Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

3 Mei 2011

`Chedet' diserang Malware


Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware. Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April.

Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware, katanya kepada Bernama hari ini. Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer.

Sufi berkata, setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware. Katanya jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain. - Metro

Memang kacau Malware nie... untuk rekod blog akuanakpahang nie dulunya pernah juga terkena serang malware sekali...  puas juga berubat dan berpantang :)  Mintak dijauhkan juga, singgah kena ke blog nie nak pindah kemanalah pulak aku huhuhu :(

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

5 ulasan:

  1. saya pun sakit paler berubat nak sembuhkan malware ni..haha

    BalasPadam
  2. LM - tentu byk awk pergi berjumpa doktor dan tok bomoh hehehe :)

    BalasPadam
  3. kesian..
    ramai yang follow blog beliau terkena sekali..
    tu yang banyak blog kawan2 di bloglist ayu, ayu delete...

    mujur mereka dah delete...so sattel

    BalasPadam
  4. Bagi racun je Malware ni..

    BalasPadam
  5. deme kena letok lenet agor baru takut malware te

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!