[ UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG ]

12 Sep 2011

Ira disihir guna gambar dalam FB

NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka. "Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain."Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat

Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. "Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya. Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

AAP -  Takutlah pulak nak pamirkan wajah kat FB tu :) Moralnya orang pompuan usahlah suka sangat nak mempamirkan wajah anda di FB tu... tambah pulak gambar yang agak kurang sopan...  mungkin ianya akan  mengundang perkara buruk pada diri anda sendiri.
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

7 ulasan:

  1. Jgn buat tak pasai.. letak je gambar tikus ke beruang ke atau pun kura kura baru selamat..

    BalasPadam
  2. jangan letak gambar penuh dalam fb. cuma gambar penuh yang boleh digunakan untuk santau.

    BalasPadam
  3. salam encik yassin..
    alahaii mcm2 skank..
    seram lak..

    BalasPadam
  4. Moga ini akan mmbuka mata para fb yg tegar ..

    BalasPadam
  5. Nampaknya nak kena letak pendinding kat FB tu hehe..mcm2 la diaorg ni

    BalasPadam

Kongsikan pandangan anda disini :

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

KLIK DAN DAPATKAN INFO SELANJUTNYA!
Temui Kami di Facebook Group Warna Warni Jerantut

SENARAI ENTRI TERKINI DAN POPULAR :

ARKIB ENTRY BLOG AKU ANAK PAHANG

KOMEN TERKINI

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading