Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

18 Mei 2011

Rintihan, hembusan dari lokap Mona

Lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993. Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian. - Metro

Allahyarham Mazlan Idris, Adun Batu Talam, berakhir dengan detik cukup memilukan. Harapan untuk melihat masa depan yang gemilang sebagai ahli politik berakhir dengan pembunuhan ditangan penyanyi pop dan bomoh Mona Fandey.   Allahyarham dikerat 18 dalam satu upacara di rumah Mona di Raub, Pahang pada tahun 1993.
  Seram juga sesekali kalau nengok gambar mona nie.

Kesimpulannya kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah melakukan suruhan-Nya dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta meninggalkan segala larangan-Nya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan manusia dosa dan pahala sama ada besar ataupun kecil perbuatan itu tetap mendapat balasan daripada Allah s.w.t.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

22 ulasan:

  1. Assalam..

    Sebelum ni pun ramai yang kata perkara yg sama..
    Jgn jadi hantu kak limah balik rumah sudohh hehe....

    BalasPadam
  2. Pozi - Moh kita buat Pakej Lawatan Berhantu nie hehehe :)

    BalasPadam
  3. Bunga Sakura - nak skodeng hantu jom le hehehe :)

    BalasPadam
  4. kene panggil seekers nie hehehe

    BalasPadam
  5. hisss nih nok cari penyakit namanye hehehe

    BalasPadam
  6. takut kot tengok dia.macam hantu dah!

    BalasPadam
  7. salam Yassin..
    ermmm..semoga Allah
    mengampunkan dosa-dosa
    beliau yang lalu..moga
    aman rohnya di sana..

    BalasPadam
  8. rombongan cik kiah ke balai polis raub... heh!

    BalasPadam
  9. mungkin rohnya tak aman kot,..nak minta tolong pada yang sudi..he..he..Lembik namun banyak khasiatnya

    BalasPadam
  10. lebih baik ingatkan dia sebagai pnyanyi drpd mngata ngata keburukan dia...semoga diampuni....

    BalasPadam
  11. Pandang mata Mona Fendi pun sudah sangat mengerikan..

    BalasPadam
  12. tengok arwah pun dah buat kita seram...

    BalasPadam
  13. Elaklah terlalu taksub kepada bomoh...


    Gajah Liar . Part 2

    BalasPadam
  14. ni semua antara permainan syaitan untuk menyesatkan manusia.

    apapun jemput lah ramai2 datang ke raub.lepas tu jangan lupa singgah mandi manda kat lata jarum ke pulau cekas ke..dah dekat dengan lokasi kejadian tu...hehe

    BalasPadam
  15. Keluor balik la Uncle Seekers nampok ke gayenye ni...

    BalasPadam
  16. seramnya....
    lagi seram dari antu kak limah ni... :)

    BalasPadam
  17. Mona, Fandi & Juraimi:

    Hidup BERAKAL mati BERHANTU.

    Ilmu yg perlu dituntut.

    BalasPadam
  18. Sallam,

    Tengok kat rumah dia, tempat dimana kejadian berlaku, tak pun rasa seram, mengapa kat lokap plak yang ada hantu dia..

    BalasPadam
  19. tak lama lagi ade le syarikat filem buat cerita ni dijadikan modal...

    BalasPadam
  20. gantung kat penjara kajang, suara kat lokap ipd raub.. ini baru betul balik kampung..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!