Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

10 Apr 2011

Ratu Cantik Nyah Miss Malaysia Pahang 2010.

TIDAK TAKUT... sebahagian peserta pondan menyertai pertandingan Miss Malaysia 2010, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.


Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.


Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.

Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.

Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.

Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.

“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.

“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.

Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.

Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.

Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’.

Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.

Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.

Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara. - Sumber Metro

Alasannya pertandingan ini utk membuat kerja amal dan lebih hebat kata-kata dibawah ini untuk direnungkan oleh pihak-pihak berkenaan : “Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan Negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan."  - Satu tamparan yang amat serius juga untuk Negeri ini kerana tidak ada satu undang-undang syariah atau sekatan yang berkaitan dengan gejala tidak bermoral seperti ini. Walaupun mungkin tidak ada satu undang-undang khas. Sepatutnya perkara seperti ini janganlah dibiarkan dan terlepas pandang. Dalam ertrikata lain membiarkan seumpama menggalakkanya juga.


Dalam Islam kaum lelaki dilarang keras menyerupai perempuan dan bergitu juga sebaliknya. Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai kaum lelaki dan disebaliknya.

Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546).

Entri berkaitan dan videonya disini : Miss Malaysia Pahang 2010 

Moralnya, janganlah hendaknya kita mengundang kemurkaan ALLAH.  Kelak kita semua akan mendapat balanya Nauzubillah.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

13 ulasan:

  1. ari tu ad tgk kat beautifulnara sal video ni.. at frst ingatkn prtndingan ratu cantik yg biasa skali dgar suara pergghhh bapok upeny... dh tu, boleh plak noraniza idris g wt show kat sne.. bodoh ke ape?? arap MB ngeri pahang amek tndakan cpat sal ni... dnia akhir zman mmng mnakutkn~~

    jemput singgah ANASAURUS :)

    BalasPadam
  2. mengundang tsunami untuk akan datang.

    BalasPadam
  3. tak tahu nak kata apa..
    semuanya mengundang malapetaka

    BalasPadam
  4. iskk.. iskk.. macam2 lah, apa nak jadi lah ni.
    Harap penguatkuasa bertindak untuk mengawal benda2 cam gini..

    BalasPadam
  5. Sallam,

    Tenat dah orang kita nih,
    Yang peliknya orang islamlah
    yang ramai jadi gitu.

    BalasPadam
  6. rasa nak bakor jek..ish3.m'sia yg anjur kan?amboi...bkn ke ini menggalakkan lg si nyah ni semakin nyah.aduhh bila mereka nak kembali ke pangkal jalan jika kita asik bg peluang je?

    BalasPadam
  7. As salam..
    Aduhai...
    tak ada ke tindakan yg diambil?
    kalau bala nk dtg, kita pun terkena sama...

    BalasPadam
  8. mereka nie lebih cantik dari wanita asli...

    em!!!!! subhanallah

    BalasPadam
  9. wat malu negeri koi jek...wat malu Mat Kialu btoi..

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :