Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

28 Dis 2011

1,055 Buah Kereta Honda Dimusnahkan!

Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.

Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut. "Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya. Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu. Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global. - AFP Sumber : www.kosmo.com.my

AAP - Singgah kat tempat kita senyum aje menjualnya kereta yang tenggelam dalam banjir nie :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. jer bagi kat org malaysia
    tentu boleh guna lagi tu

    BalasPadam
  2. AUC - Betul tu sebab org Malyasia kita kretif :)

    BalasPadam
  3. Mmg rugi.. kalau kasi kat kita sebiji leh juge repel2 hehehe....

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!