Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

3 Mei 2011

Hidup Yasin Lebih Stabil

Bekas vokalis kumpulan nasyid Brothers, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, atau Yasin masih bergiat aktif dalam bidang seni walaupun tidak banyak publisiti mengenainya diperkatakan kebelakangan ini. Kata Yasin, dia kini lebih selesa menumpukan perhatian pada kerja-kerja belakang tabir sebagai komposer dan penerbit lagu.

"Saya masih aktif dalam bidang seni cuma tiada publisiti sahaja tentang saya. Realitinya, saya masih memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis makan malam dan korporat. "Bagaimanapun, saya selesa dengan kerja-kerja belakang tabir yang menjadi keutamaan sekarang. Saya banyak menghasilkan “jingles” dan lagu tema untuk program televisyen, drama atau filem," katanya.

Ditanya pula tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya, penyanyi lagu Mimpi Laila berkata: "Dalam masa terdekat, saya akan mengeluarkan “single” terbaru yang berjudul Takbir Cinta berduet dengan Amy Search. Ia sebuah lagu ketuhanan yang berkonsepkan world music." Sementara itu, Yasin yang pernah dikatakan mengalami masalah peribadi beberapa tahun lalu berkata, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik dan stabil.

"Itu cerita lama. Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan dengan baik sekarang. Tiada apa-apa masalah, semuanya stabil dan okay," katanya yang turut berduet dengan aktres Tiz Zaqyah untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie. - Sumber Mstar.

Yasin satu lagi berkata - "Saya juga masih aktif berblog :) cuma tiada publisiti dan terkadang sedikit tenggelam timbul dengan entri yang meraban... mungkin ilham tak sampai.. sudahnya main copy paste aje :)"  Bagaimana pun saya lebih selesa dengan kerja hakiki saya. Kerja saya lebih diutamakan drp berblog :) 

Ditanya pula tentang perkembangan kerjayanya beliau berkata kerjaya masih berjalan lancar dan amat baik. Tumpuan pada kerjaanya ditumpukan 100% :) "Bagaimanapun, saya selesa dengan kerja hakiki yang menjadi keutamaan sekarang. Sementara itu, Yasin yang pernah dikatakan mengalami masalah peribadi beberapa tahun lalu berkata, bumi mana tidak ditimpa hujan laut mana yang tidak bergelore hahahaha :) pstt... saya tak pernah ada masalah :)

Sekadar kebetulan sahaja... nama kita ada sikit persamaan ayah pun sama :) rupa ada iras-iras ker hehehe... :)

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

12 ulasan:

  1. Salam sahabat....ramai orang bernama Yasin.

    BalasPadam
  2. saya cadang yasin berdua ni tukar tempat.. ce nengok yassin jantet tu boleh tak.. peace..

    BalasPadam
  3. Shaiful betul tu ada berjuta nama yang sama :)

    Hisyam - maru kawan kalau bertukar :)

    BalasPadam
  4. Yasin Sulaiman, satu nama dua rupa
    masing-masing berbakat, pujaan ramai
    menyerlah, glamor disetiap persada
    bagaikan minyak sedang ditatang.

    BalasPadam
  5. yaaasinnn... baca malam jemaat

    BalasPadam
  6. Pak Hashim - popalit weh kalau gitu hehehe :)

    Cemomoi - yaa tu jgn dilupakan :)

    BalasPadam
  7. orang yg nama yassin ni baik baik belaka.. semoga mereka barjaya dalam kerjaya memasing.

    BalasPadam
  8. ye semoga ke22 encik Yassin Sulaiman in aktif dalam bidang masing masing..

    BalasPadam
  9. Salam Yassin..
    nampok makin kurus si Yassin nu
    yak..?alhamdulillah..sihat deme tu..
    koi suka lagu ALHAMDULILLAH..

    BalasPadam
  10. Sallam En Yassin.

    Saya hampir tersilap orang tadi,
    Nasisb baik baca sampai habis.
    Semuga kedua2 En Yassin ni mendapat
    ketenangan dalam hidup.

    BalasPadam
  11. apa2 pun selamat berjaya dalam bidang masing buat dua yasin tersebut hehee

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!