Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

9 Mei 2011

Tak merasa juga :(

Pelarasan gaji: CUEPACS akur kekangan kewangan.

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.

“Apa pun, kita (CUEPACS) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.
“Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi,” katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan di sini semalam.- Sumber kosmo.

Masih duk mikir nak buat kerja part time sebagai Pak Guard atau Atenden pam minyak :) agak-agak mana yang bagus ? :)

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

12 ulasan:

  1. duit habih kt mende len.. mmg a masalah..

    BalasPadam
  2. aap..tak cukop ke dgn ape yg ade..??
    wit dr blog kan ade...

    BalasPadam
  3. salam Yassin..
    nak buta goner yak..
    tak de rezeki tahun nih
    lah..bersabo je lah..
    koi pun terasa juga tempiasnya

    BalasPadam
  4. Hehehe.. nak mengharap duit iklan kat blog nie tak nampak jalan :(

    BalasPadam
  5. slm... admin kena la start buat blog dlm BI, buat SEO... dpt la skt dr google adsense. tp terus terang aku ckp, blogger malaysia tk supportif, mintak org klik iklan dia tp dia tk nk klik iklan org. tk mcm blogger indonesia & us. report dr google analytics aku bg report mcm tu...

    BalasPadam
  6. AAP...
    dapat 500 pun dah alhamdulilah...
    kl dapat separuh gaji pun tak pe...hehehhe
    nak bg sebulan????mmm ntah bila la nak merasa gamaknya...

    BalasPadam
  7. Azian - kalau dpt byk tu leh kira... masalah tak dpt cam gitu huhuhu....

    BalasPadam
  8. brasa nak tuko kerajaan la pulok

    BalasPadam
  9. tak berapa nak faham semua nak selaras

    naik minyak dan harga barang pun kata selaras hisss

    kena selaras senapang baru tau

    BalasPadam
  10. Sallam,

    Nasib baik keh berenti dah kerja dengan kerajaan,
    taklah pening sangat memikir ke gaji. Nok keje part time tak larat lah, lepas keje keje, bila masa nak rehat.

    mana pegi duit kerajaan bebabyok yek..
    cukai kutip sokmo.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!