Melody Chan yang bekerja dengan syarikat bernama Top One Consultancy Services, satu daripada kebanyakan agensi yang merekrut bakal pengantin wanita untuk dijodohkan dengan lelaki China melalui halaman internet berkata, bahawa harga yang ditawarkan bermula dari A$70,000 (RM220,246).
Chan juga mendedahkan pengantin perempuan yang berhadapan dengan hukuman penjara jika ditangkap boleh meraih separuh daripada harga berkenaan. Beliau berkata, pengantin wanita dijual kepada perkahwinan palsu bernilai A$70,000 akan menerima A$5000 dolar pada hari perkahwinan dan sejumlah A$15,000 lagi selepas temu duga pertama dengan Jabatan Imigresen kira-kira sembilan bulan selepas berkahwin.
“Apa yang anda perlu lakukan ialah melalui majlis perkahwinan, mengambil gambar, membuka akaun bersama dan menukar alamat,” katanya. “Kami mengadakan satu perjanjian, pelanggan akan memiliki dokumen perjanjian mereka sendiri. Difahamkan wanita berketurunan China mampu memperoleh sehingga A$60,000,” katanya. – Agensi
kredit : bharian.com.my
AAP - Nampaknya wanita-wanita Australia terutamanya berketurunan cina boleh dapat 'durian runtuh'... siapa tak nak duit kan? Kalau kat Malaysia kita... Abang Indon bayar brapa nak dapat gadis Malaysia? agaknya tak lebih hanya bawak lari aje :(
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :


Itulah yg dikatakan nasib/tuah badan..amoi juga yg untung
BalasPadamsalam Yassin..
BalasPadamjangan tak percaya..
lelaki cina di Malaysia
sekarang beralih mencari
isteri di kalangan wanita
Vietnam dan China kerana
lebih "original" katanya..
2-3 orang kawan cina koi
kahwin wanita2 ini.
macam-macam?he he..
Pozi - Tul tu tuah ayam nampak di kaki yak:)
BalasPadamZul - Ada duit semua jadi yak.. bab ori tu yang tak tahan hehehe...