Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

22 Dis 2011

KETAHUI PUNCA SAKIT KEPALA | AMALAN PERMAKANAN PENYEBAB SAKIT KEPALA

Beberapa makanan mengandungi sebatian tertentu yang boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Anda sering mengalami sakit kepala? Banyak hal boleh menjadi penyebabnya, yang sering kita tidak disedari iaitu pengambilan makanan dan minuman. Kita selalu sahaja mengambil ubat penahan sakit kepala untuk menghilangkan rasa sakit kepala.
 
Cara untuk mengatasinya ada beberapa langkah yang perlu ingati dan dituruti dengan mengelakkan diri daripada mengambil makanan-makanan yang boleh menjadi penyebabkan sakit kepala itu. Brian Grosberg, MD, Ketua Inpatient Headache Program di Montefiore Medical Centre, New York, seperti dilapurkan dari Womansday.com, mendedahkan banyak makanan tertentu yang boleh menimbulkan dan menjadi penyebab rasa sakit di kepala anda.

Di antaranya  Hot dog, Burger, bahan perasa dan pelbagai daging olahan yang telah di awet. Semuanya mengandungi sebatian nitrat, iaitu bahan pengawet yang boleh penyebab sakit kepala. Ini adalah disebabkan kemungkinan boleh mengurangkan jumlah pengambilan oksigen dalam aliran darah serta menjadi punca utamanya sakit kepala.
 

Minuman red winedan ikan salai semuanya mengandungi tiramin, iaitu asid amino yang boleh memacu terjadinya migrain. Beberapa jenis makan daripada jenis kekacang juga diketahui mengandungi tiramin. Sebaiknya, berhati-hatilah sebelum mengambil sebarang kacang.

Sitrus, pisang, avokad, bawang dan mentega kacang belum diketahui secara jelas sebatian apa yang terkandung di dalamnya yang boleh mencetuskan rasa sakit kepala. Namun, beberapa kajian menunjukkan ada hubungan antara pengambilan makanan tersebut dengan sakit kepala

Moralnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. saya suka makan pisang..pisang punca sakit kepala ke?saya tak pernah tahu pun..syukran atas perkongsian ni yek..

    hehe,....koi pun anok pahang tapi orang tu tak ingat kat koi pun..huhu

    BalasPadam
  2. bila sakit kepala,saya mesti terpikir BP naik hehe...

    BalasPadam
  3. jarang mkn bege. masak pulak sy tak letak bahan perasa macam aji ke, hilal ke apa2 ke.. suami tak suka. tapi kami berdua kerap sakit kepala...tiba2 je kdg2. Apa2pun thanks atas info ni :)

    BalasPadam
  4. Ad-Dien - Koi skg nie boleh tahan juge bznya ingat ngat ke blog aok te.. kek dek kerana bz lalu ajelah :(

    Kamsiah - betul BP tu penting kena stabil

    Niza - bagus tu amalan diet yang baik tu :)

    BalasPadam
  5. ayoooo pening sakit kepala semua ada oooo harga rokok naik 20sen...huhuhu

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<