Perkongsian, Informasi & Maklumat : akuanakpahang.blogspot.com.

INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM & KEBUDAYAAN

ASAL USUL NAMA BANDAR-BANDAR DI PAHANG

Salam semua, hari ini jom kita selidik sedikit akan asal usul nama bandar-bandar di Pahang ini. Pahang yang memilik 11 buah daerah. Se...

Salam semua, hari ini jom kita selidik sedikit akan asal usul nama bandar-bandar di Pahang ini. Pahang yang memilik 11 buah daerah. Setiap bandar dan daerah tersebut mendapat namanya melalui satu peristiwa dan lain-lain hal yang berkaitan, dimana nama itu dikaitkan.

JERANTUT1) Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan "Jerantut" adalah berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama "Simpang 4" ditukar kepada "Jerantut".

2) Satu lagi mengisahkan Pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka ke Jeram dan apa bila mereka sampai ke jeram mereka akan bertanya sesama meraka di mana buruan itu? mereka akan menjawab ke "Jeram tu"..."Jeram tu" lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini JERANTUT.

3) Cerita ni saya dengar dari lisan.. kisahnya ada seorang tok batin orang asli yang berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang.tak semena-mena,rakitnya telah berlanggar dengan jeram dan dia telah mati di situ. Jadilah nama tempat ni jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat..sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).

Ulasan Pengarang

Nama Jerantut ini bolehlah dikatakan amat berkait rapat dengan perkataan asalnya JERAM dan TUT itu sendiri byk taksiran dan pendapat orang lain yang mengaitkan dengan sesuatu yang lain. Bagi saya yakin dengan cerita no 2 itu.

Apa pun tidak ramai yang tahu dari mana sebenarnya perkataan itu diungkap ditempat asalnya, (Cerita lisan ini saya dapati dari org tua-tua di Jerantut feri) sebenarnya perkataan ini diungkap seawalnya di disebuah pekan kecil iaitu di Jerantut Feri kerana feri itu sejenis pengangkutan di air apa pula nama tempatnya ?? pasti JERANTUT dan kini pekan itu disebut Jerantut feri sehingga kini dan disinilah asal sebenarnya JERANTUT itu. Sebelum berpusat di bandar Jerantut kira10 minit perjalanan menaiki kenderan kepekan kecil itu.

KUANTAN - Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Kewujudan Kuantan ini telah disentuh oleh Abdullah Munsyi pada tahun 1851/52 seperti berikut:
Kampung Orang Kuantan, Kuantan
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari.........." (1)

Pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang . Ia telah dibuka oleh Haji Senik (2) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an.Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.

Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang disamping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan penempatan ialah Perkuburan Cik Timah (3) berhampiran Taman Esplanade (Benteng) sekarang. Tapak Perkuburan Cik Timah.

Selain dari itu dikesahkan juga bahawa terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari daerah Sumatera. Mereka diketuai oleh Encik Besar (4). Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini di pendekkan kepada perkataan "Kuantan" dan kekal sehingga ke hari ini.

TEMERLOH - diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh. Menurut hikayat melayu dahulukala, Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, dimana beliau menguasai kawasan antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur. Jesteru itu, nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan mulai 1 Julai 1889.

Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.

Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ. Sehubung dengan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata kepada abang-abangnya, " Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis, selera nafsu." Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang tersebut.

Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat maka Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Ini dapat dijelaskan melalui situasi dimana wujudnya persepakatan antara kedua-duanya iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal pagi dan pulang lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.

Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu tempat khas yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin yang tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.

Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa orang asli ialah "mereloh". Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat "mereloh". Oleh itu, Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan "mereloh".Oleh kerana perkataan tempat "mereloh" itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya telah diISLAMkan oleh Sujudbilang. Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama ISLAM di Pahang Tengah.

Sehubung dengan itu, pada 1 Julai 1889 J.P Roger, Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau juga telah membahagikan Pahang kepada enam kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar kepada Temerloh semenjak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.

BERA - mengambil sempena nama tasik, iaitu Tasik Bera selain nama Bera di perolehi melalui sumber masyarakat orang asli semelai iaitu berasal dari nama “Reba” (semak samun). Khabarnya ada satu pokok tua yang ganjil yang tinggi dan luarbiasa besarnya telah tumbang ke tasik ini dahan dan ranting yang terbenam itu menyebabkan tumbulah “reba” dengan banyaknya. Lalu sempena nama “reba” atau dalam bahasa orang asli di sebut “Bera”

KUALA LIPIS - Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah "serau lipis" yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.

Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.

Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.

MARAN -  Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit. Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai 'Maran' atau 'Sahabat' serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran. Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.

PEKAN - Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

RAUB -  Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".

Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya

Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".

BENTONG
- Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut. Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.
ROMPIN
 - Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai daerah Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkannya kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi dieja Rompin.

Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru itu. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak diketahui asal-usulnya. Pada mulanya dia berdagang, kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di situ. Dia mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu. Penduduk tempatan memanggilnya Riffin. Pada sesetengah orang yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat. Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek tempatan, sebutan Ruffin bertukar menjadi Rumpin. Rumpin dieja sebagai Rompin.

BANDAR TUN RAZAK (JENGKA) -  Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua pendapat yang menceritakan asal usul nama 'Jengka' iaitu:

Mitos 1 Diceritakan tinggal sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.

Mitos 2 Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantaran sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.

Sumber di rujuk sebahagianya daripada orang-orang tua terdahulu, daripada halaman web tertentu, Google dan daripada pelbagai sumber by : akuanakpahang.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER: 30
Loading...

KOMENTAR

Ruangan komentar mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna adalah disebabkan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Google. Sebarang pertanyaan dan maklum balas. Sila hubungi Admin. Terima kasih.
Nama

'JERANTUT MALAY VILLAGE' KUALA TEMBELING 1881,1,000,1,1 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS,1,10 PERKARA HAK PERLU DITUNTUT SELEPAS KEMATIAN WARIS,1,10 SEN,1,10 SEN 1971,1,20 SEN DAN 50 SEN,1,5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA,1,5 SEN,1,50 SEN SE ME,1,ADAT RESAM,2,ADUHAI BANGSA ADUHAI MELAYU,1,ADUHAI BANGSA KU,1,AGAMA,14,AHMAD BIN KOTOT,1,air terjun,1,AIR TERJUN DI ULU SALAN JERANTUT BAKAL MUSNAH?,1,AIR TERJUN RIMAU BERJEMUR ROMPIN,1,aki jabuk,1,alam mistik,2,ALFATIHAH SAHABAT,1,ALLAH MUHAMMAD BERSADUR EMAS,1,ANCAK,1,ANDAI JIWA SUDAH TERASA,1,ANUGERAH GELARAN DATO PALSU PAHANG,1,APA KEPERLUAN REPLIKA BATU 0 KUALA LIPIS?,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ASAL NAMA GUA KOTA GELANGGI,1,ASAL NAMA KERAMBIT,1,ASAL USUL KAMPUNG PULAU TAWAR JERANTUT,1,ASAL USUL NAMA KAMPUNG BUDU,1,ASAL USUL NAMA KAMPUNG JANDA BAIK,1,ASAM RONG,1,BACAAN TALKIN INSAFI DIRI KITA SENDIRI,1,BAHAYA TIDUR DIDALAM KENDERAAN,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bandar Jerantut,3,BANDAR LAMA JERANTUT,3,BANGUNAN BALAI POLIS LAMA RAUB 1906,1,BATU 0 KM 0 KUANTAN,1,BATU 0 KUALA LIPIS PAHANG,1,BATU LABRADOR,1,BATU MANI GAJAH,1,BATU TANDA MAT KILAU,1,BATU TANDA SELAMAT DATANG KE JERANTUT,1,BAYAR ZAKAT FITRAH PAHANG ONLINE,1,BAZAR KARAT,1,BELIMBING BULUH,1,benta,2,BENTONG,1,Bergambar,1,BERITA,2,BERITA BEKAS DUN TAHAN MENINGGAL WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK,1,Berita Semasa,1,BESI KERIS TULANG MAWAS,1,Bicara agama,15,BICARA HATI,1,BIODATA TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG,1,BLOG,1,Blog aku anak pahang,1,BLOG PALING POPULAR PALING CANTIK DAN RAMAI PENGIKUT,1,BOIKOT DURIAN TIMBANG,1,BOMOH PAHANG,1,BUAH KEJIJOK BUAH KEJIJAK,1,BUAH KERDAS,1,BUAH LEMBA,1,BUAH MENCUPU,1,BUAH PERAH JERING REBUS KELAPA,1,BUAH-BUAHAN,1,BUKIT BONGKOK ULU CHEKA JERANTUT,1,BUKIT ISTANA JERANTUT,2,BUKIT MERAH PADANG PIOL JERANTUT PAHANG,1,BUKIT RONG SUNGAI SALAN PULAU TAWAR JERANTUT,1,BUKIT SELADANG JERANTUT PAHANG,1,BULUH LEMANG,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,BURUNG PEKAKA HUTAN,1,BUYA HAMKA KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH DAN MENARIK BUYA HAMKA,1,CAMERON HIGHLANDS SESAK TERUK DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH,1,CAPING,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,CARA ATAU TEKNIK MUDAH HILANG RASA SAKIT KEPALA,1,CARA MEMBUAT BELIMBING REBUS SAMBAL HITAM,1,CARA MEMBUAT TEMPOYAK PAHANG,1,CARA PEMAKAIAN KAIN BATIK DIDALAM MAKSUD DAN ADAB,1,Cerita Lawak,1,CERPEN,7,Cerpen Cerita Lawak,2,CHENOR,1,CINCIN,2,CINCIN PERAK SILVER,1,citer setan,1,COIN BISMILLAH,1,Coin Syiling,1,Cuci syiling,1,CUTI UMUM 30 JULAI HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG,1,DATO’ HAJI SIDEK B. HAJI ARIFFIN,1,DEDAUNAN KERING,1,DEFINISI MAKSUD PENGERTIAN NUMISMATIK,1,DESA KU,1,DEWAN MAJLIS DAERAH & DEWAN BANQUET MAJLIS DAERAH JERANTUT,1,DUIT ALAM BUNIAN ALAM MISTIK,1,DUNIA SEKADAR PERHIASAN,1,EMPANG JEPUN,1,ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN,1,ETAK,1,ETOK,1,Facebook,1,FALSAFAH,1,FELDA GUGUSAN JENGKA PAHANG,1,FENOMENA BURUNG HIJRAH KAMPUNG GINTONG,1,FERI JERANTUT,1,FESTIVAL BETTER BEER 2017,1,FOTO RASMI YANG DIPERTUAN AGONG (PERTABALAN) SULTAN PAHANG,1,GAJAH LIAR,1,GALERI WARISAN PAWANG NONG ULU CHEKA,1,gambang,1,GAMBAR 10 MASJID TERCANTIK DIDUNIA,1,GAMBAR JERANTUT SUATU KETIKA DAHULU,1,GAMBAR KLASIK,1,GAMBAR KLASIK BANDAR JERANTUT SEBELUM DAN SELEPAS,1,GAMBAR KLASIK BANDAR LAMA JERANTUT,1,Gambar Klasik Pahang,5,GAMBAR KLASIK PAPAN TANDA KAWASAN KEMALANGAN GAMBAR TENGKORAK,1,GAMBAR LAMA JERANTUT 1979,1,GAMBAR SULTAN NEGERI DAN KEPULAUAN MELAYU TERAWAL,1,GANJARAN DAN KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH,1,GELARAN SUSUNAN KETURUNAN KELUARGA MELAYU PAHANG,1,GUGUSAN FELDA KOTA GELANGGI JERANTUT,1,GULA KABUNG PAHANG,1,GUNUNG SENYUM,1,HALWA BELIMBING BULUH,1,hantu,2,HARGA DUIT SYILING MALAYSIA PARLIMEN DAN BUNGA RAYA 1 SEN,1,HARI HOL NEGERI PAHANG,1,HARI KEMERDEKAAN TANGGAL 31HB OGOS 1957,1,HARI TANPA KENDERAAN DI BANDAR KUANTAN,1,HATI TRLUKA TERASA HATI,1,HIKAYAT HANG TUAH,1,HINA SULTAN PAHANG DAN YANG DIPERTUAN AGONG,1,HUKUM PAKAI CINCIN JARI TENGAH,1,HUKUM PEREMPUAN TIDAK MENUTUP AURAT DAN MENDEDAHKAN AURAT,1,HUKUMAN SEBAT LGBT PAHANG,1,IKAN BUNTAL SUNGAI PAHANG,1,IKAN STURGEON,1,INFO 1 SEN KERIS BERSILANG 1962 MALAYA BRITISH BORNEO,1,INFO BUAH KEREKOK,1,INFO DAN FAKTA MENARIK BEG TANGAN HERMER BIRKIN,1,INFO DAN GAMBAR KLASIK CAMERON HIGHLANDS,1,INFO KHASIAT POKOK LELETOP KELAMBU UNTUK KESIHATAN,1,INFO PITIS KESULTANAN PALEMBANG,1,INFO POKOK BAYAS RESEPI KERABU UMBUT BAYAS,1,INFO SEJARAH ASAL USUL DURIAN MUSANG KING,1,INFO SYILING SULTAN BRUNEI SATU SEN 1304,1,INFOMASI,2,INFORMASI,309,INFORMASI BANJIR DI PEKAN BENTA 1971,1,INFORMASI JAMBATAN JERANTUT FERI 1978 DAN JERANTUT FERI 1949,1,INFORMASI MATAWANG MALAYSIA,1,Insan,1,ISTANA SRI TEMBELING,1,ISTILAH BAHASA HARI INI ESOK LUSA TULAT TUBIN,1,JADUAL DAN TARIKH BAYARAN PENCEN 2018,1,JALAN ROSAK,1,jalan-jalan carik apam,1,JATA NEGERI PAHANG,1,JELAI,1,JENIS-JENIS HANTU DAN NAMA-NAMA HANTU,1,Jerantut,6,JERANTUT ANTARA DAERAH MEMPUNYAI KUALITI UDARA PALING BERSIH DI MALAYSIA,1,JERANTUT BATU TANDA 0 KM O BANDAR LAMA JERANTUT,1,JERANTUT DARIPADA UDARA,1,JERANTUT KAMPUNG KAS,1,JETI KUALA TEMBELING JERANTUT,1,Jiwa Kosong,1,JOGET TARI LENGGANG @ JOGET PAHANG,1,JOM BERLAJAR BAHASA JEPUN,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,KAJI SELIDIK PERUBAHAN CUTI UMUM (JUMAAT-SABTU) NEGERI PAHANG 2019 KAJIAN TINJAUAN,1,KALAM HIKMAH MUHASABAH DIRI,1,KAMPUNG BARU SUNGAI JAN JERANTUT,1,KAMPUNG JERANTUT FERI,1,KAMPUNG LABU TEMEBELING,1,KAMPUNG PERLOK ULU CHEKA,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Kanpung Bantal,1,KAWASAN LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN DENDA RM 10,1,KEBAIKAN DAN KHASIAT DAUN ULAM PEGAGA,1,KELADI KEMAHANG,1,KELAM REBAHNYA MALAM,1,KEMALANGAN DIBUKIT ATAP TEMBELING JERANTUT.,1,KEMARAU KAMPUNG PESAGI,1,KEMATIAN,1,KEMERDEKAAN,1,KEMERIAHAN MASJID TEMERLOH JAYA,1,KEMUSNAHAN ALAM,1,KENAPA ANDA INGIN MEMBELI MESIN METAL DETECTOR?,1,KENAPA PAHLAWAN MAT KILAU BERPURA-PURA MATI?,1,KENDERAAN MILIK AL SULTAN ABU BAKAR,1,KERIS DAN TANJAK,1,KERUH,1,KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RAJA BERPERLEMBAGAAN,1,KESULTANAN SULU,1,Ketika Senja,1,KEUNIKAN DAN KEENAKAN GULAI ASAM ROM JERANTUT,1,KG BANTAL ULU TEMBELING,1,KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH PETAI,1,KINCIR AIR RAUB PAHANG,1,KISAH HANG TUAH DAN TUN TEJA RATNA BENGGALA PAHANG,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KOMUNIS BINTANG TIGA,1,KRISIS AIR JERANTUT 2014,1,KUALA LIPIS,1,KUALA LIPIS BANDAR BERSEJARAH,1,KUALA LIPIS PAHANG,1,KUALA TAHAN,2,kubu jerantut,1,KUBUR TENTERA BRITISH PASIR TAMBANG KUALA TEMBELING JERANTUT,1,LABRADORITE,1,LAMAN MAT KILAU JERANTUT,1,LANTIKAN DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL MENTERI BESAR PAHANG 2018,1,LARANGAN KUTIP ETAK,1,lata,1,LATA BEREMBUN ULU RENGAT ULU CHEKA JERANTUT,1,lata jarum,1,LATA JARUM PULAU CHEKAS,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,LATA MERAUNG JERANTUT KIAN MERAUNG,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,LEKAT TULANG,1,LELAKI DITAHAN JUAL SYILING POTRET SULTAN PAHANG,1,LELAKI TEMBAK ISTERI SELEPAS BERTENGKAR,1,Loghat Kelantan,1,Loghat Pahang,7,LPT,1,LUBUK PELANG JERANTUT,1,Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan,1,MAKANAN TRADISIONAL RASMI POPULAR NEGERI PAHANG,1,MAKSUD DAN PENGERTIAN LGBT,1,MAKSUD DISEBALIK WARNA BAJU BANDUAN MALAYSIA,1,MASJID KAMPUNG BAHARU JERANTUT,1,MASJID LAMA JERANTUT,1,Masjid Ulu Cheka,1,Mat kilau,3,MATA BELIUNG,1,Mata Wang,2,Matawang,8,MATAWANG INGOT PAHANG,2,MATAWANG NUMISMATIK,21,MATAWANG PANDUAN GRED-GRED SYILING,1,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,MAWAS,2,MELUKIS MURAL JERANTUT,1,MEMAKAI CINCIN,1,MEMILIH PEMIMPIN ISLAM,1,MERCU TANDA SELAMAT DATANG KE BANDAR UTAMA PAHANG,1,MINYAK CENUAI,1,MISTERI DAN SIAPA SEBENAR MAT KILAU ?,1,MISTERI GUA KOTA GELANGGI JERANTUT,1,MISTIK,2,MUTIARA KATA,1,MUTIARA KATA KEHIDUPAN,1,NABI MUHAMMAD SAW,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,OTAI JERANTUT,1,Pahang,1,PAHANG BANTAH CUTI HARI JUMAAT,1,PAHANG CUTI PERISTIWA 31.01.2019,1,PAHANG TETAP TERUS LAKSANA OPERASI CEGAH MAKSIAT,1,PAHLAWAN,2,Pahlawan Pahang,3,Pak pacak,1,PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH JERANTUT PAHANG,1,PANTUN LAMA ORANG MELAYU,1,PAPAN TANDA TULISAN JAWI DI PAHANG,1,PARAS SUNGAI TEMBELING SURUT LUAR BIASA,1,Parti Komunis Malaya,1,PASAR KARAT JERANTUT,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,Pawang DIRAJA Pahlawan Pahang,1,pawang nong,4,PAWANG TERSOHOR PAHANG,1,Pawng haji Mohamed,1,PAYA GUNUNG JERANTUT,1,PEJABAT POS JERANTUT 1960AN,1,PEJABAT POS JERANTUT DAHULU DAN SEKARANG,1,PEKAN KUALA TEMBELING JERANTUT PAHANG,1,PEKAN SEHARI JERANTUT,1,PEKAN SEHARI TEMERLOH,1,PELANCONGAN,1,PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AIR PAHANG BERHAD,1,PEMBALAKAN PAHANG,4,PEMBALAKAN PUNCA KEMUSNAHAN AIR TERJUN LATA MERAUNG JERANTUT,1,PENCEN PENYATA,1,PENIPUAN SMS URUS NIAGA KAD KREDIT,1,PENSTRUKTURAN SEMULA PAIP PAHANG,1,PERASMIAN DAN PEMBUKAAN HOSPITAL JERANTUT,1,PERASMIAN JAMBATAN SULTAN ABU BAKAR PEKAN PAHANG,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERIBAHASA AYAM,1,PERINTAH KAWALAN PEGERAKAN COVID19,1,PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN,1,PERMOTORAN,1,PERTABALAN SULTAN ABU BAKAR RIAYATUDDIN AL-MUAZZAM SHAH,1,PERUBAHAN WAKTU SOLAT SUBUH SELURUH NEGERI PAHANG,1,PERUMAHAN AWAM,1,PETUA,1,PETUA MELEMBUTKAN DAGING,1,Petua tahan lama,1,PIANGGANG GEPI GEGEPI,1,PINTU GATE KERETAPI BANDAR JERANTUT,1,PITIS PAHANG KETUN PAHANG,1,POHON SA'ADAN,1,POKOK BUAH TAJAM LEBAT,1,POKOK DAN BUAH KASAI,1,POKOK LANGSUIR,1,POKOK TASBIH,1,POTRET JERANTUT GAMBAR KLASIK GAMBAR BARU DAN LAMA,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,PUISI BELENTARA PADANG TANDUS,1,PUISI HUJAN PAGI,1,PUISI PRU,1,PUISI TARBIAH DIRI ERTI SEBUAH KEHIDUPAN,1,PUKAU,1,RAMALAN TAHI LALAT,1,Resah Jiwa,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,REUNION SKBJ,3,rokok e-elektronik,1,RUMAH LAKOR RUMAH LAKO,1,RUMAH PENGHULU MUKIM KELOLA HAJI ISMAIL KHATIB BAKAR,1,SCAMMER KENA TIPU DENGAN SCAMMER?,1,SEJARAH,2,SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA BUKIT BETONG KUALA LIPIS.,1,SEJARAH DAN SENARAI TAHUN PEMERINTAHAN KESULTANAN NEGERI PAHANG,1,SEJARAH GAMBAR PENDATANG CHINA DI KUARATIN BRITISH DI MALAYA,1,SEJARAH KESULTANAN MELAYU PAHANG,1,SEJARAH KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAN PEMASYHURAN JERANTUT SEBAGAI SEBUAH DAERAH DI PAHANG,1,SEJARAH NEGERI PAHANG,1,SEJARAH ORANG MELAYU PAHANG DAN ASAL USULNYA,1,Sejarah Pahlawan,2,SEJARAH PERKEMBANGAN BANDAR JERANTUT,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,SEKOLAH CINA SUNGAI JAN JERANTUT,1,SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR JERANTUT,1,SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT,1,Seloka,4,SEMPURNAKAH SOLAT KITA,1,SENARAI BANDAR DI PAHANG MENGIKUT BILANGAN PENDUDUK,1,SENARAI HARGA IKAN SUNGAI PAHANG,1,SENARAI HARGA SYILING 50 SEN PARLIMEN 1967 - 1988 SIRI 1,1,SENARAI KEY DATE SYILING | TOP 3 SYILING TERMAHAL MALAYSIA,1,SENARAI LENGKAP 10 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS MALAYA,1,SENARAI LENGKAP 20 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS MALAYA,1,SENARAI LENGKAP 5 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS MALAYA,1,SENARAI MENTERI BESAR PAHANG,1,SENARAI PENUH CALON BN PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SENARAI PENUH CALON PAS PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SENARAI TAHUN,1,SERANGGA,2,SETEM KHAS DAN SAMPUL SURAT HARI PERTAMA YANG DIPERTUAN AGONG XVI,1,SIRI SYILING KING GEORGE V STRAITS SETTMENTS MALAYA,1,SKBJ JERANTUT,1,SOLAT JENAZAH,1,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,1,SOLAT TIANG AGAMA JENIS SOLAT SUNAT.,1,STATUS GELOMBANG HABA,1,STESEN KERETAPI JERANTUT,2,Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah,1,SULTAN PAHANG BERSAMA GELARAN,1,SUNGAI PAHANG,2,SURAT PERAKUAN KEMATIAN TOK GURU PERAMU DATUK BAHAMAN 1977,1,SUSAHNYA MEMOHON TANAH DI PAHANG,1,syaitan,2,SYILING 20 SEN QUEEN ELIZABERTH II MALAYA BRITISH BORNEO,1,SYILING 50 SEN QUEEN ELIZABERTH II MALAYA BRITISH BORNEO,1,SYILING MALAYSIA GC,1,SYILING PERINGATAN KHAS PERTABALAN AGONG KE 16 AL SULTAN ABDULLAH,1,SYILING QUEEN VICTORIA 50 SEN STRAITS SETTLMENTS,1,TACOMA,1,TAMAN HATI,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,TANJONG BESAR,2,tanjung besar,1,TAPAK TANGAN,1,TASIK ANGSANA HEIGHTS,1,TASIK CHINI PAHANG,4,TASIK HIJAU KAMPUNG BESUL JERANTUT,1,Tasik Taman Mawar Jerantut,1,TEKOMA,1,TELEFILEM MADU TV OKEY 146,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TENGKU ABDULLAH,1,TEORI RAHMAN,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,TIADA CUTI UMUM SEMPENA HARI PEMASYHURAN SULTAN PAHANG KE ENAM,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,TIPS KETENANGAN HATI DALAM KEHIDUPAN,1,TOKOH,2,TOKOH PAHLAWAN,1,TOKOH SEJARAH,1,TRAGEDI BERDARAH KAMPUNG BUDU DI BULAN RAMADHAN / MEI 1892,1,TRANSAKSI,1,TUAI PADI,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ULAR SAWA,1,ULU CHEKA Jerantut,1,VIEW GAMBAR DRONE JERANTUT,1,WANG KERTAS SIRI PERTAMA MALAYSIA,1,WANG PERINGATAN MALAYSIA ULANG TAHUN KE 60 PERJANJIAN KEMERDEKAAN,1,WANG ROSAK KOYAK BOLEH TUKAR KE BANK NEGARA,1,WASPADA DENGAN TAKTIK SCAMMER DI MEDIA SOSIAL,1,WATERMARK TERA AIR,1,WAYANG PACAK,1,ZAKAT,1,ZAKAT HARTA RIKAZ HARTA GALIAN TEMUAN EMAS,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: ASAL USUL NAMA BANDAR-BANDAR DI PAHANG
ASAL USUL NAMA BANDAR-BANDAR DI PAHANG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzLC8YsHanHHcXgCIGFmGFKui8JifGc9CX6tFag7McJ7msyntXXuxXUG5kjlV1MyFze0I5sQbKAfh5DOAHVOHYrN7HWJdg-JLDqWrzhwz2R7Eq7kFasWDdTybSNl7QC0ChPJqu2B6IPw/s400/Asal+usul+nama+bandar+bandar+di+Pahang.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzLC8YsHanHHcXgCIGFmGFKui8JifGc9CX6tFag7McJ7msyntXXuxXUG5kjlV1MyFze0I5sQbKAfh5DOAHVOHYrN7HWJdg-JLDqWrzhwz2R7Eq7kFasWDdTybSNl7QC0ChPJqu2B6IPw/s72-c/Asal+usul+nama+bandar+bandar+di+Pahang.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/07/asal-usul-nama-bandar-bandar-di-pahang.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/07/asal-usul-nama-bandar-bandar-di-pahang.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy