aje :)

Sebab baju dia tu warna hijau memang sejuk aje mata memandang :) cuma nasihat saya... jangan dekat sangat dengan tebing sungai tu bimbang juga ke boye musim-musim hujan macam nie  :) hehehe... gambar ni  kawan saya yang punya kat FB (Mohd Nazirul) awek dia ker, apa ker tak nanya laa pulak :)  tapi memang berkenan nengok baju dia tu hijau aje  :)

Anda ada apa nak komen ?
Katanya awek vietnam hehehe kaco :)
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Sakit hati juga dapat mesej macam nie :(

Salam semua,  pagi-pagi lagi dah dapat mesej ayat sikit kurang cerdik :( nie ayat dia " Ni makcik guna kad orang. Makcik kat luar kena ketimpa kereta. Tolong bagi makcik topup RM 30 di nombor mak cik &*&()*(&^&*&^  makcik mau call balai polis . boleh tak cepat sikit" Nak juga saya call polis carik nombor tepon makcik nei hehehe kaco dia karang  :)


Perkara berkaitan didalam fikiran saya  :)
1. Saya haram tak kenal dia... nombor tembak aje ke handset kita.
2. Kena ketimpa kereta sempat lagi antor mesej kat kita hehehe...dia tak nengok macam mana rupa org kena timpa kete gamaknya mua lepir kepala dia... dia nak gitu gamaknya yaa :)
3. Nak tepon Balai Polis tak de kreadit  - Kan handset tu boleh membuat panggil kecemasan walaupun kad sim sudah 40 tahun tidak digunakan tapi tetap boleh membuat panggilan kecemasan :(
4. Minta cepat sikit hehehehe sape dia tu makcik kita ker ?

Moralnya agak-agaklah jugak kalau nak buat kerje menipu nie... org lain penat-penat kerje dia senang-senang nak nipu orang... Kalau anda agak-agaknya apa mesej yang terbaik anda bagi kat dia semula ?



Nie mmg sah buat kerje menipu :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Jerantut pagi tadi :)

 Permandangan Persimpangan Jalan Tahan.
 Persimpangan lampu isyarat ke Temerloh (berhampiran Hotel Firdaus)

Salam semua, gambar sekitar Bandar Jerantut pagi tadi... gambar-gambar ini ehsan daripada Halaman Facebook Jerantut kampungku untuk tontunan anda semua. Keadaan cuaca disini hujan dan terus hujan ramalan cuaca utk minggu ini diramalkan hujan sepanjang minggu. Sekiranya ada aktiviti luaran nampak gayanya terpaksalah ditangguhkan :)

Kata orang kalau hujan sajer nie banyak bender terbantut :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

26 Jan 2011

Tuah malam :)


Salam semua, agaknya tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa tahu.. bak kata pepatah "rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari :) " apa pun terima kasih banyak-banyak pada Sauadara S.H.A.I.Z.H.A.R  kerana memilih saya dan blog ini utk memenangi hadiah yang dtawarkan terima kasih banyak-banyak.


Sebenarnya saya baru sahaja menjadi follower bolg beliau utk malam ini.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Seloka sibuk alang kepalang.

Sibuk bukan alang kepalang
Sibuk tidak sembarangan
dari pagi sampai kepetang
bagai hilang kaki betis dan lengan
jangan kata nak meluruskan pinggang 
nak dapat melelap mata pun jarang 
apatah lagi nak baring terlentang.
Bagai terlepas pandang sahabat, jiran dan teman
asyik mengadap PC pagi dan petang
sibuk alang kepalang
sampai blog teman pun terlepas pandang
kerana banyak benda yang perlu diimbang
tidak habis di sini di lain ruang.
sibuk alang kepalang kerja sendiri
tak mampu di julang
dek banyak waktu sudah terbuang
banyak menghabiskan waktu, ruang dan peluang
kurang bercakap dengan orang
bagai suka bercakap sorang-sorang
sudah kerja banyak yang terhutang
tak kenal waktu sibuk dan terluang
setiap kali pasti tak lepas peluang
sudah mata naik buntang
nak salah ker siapa memang awak tak bijak
membahagi ruang : ) 

u/p: Seloka untuk diri sendiri :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Jangan sembarangan minum.

Tidak ubah seperti menjual racun apabila Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membongkar sejenis produk minuman ‘tenaga batin’ edaran sebuah syarikat kosmetik terkenal yang dikesan dicampurkan dua jenis kimia berbahaya sekali gus.Racun kimia analog berkenaan yang dipercayai diseludup dari Taiwan dianggap berbahaya berikutan boleh merosakkan sel saraf tubuh selain meragut nyawa pengguna dalam tempoh singkat. Tindakan sebuah syarikat memasarkan produk minuman kesihatan berbahaya itu terbongkar selepas pihak penguat kuasa farmasi merampas kira-kira 2,000 botol produk itu bernilai lebih RM100,000.- Sumber Metro DISINI

AAP - Salam semua, agak peribahasa "makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap" agak-agaknya tidak sesuai jugak kalau nak di gunakan... kalau cakap pun ditegah daripada sebarang percakapan benda yang tidak baik dan tidak berfaedah tidak memberi maknanya juga.

Apatah lagi jika minum tak sebarangan minum  Sudah benda molek haram tak berjalan habis mati dengan tuan-tuan. Bak kata peribahasa juga "yang di kendung berciciran, yang di kejar tak dapat" "sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna" sifat manusia khasnya orang kita... sememang jika sudah hebat nak lagi hebat, sudah kuat nak lagi kuat dan tidak kurang juga yang sudah kaya nak kaya lagi... namun sudahnya semua sifat ini memakan diri sendiri.

Moralnya memadailah apa yang kita ada.  Takut juga nak berbagai-bagai sangat :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

25 Jan 2011

Kacau, Hantu kat Temerloh ini.

Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, dekat sini, yang dipercayai diserang histeria bertindak luar dugaan apabila berdiri di koridor bangunan sekolah itu sebelum cuba untuk terjun, semalam. Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan hampir 1,000 pelajar sekolah itu terpaksa berhenti memberi tumpuan dalam kelas selepas melihat aksi menakutkan pelajar terbabit yang turut berlari atas koridor sambil mendepakan tangan seperti mahu terjun. Lebih mencemaskan, pelajar terbabit yang dikatakan tiba-tiba menjerit kelihatan seperti hilang akal turut mencabut sekeping cermin tingkap kelas sebelum membaling ke bawah hingga menyebabkan tangannya cedera. Sumber Metro Selebihnya DISINI

AAP - Fenomena ini biasa kita lihat dan dengar dimana-mana sekolah kejadian pelajar perempuan dirasuk atau di serang histeria. Kalau kita fikir daripada logik akal sekolah bukan tempat maksiat kut banyak hantu syaitan disana.. namun percaya atau tidak sekolah ada membekal makanan pada hantu syaitan berkenaan. Sepatutnya semua pihak terutama pelajar perempuan serta guru-guru  perlu memandang serius perkara ini agar kejadian seumpama ini tidak berlaku di sekolah. Perkara ini benar, meskipun ada pihak yang menyakal apa yang ingin di jelaskan disini sikap tidak ambil kisah dan kurang prihatin pelajar sendiri mengundang gejala dirasuk ini.

Perkara tidak dapat tidak, kerana ada "benda kotor" dilokasi (sekolah) berkenaan yang menjadi tumpuan hantu syaitan ini bertandang dan mencari makanan serta terus merasuk mereka. Benda kotor yang di maksudkan ada tuala wanita yang telah di gunakan di buang sesuka hati kedalam lubang tandas tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Sebaiknya tuala wanita ini selepas di gunakan dicuci dan ditanam jangan disumbat terus kedalam lubang tandas. Bukan sahaja kelak tandas tersebut akan menjadi tersumpat. Lebih malang benda ini menjadi tarikan hantu syaitan yang bertandang dan berkeliaran disana dan terus merasuk pelajar perempuan ini.


TEMPAT TINGGAL JIN
Antaranya:
Mengutamakan tempat yang sunyi jauh dari manusia.
Tempat yang gelap seperti lubang kecil, gua dan lain-lain.
Mengutamakan tempat kotor seperti tandas dan tempat sampah.
Tinggal di air dan di atas batu.
Tinggal bersama-sama manusia.

Menurut hadis yang di riwayatkan An nasa’ bahawa nabi s.a.w bersabda “jangan kencing di atas batu, lalu sahabat bertanya kepada Qatadah, Qatadah menjawab, nabi bersabda ianya adalah tempat tinggal jin”.
Jin kafir juga mengutamakan tempat-tempat yang kotor berlainan jin islam yang mengutamakan tempat yang bersih dan baik sepertimana manusia juga.

Makanan hantu syaitan ini antaranya:
Tulang.
Saki baki makanan manusia.
dan benda-benda yang kotor.

Dunia moden hari orang kurang percaya ke hantu syaitan jika kurang yakin anda bolehlah lihat sendiri bagaimana hantu syaitan yang merasuk pelajar dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Temerloh ini.

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Demikian itu wajib kepada setiap muslim beriman dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Moralnya kita amat penting menjaga kebersihan.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

24 Jan 2011

Siapa nak cantik jom - Diana Danielle

Aura seri dan populariti tersendiri pelakon remaja cantik menawan, Diana Danielle terus menjadi perhatian apabila pusat kecantikan tempatan bertaraf antarabangsa Snips International Group memilihnya sebagai duta selebriti jenama berkenaan. Selebihnya DISINI

AAP - Orang kalau dah cantik buat macam mana pun tetap cantik juga :) agak malang kalau org kurang cantik buat perangai tak cantik lagi teruk :( Sebaik-baiknya jaga diri dan hiasi peribadi anda tertentu akan dihormati.

Kemuliaan wanita shalihah digambarkan Rasulullah SAW. dalam sabdanya, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah“. (HR. Muslim).

Wanita mana pun tetap cantik sebab mereka (bak perhiasan) lebih cantik kalau mereka Shalihah :) jangan nama dalam IC aje Shalihah hehehe :) Moralnya siapa tak nak cantik, segak dan menawan  kan :)



Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Tahniah dan terima kasih. Nrinamar dan Blog Mazidul Akmal Sidik

Tahniah buat anda nrinamar anda adalah follower ke 900 blog akuanakpahang. Sayang link blog anda saya  tidak dapat mengesan... jika ada nanti akan saya letakkan semula disini insyaallah.
 
Terima kasih banyak juga kepada Blog Mazidul Akmal Sidik kerana menyumbang traffik yang tinggi (cerapan drp Nuffnang) ke blog akuanakpahang utk hari ini dan blog mereka yang lainya.

Terima kasih juga buat anda semua yang sudi singgah dan seterusnya menyokong blog akuanakpahang.

Terima kasih daun keladi :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

"Air itu Rahmat"


 Tahukah Anda?

Kos Untuk membekal satu meter padu air bersih di Negeri Pahang adalah RM 1.35 sen.

Kos ini merangkumi :
Kos bekalan elektrik untuk menjalankan pam.
Kos bahan kimia untuk rawatan air.
Kos penyelengagaran loji dan sistem agihan
Kos pengurusan Jabatan Bekalan Air Pahang.

Lebih dari separuh air yang dikeluarkan tidak memberi hasil
( Non Revenue Water) kerana :
Kebocoran paip agihan
Kecurian air
Ketidaktepatan meter lama

Oleh itu jadilah pengguna yang bijak dan prihatin,
1. Gunakan air secara berhemah.
2. Jelaskan bil air anda dengan segera.
3. Laporkan kebocoran paip, kecurian air dan sebarang masalah ke Pusat Aduan JBA Pahang ditalian 09-5739999 atau http:// pulapel. pahang.gov.my

Segmen khas JBA Pahang.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

23 Jan 2011

Saya dapat beribu jugak dgn Nuffnang :)


Salam semua, saya pun boleh tahan juga dpt beribu juga daripada nuffnang :)  nanti kejap nak kira, nak campor dulu... tengok brapa ribu yang dapat sabor erk..

880 -Follower
947 - Jumlah Post
7746 - Jumlah Komen
9573 ? ( Dalam ringgit sembilan ribu lima ratus tujuh puluh tiga sahaja - ringgit org ker apa hehehe)

Banyak tu, tu semasa aje dan belum terumpuk, belum terkumpul hehehe.. kalau setakat blog macam saya nie berangan aje sudah laa...  :(

Moralnya berblogger sekadar suka-suka sahaja.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

Apa kata kunci Nuffnang hari ini ?

Salam semua, kalau nengok kata kunci Nuffnang hari ini tak banyak sikit aje.. tapi amat ganas :) AKU INGIN DICUCOK no komenlah hehehe..  ayam le kut bagi mereka yang buat satay mmg kena cucok ayam.  FELDA KERATONG 1970 dekat Muadzam Shah nun... mmg tak tahu macam mana rupanya kalau tahun berkenaan tu. Selalu juga pergi kesana jejalan rumah waris. Kalaulah ada yang bertanya saya SALAHKAH BESARKAN PAYU DARA - rasanya mmg salahlah sebab mengubah ciptaan dan kejadiannya... besor-besor ngat tak makna juga :) Kalau hari minggu ini ada yang KENA SKODENG malang betullah pastikan ditutup segala tempat yang agak-agak boleh kena skodeng tu yaa :) agaknya sebab ada yang amal kut AYAT PEMANIS muka yang saya bagikan dulu-dulu tu hehehe.. memang boleh SAKIT HATI kalau benda-bende macam ini ditanya dan terkena kat kita.

Apapun selamat berhujung minggu buat anda semua jaga diri hiasi peribadi :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

22 Jan 2011

Mengecat Rumah :)


Salam semua, hari ini sibuk benar sampai ke maghrib baru siap :) nak tahu nape ? hehehe.. hari ini saya mengubahsuai dan mengecat rumah ini... seharian duk 'membala' ke blog :) harap-harap anda senang dengan tema yang saya pilih...  pasti warna hijau :) nak buat macam mana mmg warna hijau adalah kegemaran :) kalau anda rasa ada yang tak kenanya dengan rumah baru ini sila bagi tahu... boleh saya ejas-ejas mana yang patut :)

Harap anda ceria disini :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :