Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

6 Mei 2011

Janda @ Isteri Osama jadi rebutan.

ISLAMABAD: Pakistan dan Amerika Syarikat terbabit dalam perbalahan diplomatik berhubung nasib isteri muda Osama bin Laden. Amal al-Sadah menjadi tumpuan perebutan antarabangsa untuk menahannya selepas Pakistan enggan membenarkan Amerika Syarikat menyoalnya semalam.

Wanita warga Yaman berusia 27 tahun itu, berusaha melindungi suaminya daripada ditembak oleh anggota tentera elit Amerika dalam serangan Ahad lalu tetapi ditembak di kaki sebelum ditawan oleh tentera Pakistan. Amal kini terperangkap dalam perbalahan Pakistan dan Amerika Syarikat mengenai nasibnya ketika kedua-dua negara berkenaan menyelar satu sama lain mengenai sama ada Pakistan melindungi Osama sepanjang 10 tahun lalu.

Tentera Amerika berhasrat membawa Amal bersama mereka selepas serangan itu tetapi meninggalkannya selepas sebuah helikopter yang terbabit dalam serangan berkenaan terhempas. Amerika menuduh Pakistan melindungi ketua al-Qaeda itu menyebabkan pegawai negara itu enggan membenarkan Amerika menyoal siasatnya di sebuah hospital tentera di Rawalpindi, tempat Amal dirawat.

Menurut mereka, Amal akan dihantar pulang ke Yaman sebaik pulih. Tindakan itu akan menghalang Amerika memperoleh maklumat penting mengenai Osama di Pakistan. Ia akan meningkatkan lagi dakwaan kononnya perkhidmatan perisikan Pakistan melindungi Osama dan tidak mahu butir mengenai hubungan Pakistan dengan al-Qaeda terbongkar. - Agensi

Kalau kita sini tanah kubur masih merah, bini dah jadi rebutan kaco juge :) Tapi kalau dah dibuang ke luat mungkin pepatah tersebut tidak berguna lagi... :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

11 ulasan:

  1. Qaseh - Citer rebut janda mmg kaco hehehe :)

    BalasPadam
  2. Nak tanya "di buang ke luat" tu apa atau pun sebenarnya "di buang ke laut" ??

    BalasPadam
  3. CT - Katanya mayat Osama itu di buang kelaut jadi x delah kuburnya :( jadi "merah tanah kuburnya" tu tak de lah kan :)

    BalasPadam
  4. entah bini sape tah nye rebut te
    maca2 la

    BalasPadam
  5. salam..
    pompuan kalau setia
    tak mboh dah nak kawin
    baru..

    BalasPadam
  6. muda lagi patut jadik rebutan...

    BalasPadam
  7. Sallam,

    Kesian ke dia,
    dah laa suami mati,
    diri yang tengah sakit jadi
    rebutan pulak.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<