Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

22 Mei 2011

Terabai juga blog aku kerana sindrom itu.

Salam semua, dua tiga hari kebelakangan ini mood berblog agak sikit kurengg :( kenapa mengapa tak dapat dipastikan mungkin banyak faktor dan penyabab agaknya.. mungkin dah lama berblog idea dan ilham makin hilang dan semakin kurang... mungkin dah tawar sebab banyak perkara agaknya huhuhu  :( pendek kata blog saya ini bagaikan rumah atau kereta yang kehilangan kuncinya... sudahnya tersadai dimuka pintu aje...

Jauh disudut hati...  saya masih sayangkan blog ini :)  nak buat macam mana sebab "key" masih tak jumpa lagi... serba tak kena dibuatkan... harus kena pergi mandi bunga dulu saya dan blog ini gamaknya :) mungkin gamaknya juga sindrom kemalasan dan kebosanan menjadi penyebab utama kenapa blog ini terabai jua.

Sindrom, dalam ilmu kedoktoran dan psikologi, adalah kumpulan dari beberapa ciri-ciri klinis, tanda-tanda, simtoma, fenomena, atau karakter yang sering muncul bersamaan. Kumpulan ini dapat meyakinkan doktor dalam menegakkan diagnosa.

Istilah sindrom dapat digunakan hanya untuk menggambarkan berbagai karakter dan gejala, bukan diagnosa. Namun kadang-kadang, beberapa sindrom dijadikan nama penyakit, seperti Sindrom Down  Kata sindrom berasal dari bahasa Yunani  yang bererti "berlari bersama", seperti yang terjadi pada kumpulan tanda tersebut. Mungkin saya juga tengah berlari bersama dengan kemalasan dan kebosanan itu :)

Istilah ini sering digunakan untuk merujuk kumpulan tanda klinik yang masih belum diketahui penyebab. Banyak sindrom yang dinamakan sesuai dengan doktor yang dianggap menemukan tanda-tanda itu pertama kali. Selain itu dapat juga diambil dari nama lokasi, sejarah, dan lainnya.

Berat juga sindrom kemalasan dan kebosanan ini...  setakat ini masih tiada ubatnya yang dicipta untuk mengubati penyakit ini hehehe :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

11 ulasan:

  1. sindrom malas memang tak de ubat =(

    BalasPadam
  2. salam..
    koi ingat aok balik bercuti
    hari tu mood bertambah Yassin..
    makin kurang puloks..?nak kena
    tambah cuti lagi nih...bawaklah
    berehat dulu...

    BalasPadam
  3. Esok pagi belakang pejabat Pos.. kita bagi kurangkan sedikit sindrom tu..

    BalasPadam
  4. Sallam En Yassin,

    Sindrom ni melarat kelepih pulok dah.
    Sindrom malas ni baru tahap 1, ok lagi
    keh dah kena sindrom tahap 2,
    sindrom nak tido tengah keje haha..

    BalasPadam
  5. owhh sindrom itu sangat bahaya :P
    berhati-hatilah..ngeee~

    BalasPadam
  6. huh mati2 kome ingat deme balik kg ke, sibuk ke tahab gaban ke, rupa2 tak mood tahap gaban

    memang bahaya sindrom selalu kena tapi kita kena gagahi jugak

    deme x de rasa hilang seri dunia blogger ni

    moh laaa wehhhh kita bederau ;)

    BalasPadam
  7. Salam semua :) Terima kasih semua sudi memberi komen.

    AUC - akan kawan gagahi jua insyallah kena ambil masa sikit kut, sebab setting dia hilang hehehe :) gamoknya faktor umo mudah penat weh :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!