Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

6 Dis 2011

DUDUK TERLALU LAMA BOLEH MEROSAKKAN OTOT TUBUH!

Duduk terlalu lama di kerusi pejabat atau sambil membaca buku, menonton televisyen disofa, sememang sangat menyeronokkan. Namun, jangan sering kali melakukannya. Kebiasaan seumpama ini mengikut kajian boleh membesarkan saiz punggung anda.

Bahkan, lebih teruk lagi, boleh menyusutkan otot punggung dan merosakkannya. Peringatan ini datang dari Amit Gefen, saintis yang membuat penelitiannya dalam American Journal of Physiology - Cell Physiology.

Ia melakukan pengimbasan pada orang yang harus duduk dan tidur dalam masa yang lama kerana mengalami kelumpuhan. Hasilnya adalah otot punggung menyusut dan rosak kerana kurang bergerak. Juga diketahui, bahawa sel lemak terus berkembang kerana tidak adanya aktiviti dan mencipta garis lemak yang sangat tebal.

Dari hasil kajian ini, tidak hairan kalau Amit menyarankan untuk para pekerja yang setiap hari duduk selama berjam-jam, menyediakan waktu untuk berjalan kaki. Katanya, penyelidik mendapati bahawa preadipocyte, prekursor untuk sel lemak, berubah jadi sel lemak dan menghasilkan lebih banyak lemak ketika kita duduk atau berbaring dalam jangka waktu yang lama.


Risiko obesiti tentu saja menjadi semakin tinggi. Belum lagi penyakit lain yang muncul kerana terlalu banyak tumpukan lemak dalam tubuh. Jadi, imbangi kebiasaan duduk lama anda dengan aktiviti lain baik dengan berjalan kaki, berlari atau sukan lain.

"Masalah obesiti lebih daripada sekadar ketidak seimbangan kalori. Sel dalam tubuh juga responsif terhadap persekitaran gerakan mekaniknya. Sel lemak akan menghasilkan trigliserida (simpanan lemak terbesar dalam tubuh) lebih banyak dan pada tahap yang lebih cepat, bila terkena regangan statik," kata Amit, dilapurkan  daripada Daily Mail.

Penemuan ini menunjukkan bahawa kita perlu lebih banyak bergerak agar sel lemak tubuh tidak dihasilkan secara berlebihan. Termasuk juga memerhatikan pengambilan kalori dari makanan dan minuman yang diambil.


Sesekali kena bawak bergerak dan berjalan-jalan jangan suka melepak aje :)

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

6 ulasan:

  1. lemak mengembang?...errmm....bole gemok dan lumpuh kalo mcm ni

    BalasPadam
  2. Fendy - paling kurang kena bawak berjalan2 atau membuat senaman sebaiknya :)

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Biasanya orang yg kerja office dan blogger la selalu duduk je..


    Uruskan Android Dari Komputer|Teratak Usang

    BalasPadam
  4. Buat senaman sambil baring..

    BalasPadam
  5. berbloggging x sama joging ke hehehe

    BalasPadam
  6. saya dah dok depan pc 20thun..la ni 3 slipdisk dah rosak...:(

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!