Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

4 Mei 2011

Kematian Osama penuh teori konspirasi dan pembohongan.

ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini.Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata.

Tiada kematian dilaporkan dalam insiden helikopter tentera AS yang terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak. Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama yang didakwa mereka telah dibuang ke laut.

Rakyat Pakistan memang gemar dengan pelbagai teori konspirasi, ditambah rasa tidak percaya terhadap hubungan kerajaan dengan sekutunya dalam perang menentang keganasan.Operasi tentera AS di bumi Pakistan yang berdaulat dan jaraknya hanya dua jam memandu dari ibu pejabat kerajaan serta tentera di Islamabad juga menjadi satu perkara yang memalukan.

Penduduk tempatan pula memberitahu wartawan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Arab apatah lagi pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu yang berasal dari Arab Saudi. - Kosmo

Harus belum mati Osama tu :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

10 ulasan:

  1. Osama Laden akan terus hidup!

    BalasPadam
  2. konspirasi wujud dimana-mana AAP

    BalasPadam
  3. Abu Muaz - betul saya setuju benar tu barang apapun ttp ada konspirasnya. Ada pakatan haramnya :(

    BalasPadam
  4. dulu ada kata gak dye daa mati....tapi panjang jerk umur dyer sy ngk..

    BalasPadam
  5. yg nampak pelik nye lagi mayatnya dibuang kelaut kenapa tak ditanam, takut org ambik DNA tu...cek2 sohih bukan osama x ke malu, konspirasi semata-mata je tu.

    osama x mati tapi ade pada setiap pejuang islam sejati

    takbir

    BalasPadam
  6. Bin Laden terus kan menjadi lagenda huhuhhhh

    BalasPadam
  7. Sallam,

    Biar masa menentukan kebenaran.

    BalasPadam
  8. "Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut"..

    Walau dia ketua al-Qaeda sekalipun, dia tetap punya nyawa untuk ditarik...

    Setakat nie fakta kata Osama maut.. Antara kecaman Taliban Pakistan yang berazam membalas dendam atas kematian Osama.. Secara tak langsung Taliban Pakistan mengesahkan Osama maut...

    Teori konspirasi nie tak boleh dipercayai 100%... Teori akan tetap teori selagi takde bukti...

    Tunggu Osama buat video menafikan dia terbunuh barulah saya percaya dia masih hidup...

    Dan tentang helikopter tue, helikopter tue membuat pendaratan kecemasan dan diletupkan sebagai standard operasi tentera... 2 helikopter digunakan untuk menyerang dan 2 lagi helikopter berlegar diudara sebagai persediaan jika perkara tak diingini berlaku...

    Dan jika benar Osama maut, maka US adalah penecut sebab membunuh Osama yang pada ketika itu tidak bersenjata... Dan 25 tentera digunakan untuk membunuh seorang tua...

    Wallahu a'lam...

    BalasPadam
  9. Redz da Tsar - Terima kasih berkongsi pendapat dan pandangan TQ.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<