Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

2 Mei 2011

Gambar : Osama bin Laden meninggal.


Gambar yang didakwa mayat Osama bin Laden

Visual video yang dikeluarkan Express TV menunjukkan jenazah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden di Islamabad, Pakistan pada Isnin. Beliau yang juga perancang utama serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 dilaporkan terbunuh dalam satu serangan yang diketuai AS. Foto AP

Osama Bin Laden terbunuh dalam serangan menggunakan helikopter di sebuah rumah agam di bahagian Utara ibu negara Pakistan, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan pada Isnin. Empat helikopter melancarkan serangan di bahagian Bilal, Abbottabad yang terletak kira-kira 100 kilometer utara dari sini, kata seorang pegawai Pakistan yang enggan mendedahkan namanya ekoran isu tersebut dianggap sebagai sensitif.

Pegawai tersebut menambah, satu daripada helikopter tersebut terhempas dikatakan ditembak dari bawah. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sekiranya ada yang terkorban. Beliau berkata, helikopter terbabit bertolak dari pangkalan udara Pakistan yang terletak di utara negara terbabit.

Dalam serangan itu, golongan wanita dan kanak-kanak ditahan. Seorang pegawai AS yang juga tidak mendedahkan identitinya mengesahkan bahawa serangan tersebut dilancarkan ke arah sebuah rumah agam berhampiran Islamabad. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS, Barrack Obama berkata, operasi tersebut dijalankan pada Ahad.Berita kematian Osama di Islamabad akan menimbulkan persoalan bagaimana dia dapat meloloskan diri daripada tangkapan dan berapa lama dia bersembunyi di daerah tersebut. - AP @ mStar


Kesahihannya kita nanti kemudian.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

7 ulasan:

  1. konspirasi negara kafir utk perangi negara islam

    BalasPadam
  2. Osama katanya agen CIA dan matlamat beliau dilatih oleh CIA adalah untuk menimbulkan kekacauan di negara Islam. Beliau dah lama meninggal, tapi nama beliau diguna selalu (seolah2 masih hidup) untuk mengabsahkan serangan tentera Barat ke kawasan umat Islam dengan alasan memerangi pengganas.

    Sekarang Barat dah dapat musuh baru yang betul2 hidup, jadi watak Osama yang dah lama mati tu boleh la di deklarasikan sebagai "sudah mati". Musuh baru mereka ialah Muammar Gaddaffi dan anak-anaknya di Libya.

    Buruk sangatkah Muammar Gaddaffi? Lupakah rakyat jasanya membuat empangan air terbesar di padang pasir utk kelangsungan hidup? Mengapa rakyat yang menderhaka & memberontak dibela NATO? Sedangkan dalam Islam hukuman penderhaka negara adalah satu sahaja - mati.

    BalasPadam
  3. Miss Tatie - Terima kasih berkongsi pendapat dan pandangan TQVM.

    BalasPadam
  4. yg kome tau maca miss tatie jugak hanya satu konspirasi je

    BalasPadam
  5. 1 pergi beratus ratus lagi Osama Laden ni ada..

    BalasPadam
  6. Osama bin Laden akan mati lagi, berkali-kali sehingga orang mengetahui bahawa mati itu kembali. Kembali bererti datang lagi.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<