[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

28 Nov 2011

5 KESALAHAN BERSOLEK YANG MEMBUAT ANDA TAMPAK TUA !

Rata-rata wanita bersolek agar kelihatan mempesona dan lebih anggun. Namun tanpa sedar, anda memakai make-up dengan cara yang salah sehingga wajah pun kelihatan lebih tua. Oleh kerana itu, elakkan lima kesalahan bersolek di bawah ini., Seperti yang sunting daripada Halaman Ehow.

1. Terlalu Banyak Concealer
Susie Galves, seorang ahli kecantikan dan penulis buku 'You Are So Going To Thank Me For This', mengatakan bahawa mengaplikasikan terlalu banyak concealer untuk menutupi kedutan dan beg mata justeru boleh membuat anda kelihatan tua. Cara yang betul untuk mengaplikasikan concealer adalah mencampurnya dengan pelembab terlebih dulu sebelum mengaplikasikan pada wajah sehingga hasilnya kelihatan lebih natural.

2. Lipstik Yang Terlalu Gelap
Lipstik merah tua dan ungu memang sedang menjadi trend saat ini, warna ini juga sangat bagus untuk membuat bibir kelihatan penuh. Namun perlu diingat bagi wajah dengan bentuk tertentu boleh membuat anda kelihatan lebih tua. Junior Renteria, seorang National make Up Artist untuk produk Rain, menyarankan, "Jika anda ingin tampil lebih muda pakailah lipstik dengan warna natural atau sheer color. Aplikasikan lipstik yang dengan aksen glossy."


3. Terlalu Banyak Shimmer
Lori Leib, Creative Director dari Bodyography Professional Cosmetics mengatakan, "Pakailah make up mengikut umur. Untuk wanita dewasa, jangan terlalu banyak memakai shimmer. Kesannya yang berkilat mampu menonjolkan kerutan pada wajah anda."

Sedangkan Karen Moehr, seorang ahli kecantikan, memberikan tips untuk memakai shimmer yang tepat. "Aplikasikan sedikit di bahagian atas pipi, tengah-tengah bibir bahagian atas dan di atas alis. Bahagian-bahagian tersebut boleh menghasilkan cahaya yang bagus. Campurkan bersama blush-on bertekstur krim atau dengan pelembab, kemudian sapukan selepas anda memakai foundation. Ingat, hanya sedikit shimmer boleh membuat anda lebih bersinar. "

4. Alis Yang Terlalu Tebal
Melihat selebriti dengan alis tebal boleh menginspirasi anda untuk meniru gaya solekannya. Namun hal tersebut boleh saja tidak sesuai pada wajah anda.
Margot Grant Witz, beauty director dari Elizabeth Grant Skincare menyarankan, "Bersyukurlah dengan apa yang anda punya dan eksplorlah gaya alis yang sesuai untuk anda. Belum tentu alis tebal selebriti yang anda lihat di majalah sesuai untuk penampilan anda, ingat dandanan alis yang tebal itu sesuai untuk wanita umur 45 tahun. "

5. Bedak Yang Berlebihan
Karen Moehr, menyarankan untuk tidak mengaplikasikan bedak bagi anda yang berkulit kering. "Guna foundation dan pelembab untuk membuat kulit anda kelihatan kenyal. Jika memang diperlukan berikan sedikit bedak di kawasan-kawasan tertentu. Jangan menutupi seluruh muka anda dengan bedak, kecuali jika kulit anda berminyak." - Sumber

AAP - Jangan silap dan salah ketika bersolek! sudah bukan nak nampak makin lawa dan cantik sudah huduh dan kelihatan tua huhuhu.. Moralnya jangan bersolek berlebihan hilang juga natural beautynya. Geli juga kalau nengok orang pompuan pakai gincu merah menyala-nyala hehehe....:)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

9 ulasan:

  1. GK tak suka make up....sebab GK tak pandai make up hehehehe

    BalasPadam
  2. Ada ka kelopak mata dah macam kuih lapis..

    BalasPadam
  3. Tak tau pasal mekap2 ni sebab mmg tak suka mekap..

    BalasPadam
  4. oo..mcm tu.orait..tgh blaja ni :)

    BalasPadam
  5. penting utk penampilan lebih bertenaga.

    BalasPadam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Klik Jom Bersama Kami!

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading