Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

5 Dis 2011

KEBAIKAN MINUM AIR MASAK SELEPAS BANGUN DARIPADA TIDUR.

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya. Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
Tekanan darah tinggi – 30 hari

Gastrik – 10 hari
Diabetes – 30 hari
Sembelit – 10 hari
Kanser – 180 hari
Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

AAP - Sememangnya sentiasa diamalkan :)

Wassalam, Wa'allahhualam. :
 

4 ulasan:

  1. salam Yassin..
    koi ada amalkan juga
    senang nak buang air
    lepas tu :)




    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  2. betul amat tu
    lagi jgn lupa mkn garam sikit masa bgn tido tu

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI KLIK UNTUK MEMBACA :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :