Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

16 Mei 2011

PANTANG LARANG MEMAKAN MADU LEBAH

MADU lebah tualang memang memiliki kelebihan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah ternak. Antara ciri penting yang begitu sinonim dengan madu ialah paras gula atau sukrosa dan kepekatannya.

Menurut pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Padang Terap, Azmi Ishak, kualiti madu boleh diuji di Pusat Memproses Madu Lebah di daerahnya."Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip. Madu matang lebih pekat dan berwarna kuning kemerahan. Madu tualang juga mempunyai kandungan gula di antara 0.5 hingga lima peratus dan air tidak kurang 22 peratus.

"Selepas ketulenannya disahkan, madu tersebut akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan ke dalam mesin penyahlembapan untuk proses menyejat kandungan air sehingga ke paras yang ditetapkan," jelas Azmi. Menurutnya, proses tersebut dilakukan untuk mengelak madu menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan.Lantaran paras sukrosa yang rendah, Azmi menambah, madu tualang sangat sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas.Malah, pesakit diabetes juga boleh mengambil madu tualang yang disahkan asli keluaran FAMA di bawah jenama Agromas.

Begitupun, ada pantang bila makan madu. Jangan makan madu dalam masa empat jam ketika anda makan ubat. Selain itu, hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh badan silap-silap boleh membawa maut. 

Baik makan madu, mahu pun bermadu :) tetap ada pantang larangnya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.  :
 

23 ulasan:

  1. sekarang emak selalu kumpul madu kelulut~

    BalasPadam
  2. best jugak madu kelulut yg warna putih tu

    lagi payah nak jumpa dari madu lebah ni

    BalasPadam
  3. Ada yang suka madu dan bermadu ni...

    BalasPadam
  4. campurkan madu dalam masakan boleh tak? sebagai ganti gula untuk pemanis...

    BalasPadam
  5. Aina - tak salah cuma kena tengok jenis2 bender tu ada reaksi negatif pada tubuh badan... Kalau ayam golek atau ayam bakar biasa org sapukan madu.

    BalasPadam
  6. Assalam...
    Kalau buat nasi ayam, mesti perapkan ayam dgn madu...

    BalasPadam
  7. Suka ayat yg terakhir tu.. :)!!

    BalasPadam
  8. jgn skali kali makan dgn tembikai...mkn bnyk kali hakhakhak....
    tpi serius, mmg klu mkn dgn tembikai confirm jalan....

    BalasPadam
  9. Sallam,

    Makan madu dengan telur ayam kampung,
    untuk kesihatan.

    BalasPadam
  10. bermadu atau makan madu takde pantang, kata Saleh Yaakob yang bermadu empat... hi hi...

    BalasPadam
  11. salam dari WADi..sy suka makan madu..lg 2 dari mesir tu..maadu dia best..hee

    BalasPadam
  12. salam..
    bagus ni Yassin..
    koi baru tahu je
    :)

    BalasPadam
  13. ooo ye ke... camtu ke pantang larangnya, baru tau!
    saya lebih pantang kalau kena madu kehkehkehh...

    BalasPadam
  14. ada madu tualang dari cameron. tulen tak?

    BalasPadam
  15. saya dah termakan madu dgn tembikai ni...risau pulak...someone please help me!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyakkan minum air atau minum air kelapa muda bagi proses mendawaskannya.

      Padam
  16. Dlu pernh termakan ayam masak madu (tak tahu pun housemate masak guna madu,bile dh rasa x selesa perut bru tau) pastu minum jus tembikai..mmg 3-4 hari kena diarrhea.Alhamdulillah pastu sihat.pegi klinik amik air garam.

    BalasPadam
  17. selain dari tu..durian, tapai pun tak boleh ngn madu asli..

    BalasPadam
  18. Tak boleh makan dengan ubat tu termasuk supplement jugak ke ? Macam vit a, b atau e

    BalasPadam
  19. mana nak cari madu keluaran agromas nie??????????????

    BalasPadam
  20. ada yg mengatakan tak salah makam madu walaupun dalam masa yg sama kita ambil Vitamin a,b,c dsbnya begitu klu ada ambil ubatan/pil tapi sejauh mana sya tak pasti yg baiknya Tanya doktor

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<