Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

19 Dis 2011

GAMBAR : MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA MALAYSIA DI EDAR BULAN HADAPAN.

PENGARAH Komunikasi Nexus Technopreneur Sdn Bhd, Noor Amy Ismail bergaya di atas motosikal elektrik Eclimo ES 25 selepas majlis menandatangani perjanjian pelantikan syarikat Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai pengedar utama motosikal itu, di Pulau Pinang, kelmarin.

MOTOSIKAL elektrik keluaran Eclimo Sdn Bhd (Eclimo) yang berpangkalan di Pulau Pinang akan berada di pasaran tempatan pada akhir bulan depan, sebelum memasuki pasaran Eropah pada Jun 2012.
Model pertama motosikal jenis skuter jenama Eclimo adalah ES11 yang mempunyai kapasiti 125 cc dan digerakkan menggunakan bateri ion litium.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dennis Chuah, berkata pihaknya menyasar untuk menjual sehingga 20,000 unit tahun depan iaitu penguasaan empat peratus pasaran motosikal tempatan.

Sehubungan itu, syarikat itu menjalin kerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan membentuk satu program keusahawanan untuk pengedar motosikal jenama Eclimo.

Menerusi kerjasama itu, syarikat berkenaan melantik Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai ‘Peniaga Utama’ Eclimo.

Syarikat itu dan DPMM juga akan membangunkan 10 peruncit Bumiputera yang akan menjual, menyediakan perkhidmatan dan aksesori untuk pemilik motosikal Eclimo pada tahun depan.
“Dengan pelaksanaan program ini, kami percaya setiap peruncit akan memperoleh sekurang-kurangnya RM800,000 setahun dan ini akan memberi sinar baru dalam industri automotif elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian pelantikan Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai ‘Peniaga Utama’ Eclimo, yang disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Georgetown, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Eclimo dan Nexus Technopreneur Sdn Bhd, diwakili oleh pengarah urusan masing-masing, Liew Chung Pang dan Amilka Nazim.

Model Eclimo ES 11 boleh dicaj penuh dalam tempoh tiga setengah jam dengan jarak perjalanan sejauh 100 kilometer. Kelajuan maksimum skuter dilengkapkan dengan bateri ion litium adalah 100 kilometer sejam.

Bagi meringankan pembeli, Eclimo bekerjasama dengan Hong Leong dan Mastercard International menyediakan skim bayaran mudah. Pembeli hanya perlu membayar pendahuluan RM100 dan bayaran ansuran RM199 sebulan selama 60 bulan.

Eclimo juga menawarkan jaminan lima tahun bagi alat ganti dan kos buruh dan servis percuma empat kali setahun sepanjang tempoh jaminan.

Dennis berkata, model ES11 akan dikeluarkan di kilang di Pulau Pinang tetapi jika permintaan mencecah 40,000 unit, pihaknya akan bekerjasama dengan Kumpulan NAZA untuk memasang di Shah Alam, Selangor.

Mengenai pasaran antarabangsa, beliau berkata, skuter itu juga akan dieksport ke Itali dan Jepun.

"Sebagai permulaan, kami akan mengeksport beberapa ribu unit ke Itali pada pertengahan tahun depan," katanya.

Eclimo ditubuhkan pada Jun 2008 adalah syarikat tempatan yang terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang teknologi kuasa mesra alam, terutama untuk sektor pengangkutan.
Sumber: http://www.bharian.com.my/




APP  - Berminat juga lawo gayanya :) yang penting menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. Pasti dapat menjimat wang tanpa penggunaan minyak. Kalau ikut harganya anda mampu milikinya. Pembayaran pendahuluan RM 100 ansuran RM 199 sebulan selama 60 bulan (5 tahun) tendang terajang RM 11.940.00 sahaja. Jom tempah satu :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. wahhh...menarik tu...dh rasa tergugat ni...emm...=)

    BalasPadam
  2. musim2 ujan xleh bwk ni..
    Kang kena panah petir..hehehe

    BalasPadam
  3. Beli sebijik Sin..bagi awek pakai..

    BalasPadam
  4. kalunye abis bateri dalam kebun getoh naye weh
    nak cucuk mana cas elektiknya hehehe

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<