Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

21 Dis 2011

INI ADALAH ALASANYA KENAPA HUBUNGAN DI FACEBOOK ITU DIPUTUSKAN!

Apa alasan orang menjalin hubungan persahabatan di Facebook? dan mengapa kadang-kadang terjadi ada diantara kita yang memutuskan hubungan persahabatanya di Facebook?

Soalan-soalan itu antara lain yang dijawab oleh kajian NM incite, dari Nielesen dan McKinsey, pada 1.800 pengguna rangkaian sosial berkenaan. Hasilnya, 82 peratus pengguna Facebook akan mengajukan permintaan persahabatan (add friend) kerana mereka saling kenal di dunia nyata.

Sementara itu, ada 60 peratus pengguna Facebook yang mengajukan persahabatan kerana saling berhubung dengan rakan-rakan yang lain (mutual friend). Sedangkan selebihnya, sebanyak 8 peratus pengguna Facebook akan melakukan add friend kerana satu sama lain tertarik secara fizikal dan 7 peratus kerana ingin menambah jumlah rakan sebanyak-banyaknya.

Masih ada lagi. Sebanyak 7 peratus pengguna menganggap 'semua orang adalah kawan saya,' dan 7 peratus menjawab mereka akan melakukan add friend kerana tertarik dengan kecantikan photonya.

Putus Hubungan
Dari segi lain, ada beberapa sebab mengapa seseorang memutuskan hubungan persahabatan atau remove friend di Facebook. Banyak orang terganggu dengan tindakan teman yang diterimanya atas dasar mutual friend. 23 peratus mengatakan mereka melakukan remove friend kerana komen yang tidak menyenangkan, 20 peratus kerana kurang melakukan interaksi.

Sebanyak 14 peratus menyatakan putus hubungan kerana komentar politik dan 11 peratus kerana sakit hati atau putus cinta. Seterusnya, hanya 6 peratus yang me-remove friend kerana seseorang terlalu banyak mem-posting, baik status ataupun update lain merapu dan sebagainya.

Rakan di Facebook
Sebuah kajian pada tahun 2011 oleh Pew Internet dan American Life Project, menyatakan, para pengguna Facebook rata-rata mempunyai 229 rakan. Dari jumlah itu, 89 peratus teman di Facebook pernah ditemui secara langsung lebih dari sekali, sementara 7 peratus teman sama sekali tidak pernah bertemu secara menatap muka.

Berdasarkan kumpulan teman, menurut kajian Pew Internet, teman semasa persekolah merupakan kelompok teman terbesar yang ada di Facebook. Tepatnya, teman persekolahan melebihi 56 peratus, 30 peratus berasal dari perguruan atau universiti, dan 15 peratus dari tempat kerja.

Dalam kehidupan yang nyata, tidak ada yang rela kehilangan teman. Tapi secara maya, pemutusan hubungan persahabatan ternyata cukup sering dilakukan. Sumber asal : Huffington Post

AAP - Mungkin satu dua fakta diatas ada kebenaranya dan terkadang kenapa kita terpaksa memutuskan persahabatan dengan mereka yang tertentu... yang pasti tentu ada sebab dan menesababnya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 ulasan:

  1. Nice blog & info...
    BTW kami dah follow, don't forget to follow us back.. TQ.. :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Mylovely - Thank you do not forget to stop by again, I follow :)

    BalasPadam
  3. ACU - Supalah kita... kas pun tak lebih drp itu juga fungsinya :)

    BalasPadam
  4. salam..
    ermm..nape nak putus..
    teruskan aje..apa salah
    asal tak nyakit hati
    orang lain kan..?he he


    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  5. Join contest...hanya kaki contest yg tau apa tujuan add rakan fb ramai2

    BalasPadam
  6. Join contest...hanya kaki contest yg tau apa tujuan add rakan fb ramai2

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<