Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Ogo 2011

Enam lokasi kemalangan perlu diambil perhatian di Pahang


Polis Pahang mengenal pasti enam lokasi yang sering mencatatkan kemalangan tinggi setiap tahun dan akan diberi tumpuan sepanjang Ops Sikap Ke-24 sempena Hari Raya Aidilfitri. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abd. Rahim berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan di semua lokasi melalui peningkatan rondaan.

"Lokasi tersebut adalah di Kilometer 48, Jalan Kuantan-Maran; Kilometer 150, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur; Kilometer 7, Jalan Bentong-Raub; Kilometer 56, Jalan Lipis-Merapoh serta di Raub iaitu di Kilometer 352 dan 354 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu," katanya kepada pemberita di sini.

Polis Pahang merekodkan lima korban dalam empat kes kemalangan yang dicatatkan pada Ops Sikap yang bermula sejak 23 Ogos lalu dan akan berakhir pada 6 September depan. - Utusan Malaysia.

Jalan Temerloh - Jerantut juga sering berlaku kemalangan maut bermula drp Kg Gong Halt sehingga ke kampung Temin Jerantut. Berhati-hati dan berwaspada sentiasa sesungguh malang itu tidak berbau. Pandu cermat jiwa selamat.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

6 ulasan:

  1. hati2 memandu.. selamat hari raya... =)

    BalasPadam
  2. harap kurang la kemalangan taun nie.. insyaAllah...

    BalasPadam
  3. Selain faktor lokasi, sikap pemandu sebenarnya yang menyumbang kadar kemalangan yang tinggi..." berhati2 dijalan raya"....cepat takpe janji semua selamat

    BalasPadam
  4. salam Yassin..
    semua jalan lama koi rasa tu..
    molek ikut highway kalau ada lagi
    selamat ye dok..?

    Demi semangat setiakawan,
    Datang disambut tangan dihulurkan;
    Adat insan dalam pergaulan,
    Salah dan silap harap maafkan.

    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

    BalasPadam
  5. Zul Wmsalam - kawan berpandangan gitu juga utk keselamatan baik ikut highway lebih bagus.

    BalasPadam

Kongsi buah fikiran anda : PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :