Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

17 Mei 2011

Ujian darah boleh buktikan jangka hayat

LONDON: Satu ujian darah yang boleh menunjukkan berapa pantas seseorang berusia dan menawarkan kemungkinan anggaran berapa lama masa yang tinggal untuk hidup – dijangka dijual kepada orang ramai di Britain hujung tahun ini.

Kaedah ujian kontroversi itu mengukur struktur penting hujung kromosom seseorang digelar telomere, yang mana saintis percaya adalah satu petunjuk paling penting dan tepat kepantasan di mana seseorang itu berusia.Saintis berpendapat di sebalik ujian berharga £435 (RM2,145) itu berkata tidak mustahil memberitahu sama ada ‘usia biologi’ seseorang, seperti diukur oleh panjang telomere, lebih tua atau muda berbanding usia kronologi sebenar mereka.

Penyelidik perubatan percaya ujian telomere akan menjadi popular dalam tempoh lima atau 10 tahun, namun ada sesetengah saintis yang mempersoalkan nilainya dan sama ada perlu ada kawalan etika lebih kuat berhubung peluasan penggunaannya.

Sebagai tambahan terhadap kebimbangan bagaimana penduduk akan memberi reaksi untuk satu ujian berapa ‘tua’ mereka sebenarnya, sesetengah saintis bimbang bahawa ujian telomere mungkin dirampas organisasi tidak bertanggungjawab cuba untuk menjaja ramuan anti-penuaan dan bahan kimia palsu memanjangkan usia.

Keputusan ujian mungkin juga menjadi daya tarikan baru kepada syarikat menawarkan polisi insurans hayat atau perubatan yang lebih banyak bergantung kepada risiko hayat seseorang untuk jatuh sakit atau mati lebih awal. – Agensi

Ketentuan segalanya daripada illahi jua... kita sekadar boleh meramalkannya sahaja. Mungkin kelebihannya ujian ini kita tahu masa untuk kita sudah makin hampir. Semoga kita sama-sama mengingati mati kerana mati itu wajib, mengingatinya sunat.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

10 ulasan:

  1. erm. takut akan datang orang akan lebih mempercayai benda2 macam ni daripada takdir Allah.

    BalasPadam
  2. sanngup ke kita hadapi kalau dah tau kita akan mati 2 3 hari lagi, nak lari? nak buat ape? sempat ke semua tu

    BalasPadam
  3. AUC- moralnya kita sentiasa bersedia utk mati kerana kita pun tak tahu bila akan mati.

    BalasPadam
  4. salam Yassin...
    ermmm..memang pun kalau aok
    biasa derma darah..deme tu pun
    ada bagitahu tahap kesihatan aok
    dalam darah kita apa pun boleh kesan

    BalasPadam
  5. Zul, betul tu, tu pasal terkadang doktor cakap tekanan darah kita rendah atau tinggi bila tekanan darah rendah biasanya bahaya juga.

    BalasPadam
  6. takut2 lepas test je, doktor kate...hayat dah x lama...harus mboh jadi giler sebab pegi ambil test..

    BalasPadam
  7. dah tau nok mati senang le crita

    BalasPadam
  8. Wahhh.. dgn teknologi mcm2 boleh buat.. tapi semua nya dgn izin Allah jugak..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!