Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

20 Mei 2011

Buang masa di talian sejam sehari.


Secara puratanya seseorang pekerja menggunakan di antara 30 sehingga 60 minit sehari dalam talian untuk tujuan-tujuan peribadi, menurut satu kajian oleh Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne dan syarikat keselamatan sesawang Australia MailGuard. Namun yang menarik, Facebook dan Twitter bukanlah gangguan utama dalam kebanyakan kes. Kajian itu menganalisis data tanpa nama dengan kebenaran daripada syarikat-syarikat pelanggan Australia dan mengesan tabiat-tabiat perayauan pekerja, sesetengahnya berpangkalan di luar negara dari Januari sehingga Disember 2009.

Walaupun 40 peratus daripada pekerja yang dikaji dalam sampel seramai 50,000 orang telah menggunakan Facebook dalam jangka masa enam bulan kajian tersebut, purata masa yang dihabiskan untuk laman sosial itu hanyalah beberapa minit.

Kajian-kajian lain menganalisis data pengguna dan melakukan kajian kualitatif, tetapi kajian ini adalah yang pertama mengkaji tingkah laku individu dalam satu jangka masa tertentu. "Kegunaan-kegunaan ini adalah kegunaan-kegunaan biasa: mereka membaca berita, ramalan kaji cuaca dan jadual-jadual pengangkutan," kata Dr. Rajesh Vasa dari Fakulti Teknologi Komunikasi dan Maklumat universiti tersebut.- Kosmo

Mungkin ini sebabnya kebelakangan ini saya tidak berapa aktif berblog... disebabkan kerja perlu diutamakan dan lain-lain masalah, keluarga dan peribadi. Facebook tidak mengacau sangat berbanding dengan berblog :)

Kalau nak aktif berblog sejam tak cukup :)
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

17 ulasan:

  1. Assalam...

    Kalau mengadap internet mcm2 benda nak tengok..sedar2 masa berlalu gitu jek.Segala benda ada dlm internet ni.

    BalasPadam
  2. saya berjam2 mengadap PC, dah tentu mengadap internet jugak ni.. hehe

    BalasPadam
  3. Setuju EnYassin !

    sekarang saya dah kurangkan masa berblog juga. Banyak benda lain menanti..

    BalasPadam
  4. salam
    pernah jugak duk seharian depan komputer/internet yang lajunye berdesup masa takde keje...tapi lepas 1-2 jam taktau nak surf apa dah..

    BalasPadam
  5. atas tangan orang yang menggunakankanlah.. manfaat adalah berbeza2 ikut orang..

    BalasPadam
  6. ye la..saya pun jarang hapdet..kje opis dah membukuit huhuhhhhh

    BalasPadam
  7. sejam baru dapat update n3 je, tu tak buat BW lagi
    mau 4 jam masa tambahan te

    BalasPadam
  8. koi pon sama... mujo tak jadik antu fb, kalo dok... abih la tutup opis

    BalasPadam
  9. nseb bek kat opis da 5 bulan internet down. kabel kena curi. 100% komitmen utk kerja.

    tapi semlam br smpai bb baru. tak leh nak concentrate bila ada internet. mcm-mcm dlm kpala dok pikir.
    =)

    BalasPadam
  10. 25 jam sehari baru betul untuk seorang blogger yang aktif dalam berblog..

    BalasPadam
  11. btol...skrg buke fb pom tak da buat ape2 sgt.tp kal berblog,mmg take time,..huuu~

    BalasPadam
  12. tulah..hope kiter gunelah kemudahan internet ni ngan baik yer..
    WADi tag blog ANP di entri WADi..moh ler bersama WADi sokmo..huhu

    World of Ad-Dien (WADi)- ANP klik sini yek..hehe

    BalasPadam
  13. x elok guna waktu pejabat untuk kepentingan sendiri =)huhu

    BalasPadam
  14. Betul sgt tu...
    nak aktif berblog x padan takat sejam dua..
    internet byk memudahkan urusan seharian...
    dok depan internet rase mcm ronda satu dunia..

    BalasPadam
  15. salam Yassin..
    rasanya banyak juga masa terbuang
    di laman sesawang..cuba mengurangkannya
    :(

    BalasPadam
  16. deme k'tangan kerajaan jgn guna internet di pjbt. Banyak salahnya:
    1. ambil masa rakyat
    2. guna harta awam.

    Keh dulu masa keh kerja takde internet.

    BalasPadam
  17. Pak Ngoh - tu la pasalnya keh kurang ker berblog neh hehehe :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<