Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

9 Mei 2011

Perokok remaja dikompaun


Seramai 336 perokok di bawah umur 18 tahun dikompaun RM50 setiap seorang dalam operasi di seluruh negara kerana merokok atau memiliki hasil tembakau. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata surat amaran juga akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan memaklumkan kesalahan tingkah laku anak mereka.

Katanya seorang pekedai runcit juga telah dikompaun di bawah peraturan 8(1) akta larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang menyebabkan dia dikenakan kompaun bernilai RM500. Di bawah Peraturan 14(1) Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau kepada Orang di Bawah Umur 18 tahun, 24 orang pekedai lagi dikenakan kompaun, kata Dr Hassan dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 2,101 tempat telah diperiksa di bawah ''Ops OBD'' di mana 1,600 tempat yang diperiksa merupakan tempat penjualan hasil tembakau seperti gerai runcit, kedai runcit, pasaraya, kedai makan dan sebagainya. - Metro

AAP - Masalah sekarang bukan geng jantan aje yang merokok geng pompuan ngisap sama.. gejala merokok budak-budak bawah umur nie memang payah nak dibendung... mungkin terikut pengaruh kawan-kawan dan lain-lain faktor yang berkaitan..  paling banyak ingin mencuba dan tampak lebih 'mahco' dan sebagainya.

Dulu-dulu rokok boleh buat kawan sekarang jangan buat pasal kalau dah RM10 hinggit sekotak... pesanan untuk anak-anak dan adik-adik diluar sana...  usah mencuba dan berbangga dengan merokok ini "rokok membawa susah"  kalau dadah tentu membawa padah.

Saya nak brenti merokok pun tak dapat-dapat :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

9 ulasan:

  1. salam Yassin..
    jangan kompaun je
    rotan je tapak tangan
    sorang2..tak de duit
    nak mengisap..duit mak
    ayah juga tu..
    :(

    BalasPadam
  2. Zul - silap2 nak bayor kompaun pun kena duit mok ayah sakit...

    BalasPadam
  3. Al Hamdulillah kome dah berhenti 8 tahun merokok setelah berkecimpung dlm bidang merokok ni selama 18 tahun lalu
    terasa diri aman damai sekarang, duit pun x abis hehehe

    BalasPadam
  4. AUC - aku terus terikat huhuhu... campo angka aok brenti dan angka aok mengisap tu entoh ke lebih lagi :(

    BalasPadam
  5. Jangan berheti menghisap Sin..

    BalasPadam
  6. Sian budak-budak baru nak belajr merokok, dah kena tangkap dan kena denda. Aduh! kerajaan kita kerajaan Pak Pandir. Letak rokok depan mata pas tu tegah jangan isap. Kalau isap denda tangkap.

    Kerajaan kita bersikap 'benci tapi sayang' bodoh!

    BalasPadam
  7. gula dah naik 20 sen, kita berhenti mengetea pulak.

    BalasPadam
  8. Saman jerr.. kalau degil lagi ...masukkkan ke dalam jel pulak..

    Burung Walit

    BalasPadam
  9. Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok Dari Awal
    http://liyanasonestop.blogspot.com/2014/05/cara-mengurangkan-ketagihan-merokok.html

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<