Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

18 Dis 2011

PERBEZAAN DIANTARA MATA LELAKI DAN WANITA.

Lelaki dan wanita memang sama-sama berminat dalam hal-hal yang visual. Menurut buku Why Men DoAlign Leftn't Listen and Women Can't Read Maps karangan Allan dan Barbara Pearce, ada beberapa perbezaan antara mata perempuan dengan mata lelaki. Ini berkaitan dengan biologi dan kebiasaan yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Apakah perbezaannya?

1. Pandangan perempuan lebih melebar, pandangan lelaki lebih tajam

Lelaki selalu sangat terserempak dan terus melirik gadis lain yang lalu di hadapan dan disebelahnya. Padahal, perempuan juga sering juga mengagumi lelaki handsome yang kebetulan melintas. Bezanya, perempuan  tidak perlu menoleh kerana liputan pandangan perempuan lebih daripada 180 darjah. Ini kerana mata perempuan mempunyai lebih banyak sel jenis kon dalam retinanya.

Mata lelaki ukurannya lebih besar dari mata perempuan dan otak menyusunnya seperti sebuah terowong. Maksudnya, lelaki boleh melihat lebih jelas, lebih fokus, dan lebih jauh berbanding perempuan. Mata orang lelaki seumpama teropong sahaja.

2. Lelaki lebih cepat melihat di dalam gelap.

Ketika malam hari lebih baik jangan serahkan tugas mengintip pada orang perempuan. ( bagi sesuatu perkerjaan atau tugasan yang bersangkutan dengannya ) Disebabkan, ternyata orang lelaki memang lebih mahir melihat di dalam gelap berbanding orang perempuan. Selain itu, lelaki juga mempunyai kemampuan istimewa yang lebih baik di dalam otak kanannya.

Sebaliknya, perempuan biasanya kesukaran melihat jarak jauh di dalam kegelapan. Kemampuan ruang yang terhad juga membuatkan sebahagian besar perempuan sukar untuk menentukan arah laju kenderaan lain di malam hari.

3. Mata orang perempuan boleh melihat lebih banyak

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, otak lelaki dipersiapkan untuk memburu. Lelaki harus boleh melihat banyak hal dalam kawasan yang sempit. Otak lelaki secara automatik menyempitkan penglihatan supaya boleh menumpukan perhatian pada satu hal yang khusus, misalnya binatang buruan.

Pada perempuan tidak seperti ini. Sebagai jenis yang terbiasa bertugas melindungi sarang atau tempat tinggal, otak orang perempuan pun diprogramkan untuk memproses semua maklumat visual yang masuk di lingkungan yang lebih luas.

Perkara ini lebih memudahkan bagi orang perempuan bagi mencari barang hilang berbanding lelaki, kerana otaknya boleh memproses lebih banyak "imej" dalam satu-satu masa berbanding lelaki.


AAP- Pendek kata mata lelaki dan perempuan ada kelebihan dan kelemahnya yang tertentu jika mengikut kajian daripada buku tersebut :) 

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

1 ulasan:

  1. ooo gitu tapi nape mata pompuan kena pakai maskara jugak

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!