Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

5 Mei 2011

Moh mengisap curut :)

NORAZIRA MOHD. NOOR, 30, tidak semberono menjalankan perniagaan yang di luar jangkauan pemikiran seorang wanita. Dia memberitahu, ramai yang menempelak dan tidak kurang yang skeptikal dengan opsyen bisnes pilihannya. Kata Norazira, pandangan negatif yang ditebarkan itulah yang dijadikan sebagai asas untuk lebih maju ke depan.

Mengapa membuka perniagaan menjual curut? Balas Norazira: “Saya rasa, saya ada kemampuan, wanita zaman sekarang sudah berubah, kita perlu mencari kelainan dalam bisnes. Apabila kita melakukan sesuatu yang luar biasa, ia sebenarnya adalah satu tarikan untuk mempopular dan memantapkan bisnes kita.”
Jawapannya bukan sesuatu yang klise. Dia ada aura untuk menjadi usahawan wanita yang terkemuka suatu hari nanti. Sememangnya wanita ini mengenali intipati dan susur galur bisnes curutnya. Dia memperkenalkan kepada penulis beberapa jenama curut yang menjadi tumpuan dunia. Selebihnya DISINI Sumber Kosmo.
BAGI seorang penghisap curut tegar, peralatan ini antara yang wajib dimiliki dan harganya ada mencecah ribuan ringgit mengikut jenama.

Lazimnya, sekotak curut yang mengandungi 25 batang curut, berharga antara RM1,600 hingga RM1,800. :)  Ada pendapat mengatakan , cara seseorang memegang curut, secara psikologinya membolehkan seseorang wanita mengenali karakter lelaki tersebut.

Stigma mengisap curut ini sinonim dengan golongan mewah seperti orang kenamaan dan ahli politik yang biasanya menghisapnya di lokasi-lokasi mewah. Kita tak mampu nak ngisap curut... baik ngisap rokok gulong aje :)

Bila nak brenti merokok nie huhuhuhu....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 ulasan:

  1. berhenti merokok lebih baik... langsung free...

    BalasPadam
  2. golongan yang tak isap curut dan rokok sebenarnya golongan mewah.

    BalasPadam
  3. adess la...xde biz lain ker?
    merosakkan paru2 org jek...

    BalasPadam
  4. addoi la abih gaji koi tak makan anok bini dibuatnya

    BalasPadam
  5. hahahahahah.... setahu saya curut tu dibuat dari tembakau yg paling low class.... hehehe entah ya entah tidak...

    BalasPadam
  6. salam..
    aok macam tahu je..
    koi 2-3 hari nih memang
    mengisap curut davidoff
    memang lain rasanya..
    ermmm...

    BalasPadam
  7. Zul, ulor2 laa sebatang hehehe...

    BalasPadam
  8. Terima kasih aku anak pahang...ziera rasa terharu Google tgk ada artikel ziera aku anak pahang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Norazira kerana sudi singgah :)

      Padam
    2. Ade ig x, nk tny ttg pemotong cerut tu

      Padam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<